Bab 45

100 7 0
                                    

         Tanpa sedar air matanya tiba-tiba sahaja mengalir tanpa diminta. Lagu yang dinyanyikan semula oleh Aayaz kali ini benar-benar kena dengan diri mereka berdua.

"Macam tahu-tahu je lagu ni kena dengan kisah kita. Macam yang abang cakap dalam telefon baru-baru ni." gumam Naila sendirian.

Flashback.

"My dear princess," panggil Aayaz lembut daripada seberang sana.

"Ye?" Sahut Naila.

"Dear princess abang nak tahu tak lagu apa yang abang paling suka?" Tanya Aayaz membuatkan hati Naila membuak-buak ingin tahu.

"Lagu apa?" Tanya Naila dengan penuh teruja dan tidak sabar.

"Lagu kaulah segalanya daripada Sammy Simorangkir." Beritahu Aayaz dengan penuh rasa bahagia.

"Kenapa abang suka lagu tu?" Tanya Naila ingin tahu. Dia yakin pasti ada sebabnya tersendiri kenapa bakal tunangnya menyukai lagu itu.

"Lagu tu dia mengisahkan tentang kita. Dear princess adalah segalanya untuk abang tak kira daripada segi apa pun. Kerana awaklah cahaya dan penyeri dalam kehidupan abang. Hanya awak dan tiada yang lain. Kehadiran awak seperti satu cahaya yang menemani abang disepanjang jalan bertemu kebahagiaan. I am just a protector of pink aster flowers, and it is you, my pink aster flowers. I love you so much, my dear princess." Luah Aayaz dengan penuh romantik sekaligus menjelaskan sebab kenapa dia menyukai lagu itu.

"Abang..." panggil Naila lirih. Rasa sebak dan terharu mulai bersatu menghuni jiwa saat ini.

"Ye, dear princess abang. I'm here." Sahut Aayaz dengan nada lembut dan memujuk.

"Thank you...Thank you sangat-sangat sebab sudi jadikan Aila sebagai satu-satunya tujuan selepas mama Jihan. Aila betul-betul tak sangka yang abang secinta ini dekat Aila. Aila minta maaf sebab dah pernah kecewakan abang. Aila janji kali ni Aila tak akan kecewakan abang lagi. Sebab abang satu-satunya tujuan Aila lepas papa sekarang ni." Ucap Naila dengan esakan kecilnya. Rasa terharu dan sebak sangat!

"Welcome, my dear princess. Tapi abang mohon sangat-sangat dekat awak. Tolong stop minta maaf dekat abang. Abang dah lama maafkan segala kesalahan awak terhadap abang. Abang tak sanggup nak marah awak lama-lama. I can't, my dear princess. Dan satu lagi, yang ni abang nak awak ingat sampai bila-bila. Awak akan sentiasa menjadi tujuan abang selepas mama Jihan. Tujuan abang tak akan pernah berubah sekali pun sebab awaklah pemilik hati abang. Awaklah yang berjaya bukan pintu hati ni dan kuncinya dengan rapat sampai tiada ruang untuk orang lain masuk. Hanya awak yang mampu dan layak, my dear princess." Balas Aayaz sekaligus memujuk bakal tunangnya itu.

Daripada dulu sampai sekarang, hanya nama Naila Ayana binti Naim Imran sahaja yang sentiasa menghuni hatinya. Ia terpahat dalam dan kekal tanpa boleh dipadam lagi.

"Only her who is the key holder and owner of this heart." Gumam Aayaz setiap hari.

End flashback.

Keesokannya,

TOK! TOK!

"Sayang mama," panggil Puan Melati lembut.

Tersentak Naila apabila mamanya tiba-tiba sahaja mengetuk pintu bilik. Baru pukul 10 pagi ni.

"Ye, mama. Kenapa?" Sahut Naila. Meskipun dalam keadaan pelik.

"Sayang mama nak makan apa-apa tak sebelum mama dengan papa pergi?" Tanya Puan Melati ingin tahu. Punggungnya kini sudah selamat dilabuhkan disisi katil si anak.

"Kalau Aila nak minta mama masakkan spagetti cabonara boleh?" Tanya Naila sekaligus meminta izin.

"Boleh sayang. Tapi itu je ke?" Setuju Puan Melati. Tangannya naik mengusap lembut ubun-ubun si anak.

"Itu je kot mama." Balas Naila. Dia teringin yang sangat kerana spagetti cabonara adalah kegemarannya dan tiada yang lain.

"Ok kalau macam tu mama turun masak dulu ye? Mama masak banyak-banyak supaya sayang mama tak rindu sangat nanti." Naila mengangguk tanpa sebarang bicara. Dengan segera Puan Melati berlalu turun ke bawah untuk menyediakan spaggeti cabonara yang diminta puteri tunggalnya.

Tepatnya pukul 12 tengah hari,

"Mama dengan papa pergi dulu ye, sayang." Ujar Puan Melati. Terus dipeluk erat dan lama tubuh si anak. Terasa seperti pelukan perpisahan.

"Baik mama." Balas Naila lembut. Kedua belah tangannya naik membalas pelukan si ibu.

Puan Melati dengan segera melepaskan pelukan mereka setelah lama berpeluk. Dia hendak memberi ruang kepada suaminya pula.

"Sayang papa duduk rumah baik-baik, ok? Jangan lupa call hero kalau terjadi apa-apa nanti. Jaga diri dan sentiasa bersama dengan hero, ok? Ikutlah kemana dia pergi nanti. Papa dengan mama izin dan restu dengan kamu berdua." Kata Tuan Naim sekaligus memberi peringatan kepada anaknya. Naila tidak membalas dengan bicara tetapi dia hanya membalasnya dengan anggukkan.

Tanpa menunggu lama, Tuan Naim dengan segera memeluk anaknya. Dikucup hangat ubun-ubun anaknya itu. Sekali berdoa didalam hati sebelum meniup sekali diatas kepala dan kedua-dua belah telingan si anak.

"Ya Allah...Kau peliharalah puteri tunggalku ini. Kau Lindungilah dia daripada sebarang kejahatan. Sihatkanlah daripada penyakitnya. Bahagiakanlah dia bersama dengan Aayaz Zayyan. Peliharalah hubungan mereka yang sedang berusaha menuju ke ikatan halal dan diredhai disisimu. Sesungguhnya aku memohon padamu atas kebahagiaan anakku, ya Allah. Amin ya rabbal alamin." Doa Tuan Naim didalam hati sebelum meniup sekali pada ubun-ubun dan telinga anaknya.

Lantas ditarik tubuh kecil itu kedalam pelukannya sebelum menarik tubuh kecil milik isterinya untuk mengikut serta. Dipeluk erat kedua-dua wanita dan gadis kesayangannya itu.

Tergamam Naila buat seketika dengan tindakan papanya. Yang baru pertama kali dia terima dan rasai. Mama dan papanya benar-benar lain daripada sebelum ini. Namun diabaikan sahaja, kedua belah tangannya naik membalas pelukan daripada papa dan mamanya itu.

"Mama dengan papa pergi dulu ye, sayang." Ucap Puan Melati. Dikucup kedua belah pipi si anak masing-masing sekali.

"Kalau papa dengan mama tak pergi tak boleh ke?" Tanya Naila lirih. Entah kenapa dia rasa tak sedap hati sangat.

"Tak boleh sayang papa. Papa dengan mama keluar ni sebab nak pergi meeting je. Nanti apa pula kata papa Adhaa kalau papa tak pergi. Lagipun bulan ni kan turn papa pula. Papa dengan mama tak pergi lama pun, sekejap je. Ok?" Pujuk Tuan Naim. Tangan kanannya naik mengusap lembut kepala si anak.

Rasa sebak mula mencengkam jiwa tua mereka. Rasa sangat susah hati dan tidak rela hendak meninggalkan puteri mereka seorang diri.

"Papa dengan mama pergi dulu, ya? Duduk rumah baik-baik. Dan ingat pesan papa ni, kalau ada apa-apa yang berlaku nanti tolong dekat inform hero dan keluarga dia dulu. Diorang keluarga kita juga. Kalau diorang sibuk, terus call along. Ok?" Pinta Tuan Naim sekaligus memberi amanat buat anaknya. Sedari tadi, amanat yang sama dan tidak henti diulangnya.

"Baik papa, mama. Hati-hati, ok?" Balas Naila sekaligus mengalah meskipun tidak rela. Berat untuk melepaskan tetapi terpaksa merelakan.

"Ye, sayang. Kami pergi dulu, ya." Janji Tuan Naim dan Puan Melati serentak sebelum melolos masuk ke dalam kereta BMW X5 milik Tuan Naim.

Sempat mereka masing-masing menghadiahkan satu kucupan dan pelukan erat yang terakhir kali buat puteri tunggal mereka. Hampir setengah jam Naila hanya diam berada diruang tamu selepas pemergiaan kedua ibubapanya sebelum mula berlalu ingin naik ke biliknya. Hatinya tidak henti mendoakan keselamatan papa dan mamanya supaya selamat pergi dan selamat pulang.

"Kau takkan bahagia Aila!" Ujar seseorang sebelum bergerak mengekori kereta milik Tuan Naim daripada belakang.

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now