Bab 57

137 7 0
                                    

         "Yaz!" Terkejut Aayaz saat nama pendeknya dipanggil dengan intonasi yang sangat kuat. Kepalanya terus menoleh ke arah sumber suara itu.

Senyuman terus melakar lebar dibibir nipisnya, "Zeeq! Deen! Ash!" Sahut Aayaz sekaligus memanggil kembali nama pendek ketiga-tiga sahabatnya.

"Congrats, Yaz. Aku tumpang gembira atas kebahagiaan yang dikurniakan dekat kau. Kau layak sangat-sangat untuk kebahagiaan ni." Ucap Areez sebaik sahaja pelukan dileraikan. Ucapannya jelas kedengaran ikhlas dan penuh keterujaan pada deria pendengaran Aayaz.

"Thanks, Deen." Serentak kedua belah tangannya naik memeluk erat kembali tubuh tidak kalah tegap milik Areez itu.

"Tahniah, cousinku. Sumpah, aku rasa macam tak percaya yang kau dah kahwin. Rasa macam kita baru je meningkat dewasa, tengok-tengok kau dah pun sah jadi suami orang. Aku tak tahu lah siapa yang nak layan kemanjaan aku nanti. Yelah, kau kan dah kahwin jadi kau mesti lebih fokuskan dekat isteri nanti. Mana nak ada masa layan kerenah aku macam selalu dah..." jelas kedengaran sangat lirih nada pada luahan yang keluar daripada mulut Arash itu.

Serentak iris ketiga-tiga jejaka kacak daripada Hell's Killer itu naik merenung tepat pada wajah kacak milik Arash itu. Jelas terpancar riak sayu diwajah itu. Mulut yang sudah tergamam dengan lidah yang sudah terkelu. Hati pula mulai diserang rasa bersalah bersama dengan rasa terkejut akibat luahan yang langsung tidak terjangkau dalam fikiran mereka bertiga itu. Tanpa menunggu lama, kedua-dua belah tangan Aayaz kembali naik memeluk erat tubuh sepupunya itu. Arash hanya diam dan membiarkan sahaja tubuhnya ditarik oleh Aayaz supaya masuk ke dalam pelukan jejaka itu.

"Kenapa cakap macamtu, Ash? Aku dah pernah berjanji dengan kau kan dulu?" Lembut nada Aayaz saat bertanya. Dipeluk erat tubuh sepupunya itu dengan erat. Tangan kanannya juga tidak tinggal diam dimana ia naik mengusap perlahan belakang jejaka itu bagi niat memujuk.

"Aku just takut kau lupa dengan janji yang dilafazkan dulu. Manusia tak selalunya akan ingat sesuatu perkara termasuk dengan janji yang dilafazkan dulu kerana perubahan yang dihadapi tak kira daripada segi ingatan dan pemikiran atau suasana dalam sesuatu hubungan, Yaz. Janji itu dilafazkan saat kita masih mentah jadi besar kemungkinan dia bukan sesuatu yang berat untuk dipikul dengan penuh tanggungjawab dan juga penuh amanah." Luah Arash lirih. Nadanya jelas kedengaran sayu pada deria pendengaran mereka bertiga.

"Tak semua orang sama seperti yang kau fikirkan, Ash. Buktinya, jelas dah ada depan mata kau daripada dulu lagi. Jujur demi Allah SWT, aku, Zeeq dengan Yaz adalah berbeza dengan manusia yang lain. Daripada awal lagi kami bertiga akan memungkiri janji yang telah dilafazkan dulu jika diri ini sama seperti yang lain tapi kami masih kekal setia berpegang pada amanah itu kerana berbeza dan tegas dalam memegang segala yang dijanjikan atau dilafazkan, Ash." Celah Areez sebaik sahaja pelukan diantara Aayaz dan Arash dilepaskan.

Arash hanya diam memandang mereka bertiga secara silih berganti tanpa henti. Iris hazel miliknya cuba mengesan pembohongan dan penipuan melalui iris kelabu milik Asyraaf, iris amber milik Areez dan iris hazel milik Aayaz yang jelas sama tona dengannya. Namun hampa, setitik pun tidak dapat dikesannya maka jelaslah mereka bertiga benar-benar memaksudkannya. Persahabatan Hell's Killer benar-benar seperti sebuah keluarga yang mempunyai ikatan penyatuan yang sangat kuat terjalin.

"Makin meningkatnya umur setiap manusia yang hidup dimuka bumi, makin tinggilah peratus untuk kita melupai sesuatu perkara dan janji yang dipersetujui namun masih ramai lagi yang kekal mengingati perihal dulu seiring dengan peningkatan pada umurnya. Kita berempat pernah janji untuk terus berusaha menunaikan amanah dan janji yang dilafazkan sehingga maut memisah suatu saat nanti, jadi sampai bila-bila pun ia akan terjalin tanpa sebarang kata perpisahan diatas kehendak-Nya." Celah Asyraaf bersama dengan senyuman nipis yang terukir dibibirnya.

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now