"Assalamualaikum, dear princess abang. Kenapa call abang ni, hmm? Rindu abang eh?" Tanya Aayaz sebagai permulaan bicara dalam talian itu. Sengaja dirinya berlakon seakan-akan tidak mengetahui akan apa yang telah menimpa gadis itu.
"Abang..." panggil Naila lirih. Jelas kedengaran nada sebak dan esakkan kecil yang menerobos corong telinga Aayaz. Rasa risau semakin menggunung.
"Dear? Kenapa ni? Dear princess abang ok tak?" Tanya Aayaz dengan nada penuh kelembutan. Nadanya jelas penuh kerisauan.
Naila masih kekal diam tidak bicara. Hanya esakannya sahaja yang kedengaran melalui corong panggilan itu. Sehingga membuatkan Aayaz menjadi semakin tidak keruan dan rasa tidak senang duduk.
"Kenapa ni dear princess abang? Kenapa menangis ni?" Tanya Aayaz sekali lagi dengan penuh kerisauan.
"Papa dengan mama..." tersekat-sekat bicara Naila bersama esakannya yang juga semakin kuat kedengaran pada deria pendengaran Aayaz.
"Why dengan papa dan mama? Semua ok je kan?" Tanya Aayaz risau. Berdebar-debar jantungnya menunggu apa yang bakal dikatakan Naila lagi. Rasa tidak sedap hati sudah menggunung bertandang dihatinya sedari daripada tadi.
"Pa...pa den...gan ma...ma...Papa..." Semakin gagap bicara Naila saat ingin menuturkannya. Sebak didada semakin mencengkam jiwa sehinggakan hatinya terasa begitu sakit.
"Slow-slow, dear. Tenangkan sikit diri awak tu. Jangan terlalu memaksa, abang takut awak jatuh sakit balik nanti. Abang tak kisah kalau awak ambil masa yang panjang untuk cakap. Abang ok demi dear princess abang. Slow-slow, ok?" Pujuk Aayaz meskipun hati dan fikirannya kini sudah bercelaru dan tidak menentu.
Serentak deria pendengaran Aayaz menangkap bakal tunangnya menarik nafas panjang. Terus terukir satu senyuman lega dibibir nipis miliknya itu apabila gadis itu mendengar pujukannya.
"Dah, ok?" Tanya Aayaz dengan penuh keperihatinan.
"Now tell me, dear. Tell everything, I'm here to listen all of it." Tambah Aayaz dengan nada penuh kelembutan dan memujuk.
"Papa dengan mama terlibat dalam kemalangan langgar lari!" Dengan satu nafas Naila memberitahu apa yang ingin dikatakannya itu. Tergamam Aayaz sebaik sahaja mendengarkan apa yang baru dikatakan oleh bakal tunangnya itu.
"Papa dengan mama apa? Terlibat dalam kemalangan langgar lari? Are you sure, dear?" Tanya Aayaz inginkan kepastian. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya itu. Tak mungkin!
"It's true," balas Naila ringkas. Esakannya kekal kedengaran kuat seperti tadi dengan air mata yang tidak henti mengalir membasahi pipi.
"Allahuakbar!" Laung Aayaz dengan nada kuat. Terus terasa lemah badannya saat ini. Kedua belah bahunya mulai melorot jatuh. Kejadian yang sedang menimpa bakal tunangnya itu benar-benar diluar jangkaan.
Sempat Asyraaf memaut tubuh tidak kalah tegap milik sahabatnya daripada terus melorot jatuh menyembah bumi. Terus ditarik tubuh jejaka itu kembali masuk ke dalam pelukkannya. Tangan kanannya juga terus naik mengusap lembut belakang jejaka itu. Bagi memujuk dan menenangkan sahabatnya.
"Papa dengan mama ok kan? Tak...de apa yang ja...di kan?" Tanya Aayaz dengan nada yang tersekat-sekat. Dirasakan seperti dirinya langsung tidak mampu untuk menuturkan pertanyaan itu.
Dia yang bukan anak kandung kepada pasangan suami isteri itu sudah merasakan sebegini sebak dan tidak tertahan lagi. Bagaimana pula dengan bakal tunangnya? Bagaimana pula dengan Naila Ayana binti Naim Imran yang merupakan anak kandung kepada pasangan itu?
YOU ARE READING
Supt's: Mio Caro (Complete)
RandomCOMPLETE! - Tentang kisah setia salah seorang ahli Hell's Killer - "Lapor! Alpha sedia Tuan Zyan. Over " - Platun Alpha Aayaz Zayyan, seorang jejaka kacak yang merupakan salah seorang ahli tertinggi VAT69. Kesetiaannya terhadap gadis pujaan hati ada...