Tepat pukul 1 pagi, helaan lega akhirnya terhela daripada bibir para kaum lelaki yang bertungkus-lumus tidak henti sedari tadi. Akhirnya semua urusan berkaitan pengebumian Tuan Naim dan isterinya telah pun selesai hingga ke akhirnya. Pasangan suami isteri telah selamat dikebumikan didalam satu liang lahad.
Aayaz dengan segera mengetuai bacaan talqin dan doa setelah selesai pengembumian itu. Jelas kelihatan riak sayu dan sedih terpancar diwajah masing-masing. Selesai sahaja bacaan talqin dan doa maka selesailah semuanya.
Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 185:
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada api neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
"Papa...mama...Aila tak kuat..." luah Naila sebak. Tangan kanannya naik meraba-raba batu nisan milik mama dan papanya. Sedari tadi air matanya tidak pernah henti mengalir membasahi pipi.
"Dear..." panggil Aayaz lembut dengan nada memujuk. Dengan segera dia duduk bercangkung pada ruang kosong disebelah bakal tunangnya itu.
"Jangan terlalu meratapi terhadap insan yang sudah pergi, rela dan ikhlaskanlah mereka supaya mereka dapat pergi dengan tenang." Lembut Aayaz menuturkan nasihatnya. Seiring dengan tangan kanannya yang naik mengusap lembut kepala gadis itu.
"Aila nak mama dengan papa...hiks...hiks...Aila nak mama dengan papa..." rayu Naila dengan penuh rayuan. Nadanya jelas kedengaran sayu dan tenggelam timbul pada deria pendengaran Aayaz.
Perasaan risau mula menerjah hati dan jiwa lelakinya. Lantas ditarik tubuh kecil milik bakal tunangnya itu masuk ke dalam pelukan. Dipeluk erat bagi menyalurkan semangat dan kekuatan bagi gadis itu. Dia tahu perbuatannya ini berdosa dan dia tahu haram baginya untuk menyentuh seseorang yang bukan mahram baginya. Tetapi dia benar-benar tiada pilihan lain kerana hanya mereka yang lelaki sahaja yang ada disekeliling kubur Tuan Naim dan Puan Melati itu. Memandangkan Puan Jihan dan Elzahra mengalami keuzuran dan tidak dibenarkan masuk.
"Abang ada, dear...Abang ada...Abang akan jaga awak seperti mana yang abang pernah lafazkan janji didepan mama dengan papa...Awak adalah amanah abang bila kita sudah melafazkan kata setuju untuk mengikat diri kita sebagai pasangan suami isteri." Pujuk Aayaz lembut. Dipeluk erat dan disembamkan kepala Naila pada dada bidangnya. Dibiarkan sahaja tangisan gadis itu membasahi bajunya.
"Mama..."
"Papa..."
"Aila nak papa...dengan mama..." lirih Naila meluahkan apa yang diinginkan. Nadanya juga semakin perlahan dan hampir tidak kedengaran pada deria pendengaran Aayaz.
Tidak lama kemudian, tangisan Naila juga mulai perlahan. Suaranya juga semakin tenggelam. Cengkaman dibelakang badan Aayaz juga mulai longgar dan tangan perlahan-lahan melorot jatuh ke bawah. Saat itu juga, dada Aayaz mula dihempas debaran maha hebat. Dengan pantas dia meleraikan pelukan itu untuk memeriksa keadaan bakal tunangnya itu.
"DEAR!" Melengking senoktaf nada Aayaz saat memanggil bakal tunangnya yang sudah tidak sedarkan diri itu.
"Dear...Bangun dear...Please buka mata awak...Please, dear..." lirih dan penuh sebab nada Aayaz saat meluahkan rayuan itu. Dicempung tubuh kecil bakal tunangnya itu dengan penuh berhati-hati.
Tangan kirinya pantas naik menepuk perlahan pipi kanan milik bakal tunangnya itu. Ditepuk perlahan dan tidak henti dengan penuh berharap. Hati dan jiwanya benar-benar berharap gadis itu akan kembali berkunjung sedar. Membuka kembali mata dan melihatnya. Dengan pantas, mereka yang lain yang masih kekal berada disitu bergegas ke arah Aayaz dan Naila.
YOU ARE READING
Supt's: Mio Caro (Complete)
RandomCOMPLETE! - Tentang kisah setia salah seorang ahli Hell's Killer - "Lapor! Alpha sedia Tuan Zyan. Over " - Platun Alpha Aayaz Zayyan, seorang jejaka kacak yang merupakan salah seorang ahli tertinggi VAT69. Kesetiaannya terhadap gadis pujaan hati ada...