Masuk hari ini sudah hari keempat Haidar tidak menghubungiku. Sama ada melalui call mahupun mesej. Hanya senyap tanpa khabar berita. Ada juga aku menghantar mesej kepadanya untuk mengucapkan terima kasih kerana telah membelikanku barang makeup, tetapi tiada respon diterima. Aku juga tidak mahulah terus menghantar mesej , risau pula jika dicop terhegeh-hegeh gilakan Haidar. Sememangnya Haidar memiliki aura. Sekali pandang saja sudah membuatkan sesiapa pun akan jatuh cinta.
Aku menongkat wajah sambil memandang Encik Hasbalah yang sedang mengajar. Jasad saja berada di dalam kelas, tetapi roh sudah melayang entah ke mana. Fokus ku juga sudah menerawang keluar. Haidar malu keluar dengan aku ke? Atau Haidar geli keluar dengan aku? Atau Haidar hanya mengambil kesempatan ke atasku? Ah mustahil kalau difikirkan. Sedangkan Haidar sudah membelanjakan wang nya untukku. Aku lah yang patut digelar ambil kesempatan.
"Oi taknak balik ke?" Suara Farha menghentikan lamunanku. Aku berkerut memandangnya. Balik?
Aku mengerling jam di pergelangan tangan. Membulat mataku apabila jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Encik Hasbalah keluar dari kelas pun aku tidak sedar. Segera aku mengemas barang dan masukkan ke dalam beg. Aku mengikuti langkah Farha yang keluar dari dewan kuliah.
"Petang ni aku tak turun makan tau. Sebab malam ni aku nak masak ayam buttermilk. Kau nak tak?" Tanya Farha kepadaku.
Dengar saja ayam buttermilk, bersinar-sinar mataku. Makanan kesukaanku!
"Mestilah nak! Buat banyak-banyak sikit tau. Nanti aku ambil nasi je dekat dewan makan. Boleh makan dengan nasi hehe." Sengihku hingga menampakkan gigi arnab. Farha kalau bab memasak memang champion. Paling aku suka bubur nasi yang dibuatkan sewaktu aku demam. Benar-benar cukup rasa lah! Demamku juga mulai beransur kebah.
Sedang aku berbual dengan Farha, terdengar satu suara memanggil namaku. Aku menoleh ke belakang dan ternyata geng-geng Haris. Aku menjeling sekilas.
"Aduh kena jeling lah pulak. Mentang-mentang lah dah keluar date dengan lelaki handsome, terus belagak eh." Sindir Haris disambut gelak tawa rakan-rakannya.
"Dahla gemuk,kaki kikis, jalan pun bergegar dunia. Jangan lah nak belagak sangat." Sindirnya lagi.
Geram pula aku dibuatnya. Harini kesabaranku makin tipis. Dicop gemuk aku boleh bersabar. Tetapi dicop kaki kikis, itu aku tak boleh terima. Bukannya aku mengikis Haidar. Tetapi sebaliknya Haidar yang belanja aku barang-barang tersebut.
Aku berhenti melangkah dan memusingkan badanku ke arah Haris dan rakan-rakannya.
"Woi Haris jongang! Kau tak payah la nak shaming aku. Kau pun muka buruk, dahla hodoh. Perangai pun buruk. Bila masa pula aku mengikis? Aku pun ada duit, aku ada harta sendiri lah. Tak payah nak mengemis dengan orang lain!" Jeritku separuh kuat. Yang lain mendengarnya turut tergamam. Inilah kali pertama aku membalasnya. Selama ini cukup aku bersabar.
Haris yang mendengarnya terus berasa bengang. Mukanya merah-merah menahan marah. Mana pernah orang menghina giginya! Laju saja dirinya meluru ke arah Alaina. Perempuan gemuk tidak sedar diri ini harus diajar! Tangannya sudah melayang ke udara untuk menampar wajah Alaina.
Namun tidak sempat tangannya menyentuh wajah Alaina, dirinya ditendang dari tepi lalu jatuh terjelopok. Tergamam yang lain dibuatnya termasuklah Alaina.
Tidak sangka Haidar muncul menjadi penyelamatku! Entah dari mana Haidar muncul tiba-tiba saja dia menendang Haris. Hampir saja wajahku menjadi sasaran tamparan Haris.
YOU ARE READING
Aku TAK OBESs | LeyThelemon
RomanceTergamam dirinya apabila tunang yang disayangi menghina dirinya. " Kau tu je kuat perasan. Aku tak pernah sayang kau pun. Silap-silap malam pertama pun aku loya la nak sentuh kau. Lemak kau tu banyak sangat. Hilang selera aku. Lain kali c...