Bab 9

64 2 0
                                    

Hirisan ayam dicampak ke dalam kuali. Bahan tumisan nya mula merecik sana sini. Bungkusan mi kuning dibuka satu persatu lalu dikeluarkan dan direndamkan dalam besen. Inilah kebiasaan Sufi jika menerima tempahan mi. Dia pasti akan membasuh mi sehingga benar-benar bersih. Dia tidak suka bau kapur yang ada pada mi. Bagaimana dia masak untuk makan sendiri, begitu juga lah dia masak untuk berniaga. Kualiti menjadi keutamaannya dalam memproses makanan. Sufi mengerling jam yang sudah menunjukkan jam 4 pagi. Dia harus segera menyiapkan masakannya kerana pada pukul 7 pagi pelanggan nya akan datang mengambil tempahan. Membungkus makanan juga mengambil masa yang lama. Kalau ada pembantu tidak mengapa. Alaina pula hanya akan pulang ke rumah sesekali itupun kalau dia tidak sibuk di kolejnya. Kebiasaannya Alaina lah menjadi pembantu tak berbayar nya untuk membungkus tempahan. Hari ini dia perlu melakukannya bersendirian. Bukan tidak mahu mengupah orang, untungnya juga tidak seberapa. Kalau ambil orang bekerja, berapa saja untung yang tinggal. Sudahla barang basah juga mahal. Dengan keuntungan itu jugalah digunakan untuk membayar bil api,air dan simpanannya.


Setelah memastikan mi kuning benar-benar bersih, mi kuning ditapis terlebih dahulu untuk mengtoskan air. Tumisan dikacau untuk pastikan tiada kerak terhasil. Agak-agak sudah masak, Sufi mengambil mi kuning lalu dimasukkan ke dalam kuali. Sepenuh kudrat digunakan untuk mengacau sehingga sekata. Mujur saja hanya 100 bungkus tempahan diambil. Jika lebih mahu pengsan dibuatnya.

              Bungkusan mi kuning yang telah siap dimasukkan ke dalam kotak. Ini memudahkan pelanggan nya untuk ambil sebentar lagi. Deringan telefon nya berbunyi menghentikan pekerjaannya. Tergesa-gesa Sufi mencapai telefonnya. Tertera nama pelanggannya di kaca telefon.

"Kak, saya tak dapat nak ambil mi tu. Tapi kejap lagi bos saya sendiri yang ambil. Nanti resit tu akak bagi dekat bos saya ye." Kata Ernie yang sering menjadi pelanggan tetap Sufi. Keretanya tiba-tiba buat hal pula. Mujur bosnya baik hati untuk menawarkan diri mengambil makanan. Zaman sekarang susah nak cari bos humble yang baik seperti itu.

"Okay baiklah. Ni pun akak dah siap bungkus ni. Tinggal nak datang ambil je." Balas Sufi.

Ernie menarik nafas lega. Sudahla majlis akan bermula pukul 8. Kalut dibuatnya!  Panggilan ditamatkan lalu dia segera mendail nombor telefon bosnya untuk memaklumkan perkara itu. Mujur bos nya memahami. Jarang-jarang ye CEO syarikat nak turun ke padang. Biasanya anak-anak buah lah yang disuruh.

         Sufi mengira dan memastikan kesemua tempahan cukup. Sudah menjadi kebiasaan untuk memberi lebih bungkusan mi kepada pelanggan nya. Orang kata biar berlebih jangan terkurang.

               Sebuah kereta Toyota Hilux memasuki perkarangan rumahnya. Sudah pasti ini lah bos yang dikatakan Ernie tadi. Sebaik saja lelaki itu turun dari perut kereta, dia segera pergi ke arah Sufi untuk mengambil makanan.

               Sufi melemparkan senyuman manis. Kelihatan lelaki itu tidak lah terlalu tua dan juga tidak terlalu muda. Adalah juga seiras Khairy Jamaluddin. Mungkin umurnya juga sudah mencecah 50-60 tahun.

"Ni bos Ernie ye? Haa ni makanan saya dah letak siap-siap dalam kotak. Takde lah berterabur nanti." Pesan Sufi

Lelaki itu mengangguk perlahan sambil memandang kotak-kotak makanan itu.

"Wahh banyak ni. Masak sorang je ke? Oh sebelum terlupa, nama saya Arash." Kata Dato' Arash. Mujur saja Ernie memaklumkan lebih awal mengenai keretanya yang rosak. Kebetulan pula Dato' Arash sedang berada di sekitar kawasan itu. Jadi lebih dekat untuk dia mengambilnya.

"Ouh nama saya Sufi. Kalau ada tempahan apa-apa memang saya masak sorang je. Kalau ada anak saya tu balik, dia lah yang tolong." Balas Sufi.

Sufi mula mengangkat kotak makanan itu untuk dimasukkan ke dalam bonet kereta Hilux. Dato' Arash yang melihatnya segera mengambil kotak itu dari tangan Sufi. Risau juga dia dibuatnya sudahla kotak itu berat. Dia yang lelaki ni pun terasa berat bebanan apabila memegang kotak berisi makanan itu.

"Takpe biar saya angkat. Lagipun awak dah masak kan. Jadi biar saya yang angkat dan susun dalam kereta." Kata Dato' Arash.

Sufi tersengih malu. Ada baiknya juga, pinggang nya pun dah mula berasa sakit. Itulah siapa suruh angkat berat-berat. Sufi memerhati Dato' Arash memasukkan kotak-kotak itu ke dalam kereta. Setelah siap semuanya, resit dihulurkan kepada Dato' Arash.

Dato' Arash melihat jumlah yang tertera. RM200 sahaja? Murah sungguh makanan yang dijual. Dia mula mengambil dompet dari poketnya lalu mengambil beberapa helai not RM50.

Sufi yang melihat itu segera menolak kerana Ernie sudahpun menyelesaikan bayaran makanan itu.

"Takpe awak ambil je ni. Harga dah lah murah, macam mana lah awak dapat untung kalau jual harga tu. Anggap je ni extra tips dari saya." Hulur Dato' Arash. Mahu tidak mahu Sufi pun mengambil duit itu.

Ucapan terima kasih dilontarkan kepada Dato' Arash.

"Terima kasih ye encik. Kalau ada terkurang ke apa bagitahu lah ye. Boleh saya baiki lagi akan datang." Kata Sufi. Sufi tidak mengetahui Dato Arash mempunyai gelaran. Maklumlah, Dato' Arash juga memperkenalkan nama saja tanpa sebarang gelaran.

Dato' Arash menangguk dan tersenyum. Dirinya meminta izin untuk pergi. Sebentar lagi acara di syarikatnya akan bermula. Jadi dia harus segera sampai ke sana lebih awal. Toyota Hilux itu mula bergerak meninggalkan rumah Sufi.

             Sufi mengucapkan kata-kata syukur. Terkejut apabila dikiranya jumlah duit yang diberi. RM300!!! Ini lebih dari untung. Rezekinya untuk harini. Jarang-jarang ada pelanggan baik hati yang memberikan duit lebih.

          Badannya  mula terasa sengal. Katil sepertinya sudah memanggil. Manakan tidak, seawal 2 pagi lagi Sufi sudah bangun untuk menyediakan bahan masakan. Inilah hakikat peniaga. Bukan senang nak senang dan bukan susah untuk susah. Sufi melangkah masuk ke dalam rumah. Periuk belanga yang masih kotor itu nanti-nanti lah dibersihkan. Badannya perlu mendapatkan rehat dahulu.



—————
Ha ni kita cerita part mak Alaina pulak. Okay ke tidak? Dah baca jangan lupa vote ye ><

Aku TAK OBESs | LeyThelemonWhere stories live. Discover now