Bab 47

113 6 0
                                    

       "That's Ku Dyan, littlesweet. By the way, you've been wearing a hijab since earlier, haven't you? Because I want to tell him to go in." Beritahu Asyraaf dengan nada memujuk. Sempat juga dia bertanyakan tentang pemakaian gadis itu, kerana tidak mahu aurat bakal tunang sahabat baiknya terlihat dimati lelaki lain yang bukan mahram.

"Dah, along. Aila memang selalu pakai tudung sebab takut jadi apa-apa nanti." Balas Naila sekaligus menyetujui jika Asyraaf menyuruh Tengku Adyan untuk terus masuk ke rumahnya.

"Ok." Balas Asyraaf ringkas dan, ...

BUMM!

Sesaat kemudian, pintu utama rumahnya sudah pun berjaya dibuka oleh Tengku Adyan dan seorang sahabatnya.

"Awak Naila kan?" Tanya Tengku Adyan memulakan bicara. Risau juga kalau dia tersalah orang.

Tetapi berdasarkan luka yang dilihat pada buku lali dengan tumit gadis itu jelas sama seperti apa yang diberitahu oleh Asyraaf dalam chat whatsapp tadi.

"Ye, saya Naila." Sahut Naila dengan nada perlahan. Rasa takut kekal menguasai diri apabila berhadapan dengan lelaki lain selain Aayaz dan ahli Hell's Killer lain.

"Jangan takut, ok? Awak anggap je kitorang dua ni macam ahli Hell's Killer. Kitorang datang cuma nak membantu awak atas permintaan Asyraaf." Pujuk Isqandar dengan nada penuh kelembutan. Dia dan Tengku Adyan sedar akan ketidakselesaan yang berlaku berdasarkan riak yang terpamer diwajah gadis itu.

"Can we help you now?" Tanya Tengku Adyan lembut. Serentak dengan langkah yang dibuka bagi memendekkan lagi jarak diantara mereka dengan gadis itu.

Mereka berdua perlu segera memberikan rawatan kecemasan kepada kaki gadis itu memandangkan darah masih banyak dan tidak henti mengalir. Takut gadis itu akan dijangkiti kuman nanti jika dibiarkan tidak terawat.

"Kau pergi mana tadi, Zeeq? Tiba-tiba je hilang." Tanya Aayaz sebaik sahaja dia melihat kembalinya Asyraaf ke tempat mereka menunggu sedari tadi.

"Aku angkat call kejap." Balas Asyraaf tanpa memberitahu perihal sebenar. Aayaz hanya mengangguk tanpa mengesyaki apa-apa. Kerana riak yang dipamer sahabatnya itu seperti sedia kala tanpa sebarang masalah.

"Kau asal muram lagi ni, Yaz?" Tanya Asyraaf sebaik sahaja punggungnya selamat dilabuhkan disisi jejaka itu. Daripada awal pagi tadi lagi dia tengok, asyik muram je muka tu. Padahal semalam elok je bergelak tawa bersama.

"Entah. Aku rasa tak sedap hati sangat. Dan sekarang ni lagi berat rasa tu." Beritahu Aayaz dengan nada sayu. Wajah kacak sahabatnya dipandang sekilas dengan pandangan sayu.

Jujur sampaikan ke saat ini dia masih tidak tahu mengapa dia merasakan seperti ini. Malah rasa tidak sedap hati itu semakin memberat seiring dengan masa yang semakin bertambah. Dada dan kepalanya terasa sakit manakala dirinya rasa tidak senang duduk. Sudah seperti cacing kepanasan jika dilihat oleh orang lain.

"Yaz," panggil Asyraaf. Namun dia tidak kembali menyambung bicaranya apabila dicantas terus oleh Aayaz.

"Aku tahu, Zeeq. Tapi aku tak mampu nak buang rasa tu. Aku tak mampu nak abaikan dia. Dia sentiasa berlegar dalam fikiran aku tanpa henti. Aku dah buntu, Zeeq..." luah Aayaz dengan nada penuh sayu. Serentak, tangan kanannya naik meraup kasar wajahnya sebelum naik meramas kasar rambut hitam dan lebat miliknya.

Satu helaan panjang terlepas daripada bibir nipis milik Asyraaf. Rasa bersalah mulai mencengkam jiwanya apabila melihat perilaku sahabat baiknya itu. Otaknya mulai ligat berfungsi, dimana sedang membuat pilihan atas dilemanya saat ini. Diantara mahu memberitahu atau tidak akan perihal kecederaan yang dialami Naila tadi.

"Yaz," panggil Asyraaf sekali lagi. Dan kali ini bicaranya tidak lagi dicantas oleh Aayaz. Jejaka itu hanya diam tanpa sebarang bicara dan setia berusaha melawan rasa tidak sedap hati yang dialaminya saat ini.

"Aku harap dan mohon sangat dekat kau supaya tenang dan jangan cepat melatah dengan apa yang aku akan bagitahu kejap lagi. Boleh?" Pinta Asyraaf bersama janji yang ingin dipersetujui oleh Aayaz.

"Ok." Balas Aayaz ringkas. Bukan sengaja tetapi keadaan yang dihadapi sekarang ini benar-benar tidak mengizinkannya untuk terus bebicara panjang.

Dengan segera Asyraaf menarik nafas panjang sebelum menghembusnya. Mahu tidak mahu, dia perlu jujur dengan jejaka itu. Kerana dia tidak mahu kesihatan Aayaz kembali merosot memandangkan jejaka itu baru sahaja pulih daripada masalah ingatannya. Dia terpaksa memungkiri janjinya dengan Naila. Dia terpaksa disebabkan keadaan yang memaksa ini.

"Aila cedera. Ada luka panjang dekat buku lali dengan tumit dia. Tapi kau tak payah risau sebab Ku Dyan dah bantu selesaikan semuanya." Senafas Asyraaf memberitahu semuanya pada sahabatnya itu. Jujur akan semuanya tanpa menyembunyikan apa-apa lagi.

"Ap... apa yang kau cakap, Zeeq? Aku salah dengarkan?" Tanya Aayaz dengan nada yang jelas kedengaran seakan-akan tidak percaya dengan apa yang didengarinya itu. Mungkin dia salah dengar. Ya, dia salah dengar!

"Kau tak salah dengar, Yaz." Pangkah Asyraaf dengan nada yang jelas kedengaran tidak berbohong dan serius.


Serentak Aayaz bangun daripada duduknya. Ingin melangkah pergi daripada situ dengan satu sebab. Naila Ayana, iaitu bakal tunangnya. Namun langkahnya ditahan tanpa sempat dia memulakan langkahnya. Kepala terus ditoleh memandang ke arah sisi kanan. Dipandang wajah kacak itu dengan sayu dan penuh rayuan.

"Please, Zeeq..." rayu Aayaz dengan nada penuh lirih. Seiring dengan kelopak matanya yang juga mulai bergenang dan hanya menunggu masa sahaja untuk pecah.

"Aila dah ok, Yaz. Dia dah selamat dengan bantuan Ku Dyan." Pujuk Asyraaf dengan nada penuh kelembutan.

"Tapi..." ingin mencelah namun tidak berjaya kerana Asyraaf langsung tidak memberikan kesempatan padanya.

"Ni lah sebab kenapa Aila minta aku untuk tak bagitahu kau. Dan ni juga sebab kenapa aku ambil masa panjang dan berfikir berkali-kali untuk buat keputusan sama ada nak bagitahu kau atau tidak tadi. Semua sebab kau akan bertindak melulu, Yaz!" Jelas Asyraaf dingin. Iris kelabunya mencerlung tajam memanah mata hazel milik jejaka itu. Cengkaman dilengan jejaka itu juga kekal kuat seperti tadi.

"Dia dah ok, Yaz...Dia dah ok! Aku tahu kau risau tapi tolonglah jangan terlalu melulu macamni." Tambah Asyraaf. Sekali lagi terlepas satu helaan panjang daripada bibir nipis miliknya itu.

Terus melorot jatuh kedua belah lutut Aayaz, bersama dengan linangan air mata yang laju mengalir membasahi pipi. Rasa sebak kuat mencengkam jiwa lelakinya. Serentak Asyraaf menarik tubuh tidak kalah tegap milik Aayaz itu ke dalam pelukannya. Dipeluk erat bersama dengan usapan lembut dibelakang jejaka itu.

"Tenang, Yaz." Bisikan Asyraaf lembut ditelinga kanan milik Aayaz.

Tritt! Tritt!

Nada dering berbunyi pada telefon milik Aayaz. Menandakan ada panggilan masuk ke telefon itu. Dengan segera Aayaz mendapatkan telefon yang berada didalam saku poket untuk melihat siapa pemanggilnya.

My dear princess!

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now