2006
Jam di dinding menunjukan sudah 3.30 pagi. Dia harus segera menyediakan bahan-bahan untuk kuih jualannya. Kebiasaan kuihnya diletak di kedai-kedai kampung. Dengan hasil tak seberapa itu lah dia dapat membeli barang keperluan. Menjadi ibu tunggal tidaklah mudah. Pandangan orang kampung juga ada yang bersimpati malah ada juga yang cemburu! Terlalu khuatir suami mereka dirampas agaknya. Sedangkan dirinya bertungkus lumus mencari duit demi sesuap nasi demi membesarkan anak tunggal perempuannya.
Kehidupan Sufi berubah sejak bercerai dengan suaminya. Hidupnya terkontang-kanting. Tapi dia tahu, dia harus kuat demi anaknya Alaina Rizhan. Anaknya yang kini berusia 5 tahun. Makin banyak kerenah, makin banyak keinginan. Kalau ke bandar tak sah kalau tidak dibelikan mainan. Dia sedar dia harus bekerja dengan lebih kuat kerana tidak lama lagi Alaina bakal memasuki alam persekolahan.
"Haa sampai dah kuih janda ni. Engkau buat kuih apa harini Sufi? Perut aku ni memang tengah lapar. Laparkan kuih engkau tu." Pak Zahid berseloroh. Pak Zahid antara pelanggan yang sering datang ke gerai Mak Bedah.Usikan yang Sufi terima hari-hari sudah lali dia mendengarnya.
"Buat kuih pau je harini. Kuih lain saya tak sempat nak buat. Mak Bedah harini saya buat 50 biji saja ye." Kata Sufi kepada Mak Bedah yang berada di sebelahnya. Mak Bedah merupakan pemilik gerai. Dapatlah dia menumpang kuihnya di gerai tersebut.
Mak Bedah mengangguk dan memberi duit hasil jualan kuihnya semalam. Mujur juga kuihnya habis semua. Dapatlah dia membeli barang-barang untuk kuih esoknya.
Mak Bedah mengambil dua bungkus nasi lemak untuk diberikan kepada Sufi.
"Sufi ambil lah nasi lemak ni. Boleh makan dengan Alaina nanti." Tersenyum Mak Bedah memandang Alaina. Anak kecil yang sungguh comel dan baik pekertinya. Pertama kali Mak Bedah melihat wajah Alaina, terus jatuh rasa sayangnya. Dilayan dan ditatang seperti cucunya sendiri.
"Terima kasih Tok Bedah. Nasi lemak Tok Bedah memang sedap. Boleh bagi A+(plus)." Kata Alaina sambil menunjukkan ibu jarinya. Sufi dan Mak Bedah tertawa kecil melihat keletah Alaina.
Sufi meminta izin untuk pulang dahulu kerana dia perlu menghantar Alaina ke tadika sebentar lagi. Selain membuat kuih, Sufi juga bekerja sebagai tukang sapu di bank. Jadi dia perlu bersiap-siap menghantar Alaina kemudian pergi ke tempat kerja menaiki bas. Mujurlah di kampung ini masih ada bas untuk dia pergi ke bandar.
Semoga dirinya kekal tabah mengharungi ujian yang diberikan tuhan kepadanya.
YOU ARE READING
Aku TAK OBESs | LeyThelemon
RomanceTergamam dirinya apabila tunang yang disayangi menghina dirinya. " Kau tu je kuat perasan. Aku tak pernah sayang kau pun. Silap-silap malam pertama pun aku loya la nak sentuh kau. Lemak kau tu banyak sangat. Hilang selera aku. Lain kali c...