Bab 51

139 8 0
                                    

       "Kenapa dengan Aila?" Tanya Asyraaf ingin tahu setelah lama berdiam. Mata dikerling ke arah cermin pandang sisi sebelah kanan untuk melihat sama ada kereta BMW M4 kepunyaan Areez ada dibelakang mereka atau tidak.

"Dia tak bagi aku balik kedah, dia cakap dia boleh minta tolong El ataupun grab untuk bawa dia pergi hospital. Memang aku ni tak layak sangat ke nak tolong dia? Aku ni bakal tunang dia kot!" Bentak Aayaz dengan nada penuh tidak puas hati. Tersentak kecil Asyraaf disebabkan intonasi kuat daripada bentakkan sahabat baiknya.

"Yaz," panggil Asyraaf sekaligus cuba menenangkan jejaka itu.

"Dia betul-betul cintakan aku ke tak? Dia anggap aku ni bakal tunang dan bakal suami dia ke tak? Dia..." bertalu-talu pertanyaan yang diajukan Aayaz sehinggakan Asyraaf yang berada disebelah mula naik geram.

SKRETTT!

Hampir sahaja Aayaz hendak tertomoih ke depan disebabkan brek mengejut yang dilakukan Asyraaf secara tiba-tiba. Nasib dia sempat ditahan dengan lengan kiri yang tegap milik Asyraaf.

"STOP IT, YAZ! STOP!!" Bentak Asyraaf sebaik sahaja yakin yang Aayaz selamat. Sekaligus menghentikan bicara Aayaz itu.

Serentak lidahnya bagaikan tergulung dan mulut seperti digam dalam sekelip mata. Terkebil-kebil dia memandang Asyraaf yang sedang berusaha mengawal aturan nafasnya. Jelas kelihatan dada jejaka itu sedang berombak ganas dan laju. Rasa takut terus menguasai hatinya.

"Zeeq..." panggil Aayaz takut-takut.

"Dia cintakan kau sangat-sangat walaupun kurang sedikit daripada kau. Dia tak pernah sekali pun tak anggap kau tu sebagai bakal tunang dan bakal imam dia. Dia selalu ingat, Yaz...Dia selalu ingat sebab kau lah satu-satunya yang sudi dan betul-betul menerima segala kekurangan yang dimiliki pada dirinya. Ada sebab kenapa dia tak bagi kau balik." Ujar Asyraaf dengan nada lirih dan dalam masa yang sama kedengaran dingin. Nafasnya juga masih tidak teratur seperti biasa.

"Dia tak bagi kau balik kedah sebab takut terjadi apa-apa dekat kau, Yaz. Dia tahu emosi kau masih dalam keadaan tidak stabil. Dan dia tak nak kau drive balik seorang diri, sama macam apa yang aku buat sekarang. Sesedih mana pun yang dirasakan sekarang, hati tetap akan memikirkan perihal orang lain kerana tidak mahu menjadi lebih memudaratkan." Tambah Asyraaf sekaligus menjelaskan sebab kenapa Naila melarang jejaka itu untuk pulang ke kedah. Semua disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan akibat masalah kesihatan yang dialami jejaka itu.

Tergamam Aayaz mendengarkan segala yang dituturkan Asyraaf itu. Dirinya bagaikan tersedar kembali ke alam sedarnya. Tiada lagi rasa ketidakpuasan didalam hatinya. Hanya rasa serba salah sahaja yang semakin menguasai dan mencengkam jiwa.

"Zeeq..." panggil Aayaz lirih. Perlahan sahaja nada yang digunakan namun masih terdengar jelas dideria pendengaran Asyraaf.

Asyraaf menarik nafas panjangnya sekali sebelum kembali memulakan bicaranya.

"Dia tengah sedih sangat sekarang tapi dia tetap fikirkan kau sebab dia tahu yang dia hanya ada kau, Yaz. Dia dah takde sesiapa, parents dia pun dah pergi tinggalkan dia dalam sekelip mata. Dia hanya ada kau yang akan jaga dan ganti tempat parents dia, Yaz. Hanya kau yang dia harapkan sekarang untuk terus pimpin dia sampai kesaatnya." Cantas Asyraaf sekaligus menghentikan ayat yang baru ingin dituturkan Aayaz saat itu.

"Allahuakbar..." gumam Aayaz dengan penuh rasa serba salah. Serentak tangan kanan naik meraup kasar wajahnya.

"Ya Allah...Jauhnya aku terbawa emosi..." luah Aayaz lirih. Matanya terkebil-kebil menahan air mata yang sudah mulai bergenang itu daripada mengalir jatuh membasahi pipi.

"Kawallah emosi sepanjang masa kerana kita mungkin tidak akan sedar bila kita akan bertingkah buruk akibat kehilangan kewarasan berfikir." Nasihat Asyraaf lembut. Sempat tangan kiri dia naik menepuk perlahan bahu kanan Aayaz sebelum kembali memandu.

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now