Bunyi cengkerik, unggas kedengaran. Aku memandang sekeliling yang hanya dipenuhi hutan. Suasana gelap yang hanya mengharapkan cahaya sang bulan membataskan pergerakanku. Aku terus berjalan menelusuri ranting-ranting pokok.
Tidak jauh dari tempatku berdiri, kelihatan sebuah rumah usang. Aku meneruskan perjalanan ke rumah itu. Kini, aku telah berdiri di hadapan rumah usang. Aku memberanikan diri membuka pintu tersebut.
"Masuklah nak..." Seringai seorang lelaki tua kepadaku. Muka nya agak menakutkan ku. Tapi entah kenapa kaki ku terus melangkah ke arahnya. Aku terpaku membisu tanpa sebarang kata.
Lelaki tua itu melemparkan senyuman yang menyeramkan. Dengan baju yang koyak persis seperti pengemis.
"Kamu kena hati-hati. Dia bukan orang baik." Pesan lelaki tua itu kepadaku secara tiba-tiba.
Siapa yang dimaksudkan? Dan siapa lelaki tua ini? Sudahla tinggal di rumah usang. Di dalam hutan yang gelap dan bersendirian!
"Pakcik ni siapa? Tak takut ke tinggal sorang dalam hutan ni?" Soalku berani.
Lelaki tua itu tiba-tiba ketawa terbahak-bahak. Dan entah mengapa tiba-tiba aku mendengar ketawa mengilai. Tanpa berlengah terus aku berlari menuju ke luar. Angin tiba-tiba bertiup kencang. Tidak berani aku menoleh ke belakang.
Aku menjerit ketakutan. Semakin jauh aku berlari semakin aku dekat dengan rumah usang. Seolah-olah aku berjalan di atas treadmill. Oh tuhan apakah ini?
"Alaina Rizhan!!!!!!" Jerit Farha kepadaku lantas mengejutkan ku dari mimpi. Aku memandangnya.
"Kau kenapa ni? Kau mimpi apa sampai meracau-racau. Dah macam nampak hantu." Bebel Farha.
Mujur saja harini hari minggu. Terbangun lewat pun tidak ada masalah. Cuma mimpi tadi membuatkan aku terfikir. Apa maksud lelaki tua itu? Kenapa aku harus bermimpi sebegitu?
"Mengelamun pulak dah. Hey bangun pergi solat Subuh." Kata Farha kepadaku.
Aku bermalas-malasan di katil. Lambat-lambat aku bangun dari perbaringan. Mengantuk tidak usah dikata lah. Sudahla semalam pukul 3 baru dapat melelapkan mata. Aku mencapai tuala. Sudah menjadi rutinku sebelum solat, aku akan membersihkan diri terlebih dahulu.
Selesai solat Subuh,aku merebahkan diri ke atas katil. Yang pasti pukul 8 aku akan turun ke dewan makan. Tidak sabar rasanya nak menikmati sarapan. Sudah terbayang nasi lemak yang sedap itu. Sambal nya yang cukup rasa, dilengkapi taburan ikan bilis garing. Ahhh sungguh indah membayangkannya. Aku memandang Farha sekilas. Kelihatan Farha sambung beradu di katilnya. Mataku juga mulai kuyu. Sebelum melelapkan mata. Jam disetkan pada pukul 8 supaya aku tidak terlepas untuk bersarapan.
Aku menuju ke dewan makan berseorangan. Farha sememangnya jarang makan sarapan pagi. Boleh dikira dalam setahun tu berapa kali saja dia makan. Aku memandang sekitar dewan makan, kelihatan pelajar lelaki juga sedang menuju tempat yang sama. Bau haruman nasi lemak sudah mula mencucuk hidungku. Setibanya aky di dewan makan, segera aku ambil nasi lemak yang terhidang. Air Milo turut dihidangkan. Aku menarik kerusi dan duduk bersendirian. Suapan pertama nasi lemak membuatkan mataku terpejam. Sunggu sedap dan sungguh asyik sekali nasi lemak! Hari-hari makan nasi lemak pun tidak mengapa.
Sedang aku menikmati makanan, datang seseorang menyapa ku.
"Hai! Alaina kan? Boleh saya duduk sekali?" Tegur Haidar.
Aku memandang kiri kanan. Risau pula nak dipelawa. Nanti apa kata orang. Belum sempat aku memberikan respon Haidar sudahpun menarik kerusi di depanku. Ah sudah la tika ini ramai pelajar lelaki sedang menikmati makanan. Dapat dilihat dari hujung mata mereka sedang memandangku dan Haidar. Turut kedengaran suara sindiran.
"Perghh laku jugak la Alaina ni erk. Ingatkan takde yang nak."
"Gemuk berisi sedap kena peluk agaknya"
Kedengaran sindiran diselangi gelakan yang kuat. Aku tidak suka suasana ini. Hilang ketenteraman aku untuk menikmati makanan. Aku memandang Haidar dengan riak tidak puas hati.
"Kenapa yang lain tu? Saya tak faham betul lah. Tak salah pun kan saya duduk dengan gadis comel macam awak ni." Ujar Haidar kepadaku. Guna saya-awak pula dah. Aku menepuk dahi. Aku memang geli kalau berbicara dengan lelaki menggunakan saya-awak. Tolonglah faham.
"Kau ni pun satu hal jugak. Kau dah kenapa duduk dengan aku. Pergilah duduk dengan kawan kau tu." Balasku kasar.
Haidar tersenyum kecil lalu memandangku. Tersedar Alaina menggunakan aku-kau. Baru teringat kata-kata Alaina dulu.
"Sorry... aku cuma nak berkenalan je. Anytime kalau kau perlu bantuan aku just bagitahu. By the way, sedap nasi lemak ni kan?" Ujar Haidar sambil menyua nasi lemak ke mulutnya.
Aku hanya mengiyakan saja. Walaupun tidak dinafikan Haidar memiliki paras rupa. Aku juga perlu sedar diri. Keterujaannku harus disimpan. Silap-silap nanti jadi bahan ejekan. Padahal jantungku ini seperti mahu pecah. Yelah mana pernah lelaki ada rupa duduk makan dengan semeja denganku. Aku ni sudahla gemuk,muka gelap tapi tangan putih. Nak dikatakan dayang senandung jugak macam tak kena. Muka kusam berjerawat. Tidak cukuplah kertas kajang tu kalau hendak disenaraikan kekuranganku.
Haidar cuba mengubah topik apabila melihat aku diam menikmati makanan.
"Exam tak lama lagi kan? So kau dah study ke?". Tanya Haidar kepadaku.
"Aku baca nota sikit-sikit je. Biasa sebelum paper exam tu baru aku all out nak hafal." Balasku
Haidar mengangguk faham. Dirinya sedang cuba mengorek rahsia pointer Alaina. Kalau dapat jackpot ni memang beruntung lah dia. Sudah pasti Alaina akan menjadi target seterusnya untuk membuat assignment. Haidar sudah mula berfikiran jahat. Perempuan gemuk hodoh lagi senang diperbodohkan.
"Masa sem 1 dapat berapa pointer?" Soal Haidar kepadaku.
"3.89 je." Balasku ringkas.
Haidar menunjukkan reaksi terkejut setelah mendengarkan result sem 1. Hairan juga aku sebenarnya. Yelah tidak pernah ada lelaki yang bertanya mengenai pointer ku. Kalau perempuan tu ada juga lah yang bertanya.
Haidar mengeluarkan telefon bimbitnya.
"Boleh nak minta nombor? Bukan apa senang kot-kot nak mintak tolong ke atau nak keluar date ke kan." Seloroh Haidar.
Aku menayang wajah mengjengkelkan. Tetapi dalam hati janganlah cakap. Rasa nak pecah dibuatnya. Oh Haidar jangan buat aku begini...
Aku memberikan nomborku kepada Haidar. Nasi di dalam pinggan ku juga sudah habis. Segera aku bangun dan menghantar pinggan ke dalam besen. Terdengar suara-suara yang mengusikku. Aku hanya mengabaikan saja. Lagi dilayan lagi menjadi. Tidak sabar rasanya ingin ceritakan kepada Farha.
Haidar tersenyum penuh makna. First step dah settle. Step seterusnya pula. Untuk sem ini dia perlu bekerja lebih keras. Maklumlah, sem 1 dan sem 2 keputusannya cukup-cukup makan orang kata. Perempuan-perempuan yang dia harapkan akhirnya menghancurkan resultnya. Banyak kesalahan dalam assignment. Teruk juga dirinya dimarahi pensyarah. Jadi dia perlu mencari sasaran seterusnya.
'Alaina Rizhan...'
YOU ARE READING
Aku TAK OBESs | LeyThelemon
DragosteTergamam dirinya apabila tunang yang disayangi menghina dirinya. " Kau tu je kuat perasan. Aku tak pernah sayang kau pun. Silap-silap malam pertama pun aku loya la nak sentuh kau. Lemak kau tu banyak sangat. Hilang selera aku. Lain kali c...