Bab 52

125 7 0
                                    

Asyraaf tidak menjawab. Jejaka kacak itu hanya diam dan setia dengan pemanduannya. Satu senyuman nipis dihadiahkan buat sahabatnya sebaik sahaja kepalanya menoleh sekilas ke bahagian penumpang hadapan.

"Aku tanya ni, Zeeq!" Bentak Aayaz dengan sedikit penekanan pada intonasinya. Takut juga hendak berintonasi tinggi dengan jejaka disebelahnya ini. Salah seorang ketua tertinggi dalam unit khas PDRM kot!

"Kau akan tahu bila tiba masanya nanti, Yaz. Cukup sekarang ni kau rileks dan fokus dengan Aila. Itu yang paling utama sekarang ni." Balas Asyraaf sekaligus menghentikan perbualan mereka berkaitan baju yang tergantung dibelakang itu.

"Fine. Aku akan tunggu masa tu tiba." Ujar Aayaz dengan nada mengalah. Dia yakin, paksa seteruk mana pun untuk mendapatkan jawapan pasti tidak akan diberitahu dengan jawapan yang sebenarnya.

"Insha Allah, tak lama mana dah kau akan dapat jawapan tu. Sikit lagi je. Teruskanlah bersabar selama mana pun demi jawapan yang diinginkan." Nasihat Asyraaf lembut.

"Ye, aku akan terus berusaha untuk bersabar sehingga sampai masanya." Balas Aayaz sekaligus menyatakan janji pada jejaka kacak disebelahnya itu.

Serentak Asyraaf menjatuhkan sekali kepalanya, menandakan dia setuju dengan janji yang dilafaz Aayaz itu. Tanpa sahabatnya itu sedar, satu nafas panjang ditarik perlahan bagi menenangkan hati yang kini sedang bercelaru dan berduka lara.

Masing-masing terus kekal diam tanpa sebarang bicara disepanjang perjalanan pulang ke kedah. Diam dan kekal sunyi sehinggalah kereta Audi Rs7 Sportback milik Asyraaf selamat menyelusur keluar daripada tol pendang. Dengan diikuti oleh BMW M4 milik Areez yang tepat berada dibelakang kereta Asyraaf.

"Yaz," panggil Asyraaf.

"Ya?" Sahut Aayaz. Serentak kepalanya ditoleh memandang sahabatnya itu.

"Buanglah semua fikiran yang berkait dengan perihal lain dan cukup untuk fokus dengan satu perkara yang paling utama dahulu apabila disaat genting." Nasihat Asyraaf yang jelas mempunyai maksud tersirat didalamnya. Khas buat jejaka disebelahnya itu.



Disisi yang lain, ...

"Kita boleh masuk dalam terus ke, abang?" Tanya Puan Jihan ingin tahu. Kepalanya ditoleh ke arah si suami dengan sedikit dongakkan.

"Ya, kita boleh masuk terus sebab Naim dengan Melati duduk dekat bilik menunggu persendirian. Tak silap abang, dekat situ hanya Ku Dyan dengan Tuan Muda Is je yang tengah tunggu ketibaan kita." Balas Tuan Adhaa sekaligus mengiyakan pertanyaan isterinya itu. Sedari tadi kedua belah tangannya setia menolak kerusi roda yang sedang diduduki oleh Naila.

"Ku Dyan dengan Tuan Muda Is daripada Diaz Vercetti? Kumpulan 6 jejaka yang konsepnya seakan-akan mafia dan mempunyai pengesahan diraja tu?" Tanya Puan Jihan dengan intonasi tinggi dan mempunyai penekanan. Nadanya jelas menunjukkan yang dia tidak percaya saat ini. Adakah dia salah dengar?

Tak mungkinlah kumpulan sehebat itu sanggup turun demi membantu mereka. Tambah-tambah lagi ketua mereka, Ku Dyan atau nama sebenarnya, Tengku Adyan Mateen. Apa yang sudah terjadi selama ini?

"Ya, sayang. Dekat malaysia ni hanya ada seorang je Ku Dyan dan juga Tuan Muda Is. Tiada yang lain selain daripada kumpulan diraja, Diaz Vercetti." Balas Tuan Adhaa sekaligus mengiyakan pertanyaan daripada isterinya itu.

"But why? Macam mana diorang boleh ada dekat sini? Kita ni bukannya ada salasilah dalam keturunan diraja atau bangsawan pun." Tanya Puan Jihan pelik. Mata terkebil-kebil memandang wajah suaminya tidak henti. Naila pula hanya diam melayan perasaan sedih yang menggasak jiwa.

"Abang pun tak tahu, sayang. Kita tunggu hero atau yang lain jelaskan, ok? Lagipun abang yakin ni semua berkaitan dengan anak-anak muda HK, sebab yang datang bantu sekarang adalah Diaz Vercetti 2nd Generation. Yang umur mereka hampir sama dengan mereka berempat. Bukannya yang umur setara dengan abang. Kalau Ku Irham tu lainlah." Jujur Tuan Adhaa sekaligus menyatakan tekaannya.

Dia yakin kehadiran Ku Dyan dan Tuan Muda Is dalam menghulurkan bantuan sekarang ini adalah sangat berkait dengan keempat-empat jejaka itu. Pasti kedua-dua jejaka daripada kumpulan diraja itu mempunyai ikatan yang sangat kuat dengan salah seorang daripada empat anak-anak muda HK. Tapi dia tidak pasti siapa dan jawapannya akan diketahui saat tibanya keempat-empat jejaka itu.

"Hmm, ye lah." Mahu tidak mahu, dia terpaksa mengalah dan menerima saranan suaminya itu. Ada benar juga dengan apa yang dikatakan itu.

"Dah tak payah fikir pasal ni lagi. Biarkan je dulu, ok? Sekarang kita kena bawa Aila masuk bilik menunggu persendirian ni." Ujar Tuan Adhaa dengan nada memujuk.

Langkahnya terhenti tepat dihadapan bilik yang tertera tanda keluarga diraja daripada keturunan tengku. Terbeliak mata Puan Jihan saat melihat bilik dihadapannya itu. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya saat ini. Bilik dihadapannya ini jelas kelihatan sangat mewah daripada bilik keturunan diraja yang lain. Bahkan lebih mewah daripada keturunan raja dan putera.

"Betul ke bilik ni, abang?" Tanya Puan Jihan inginkan kepastian.

"Ye, sayang. Dah jom kita masuk." Balas Tuan Adhaa sekaligus mengiyakan pertanyaan daripada isterinya itu. Puan Jihan hanya mampu mengangguk lantas tangannya naik memegang pemegang pintu sebelum mula menolaknya.



"Allahuakbar..." lirih dan sayu nada Puan Jihan dan Tuan Adhaa mengucap.

Serentak mata dipejam rapat selepas melihat sosok pasangan suami isteri yang kini sudah terlantar kaku diatas katil. Kain yang menutupi seluruh jasad itu terus dibuka perlahan-perlahan oleh Ku Dyan dan Tuan Muda Is sehingga menampak jelas kepala jenazah.

"Mama Jihan..." panggil Naila lirih. Nadanya jelas kedengaran sebak.

"Jom mama Jihan tolak awak pergi dekat dengan mama dan papa, ok?" Pujuk Puan Jihan seraya menolak kerusi roda yang diduduki Naila merapat ke arah pasangan suami isteri itu. Lebih tepatnya ditengah-tengah katil pasangan suami isteri itu.

Tuan Adhaa hanya diam dan terus mengikuti langkah isterinya itu. Langkah dibuka mendekati jasad sahabat kecilnya, Tuan Naim. Matanya jelas kelihatan bergenang menahan tangisan yang akan mengalir pada bila-bila masa sahaja.

"Naim, ..." panggil Tuan Adhaa dengan nada yang jelas kedengaran sebak.

"Aku dah datang sekali dengan anak kau ni. Kitorang datang nak hantar kau dengan Mel untuk terakhir kali. Anak aku dengan yang lain pun tengah on the way datang sini. Kau dengan Mel tunggu sekejap, ok?" Ujar Tuah Adhaa sayu. Tangan kanan naik mengusap lembut kepala Tuan Naim.

Saat ini hanya tinggal mereka bertiga sahaja didalam bilik itu memandangkan Ku Dyan dan Tuan Muda Is sudah berlalu keluar daripada situ. Memberi ruang kepada mereka bertiga.

"Aku dengan Han keluar dulu, ya. Biar Aila spend time dengan korang berdua dulu buat kali terakhir sebelum dikebumikan nanti." Tambah Tuan Adhaa sebelum tangan naik menarik tangan isterinya supaya mengikutinya keluar daripada bilik itu. Memberi ruang buat gadis itu untuk meluangkan masa bersama ibubapanya buat kali terakhir.

"Mama...Papa..." panggil Naila dengan nada yang jelas kedengaran sangat sebak dan sayu. Kedua belah tangannya naik meraba, mencari keberadaan tangan mama dan papanya.

Dapat sahaja dicapai, dia terus membawanya ke bibir dan dikucup lama. Air matanya mulai menitis tidak henti diatas kekura tangan yang sejuk dan kaku itu. Begetar habis seluruh tubuhnya, cuba menahan esakkan daripada kedengaran kuat.

"Kenapa cepat sangat mama dengan papa tinggalkan Aila? Kenapa? Mama dengan papa dah janji kan nak ada dengan Aila sampai Aila bertemu bahagia? Mama dengan papa dah janji nak ada dihari bahagia Aila tapi kenapa sekarang pergi? Hiks hiks...Aila tak sempat nak ada ikatan yang sah dengan abang Zayy. Aila...Aila tak sempat nak kongsi saat itu dengan mama dan papa...hiks hiks...mama...papa..." lirih Naila meluah. Bibirnya bergetar hebat menahan sebak dihati.

"Mama...papa..." panggil Naila lirih. Kedua belah tangannya naik menekan pemegang kerusi roda bagi menampung berat tubuhnya. Dia ingin bangun untuk daripada duduknya meskipun tubuhnya terasa sangat lemah saat ini.

Dan, ...

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now