Bab 53

114 9 0
                                    

        "Ahh!" Jerit Naila saat dia mulai kehilangan keseimbangan badan. Perkara itu terjadi apabila kakinya terlanggar tempat pemijak pada kerusi roda itu.

Satu tangan kekar melilit dan menarik pinggangnya ke belakang sehingga melekat rapat pada tubuh tegap itu daripada jatuh tersembam ke depan. Tersentak Naila akan tindakan mengejut itu. Serentak kedua belah tangannya naik menolak kasar tangan kekar itu supaya jatuh daripada terus melilit pinggangnya sebaik sahaja dia mendapat kestabilannya. Tubuhnya dipusing ke belakang dengan berhati-hati kerana dirinya yang kini dalam keadaan sangat lemah dan tidak mampu untuk stabil.

Baru sahaja dia ingin membuka mulut, terus mulutnya itu kembali tertutup rapat tanpa memulakan sebarang bicara lagi. Aroma maskulin daripada wangian Chanel Bleu De Chanel Eau de Perfume menusuk masuk ke dalam rongga hidungnya. Dan dia sangat kenal dengan pemilik wangian itu. Hanya jejaka itu seorang sahaja yang memakai wangian itu. Wangian daripada perfume dan badan yang menjadi kegemarannya daripada dulu.

"Ab... abang?" Tanya Naila takut-takut. Meskipun dia yakin siapa pemilik tangan kekar itu tapi dia masih takut untuk percaya.

"Yes, dear princess. It's me." Sahut Aayaz dengan nada lembut. Iris hazelnya merenung tepat ke wajah cantik milik bakal tunangnya itu sebelum turun memandang ke arah kaki.

Jelas kelihatan balutan dikaki kiri gadis itu. Membuatkan hatinya seperti disiat-siat dengan pisau. Mata dipejam sekejap bagi menenangkan hati yang perit dan pedih itu. Nafas ditarik panjang sebelum mata kembali dibuka. Kedua-dua tubuh kaku milik bakal mertuanya direnung dengan pandangan sayu. Dan saat itu juga kelopak matanya mulai bergenang. Dengan segera iris hazelnya mencari kembali wajah cantik milik bakal tunangnya itu.

Langkah terus dibuka mendekati gadis itu lalu tangan naik mencempung tubuh kecil itu ke dalam dukungannya. Terjerit kuat Naila saat diperlakukan begitu. Jelas terasa telapak tangan besar milik Aayaz melekap dibelakang dan pahanya.

"ABANG!" Jerit Naila kuat. Kedua tangannya naik memukul dada bidang milik bakal tunangnya itu.

"Shhhh...Tenang, dear princess. Abang cuma nak bawa awak dekat dengan mama Melati dan papa Naim. Demi Allah SWT, abang takde niat apa-apa pun selain itu." Pujuk Aayaz lembut ditepi telingan Naila. Serentak pukulan didada bidang itu terhenti.

Satu senyuman lega terukir dibibir Aayaz saat itu. Lega melihat bakal tunangnya tidak lagi memberontak dengan perbuatannya ini. Sejak awal lagi, dia sudah tahu apa yang diinginkan gadis itu dan kini dia akan tunaikannya. Dibiarkan sahaja rasa senak didada akibat daripada pukul gadis kesayangannya itu. Dan tiba-tiba sahaja kedua-dua matanya terpejam rapat menahan gelora yang dirasakan lain daripada yang lain.



"Dear..." panggil Aayaz dengan nada seakan-akan sedang menahan nafas. Langkahnya sedari tadi masih kekal disitu tanpa sebarang gerakkan.

"Mesti sakit dada abang sebab pukulan Aila tadi kan? Aila minta maaf sangat-sangat sebab dah pukul abang. Aila terkejut..." luah Naila lirih. Nadanya jelas kedengaran sayu dan sebak. Matanya mulai bergenang dan menunggu hanya masa untuk mengalir.

Tangan kanannya naik mengusap lembut dan tidak henti dada bidang millik bakal tunangnya itu. Rasa bersalah mulai bergunung mencengkam jiwa.

"Abang faham, dear. Abang tak marahkan awak pun. Don't say sorry, ok?" Lembut nada Aayaz memujuk. Namun nadanya masih seperti tadi, menahan gelora yang entah datang daripada mana. Tapi yang pasti saat dadanya diusap lembut oleh bakal tunangnya itu.

"Betul, abang tak marahkan Aila?" Tanya Naila inginkan kepastian. Tangan kanannya masih setia seperti tadi, mengusap tidak henti didada bidang itu.

"Yes, my dear princess," balas Aayaz sekaligus mengiyakan pertanyaan bakal tunangnya itu. Saat itu juga, satu senyuman nakal mula terukir nipis dibibirnya. Akalnya mula mendapat satu idea.

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now