Haidar memandu keretanya menuju ke Kondominium miliknya. Beruntung dilahirkan dalam dulang emas. Minta apa saja pasti papa dan mama nya belikan. Tidak seperti abang-abangnya yang lebih suka berdikari. Apa guna jika tuhan sudah kurniakan kekayaan, tetapi tidak digunakan. Jadinya tidak salah Haidar menghabiskan duit mama dan papa nya. Esok-esok orang tuanya mati, Haidar juga lah akan memilik harta tersebut. Cerita palsu yang dikarangnya telah membuatkan hubungan abang-abangnya dan papa mulai renggang. Haidar tersenyum sinis mengingatkan kenangan itu. Papanya juga sangat mudah mempercayai Haidar. Dari kecil lagi papa nya memberikan layanan yang berbeza. Yang beruntungnya Haidar,tapi malang buat si abang.
"Harini birthday anak papa kan. So, papa nak bagi hadiah special untuk Haidar. Haidar kena pejam mata dulu." Kata Dato' Heynif Reys. Isterinya turut berada disampingnya tersenyum melihat telatah dua beranak itu.
Dato' Heynif Reys mengeluarkan sebuah kotak lalu dihulurkan kepada Haidar. Sebaik sahaja membuka mata,Haidar menjerit kecil apabila melihat sebuah Ipad yang berwarna silver diberikan kepadanya.
"Terima kasih papa,mama sebab dah hadiahkan Haidar Ipad. Haidar sayang sangat Papa dengan mama." Kata Haidar sambil memeluk kedua orang tuanya. Walhal ketika itu Haidar baru sahaja berumur 9 tahun. Pelbagai kemewahan yang diterimanya jika nak dibandingkan dengan abang-abangnya.
Di sebalik dinding, kelihatan dua remaja lelaki sedang melihat adegan itu.
"Untung Haidar tu kan. Nak apa je mesti dapat. Abang minta laptop untuk belajar pun kena marah dengan papa."
"Entahla dik. Abang pun tak faham dengan papa. Lepasni kalau nak apa-apa kita kena usaha sendiri. Kita bukan anak emas papa."
Si sulong dan yang tengah sering disisihkan. Entah apa punca pun tidak pasti. Tiba-tiba sahaja layanan papa dan mama berubah. Kalau ikutkan hati mahu saja dia keluar dari rumah itu. Tapi belum masanya lagi...
"Kita nak pergi mana ni? Ni macam bukan jalan balik kolej je." Suara Alaina memecah kesunyian sekaligus menyedarkan Haidar dari lamunan.
Haidar tersenyum manis."Siapa kata kita nak balik kolej? Ni nak pergi rumah I. I tak larat la nak drive dah. So kita stay dulu untuk satu malam." Balas Haidar.
Aku mulai kaget. Sudahla berdua-duaan. Menginap pula semalaman di rumah Haidar. Kalau ada orang lain tidak mengapa. Walaupun aku ni gemuk, lemak berlipat-lipat tak semestinya aku ni tak laku. Lelaki kalau otak dah tak betul bukan pandang rupa dah. Habis semua disebatnya. Tiba-tiba aku teringat satu berita mengenai seorang pengemis wanita yang bersalin sendirian di sebuah bandar kecil. Entah siapa yang merogolnya, dia pun tidak tahu. Janganlah perkara itu terjadi kepadaku. Nauzubillah!
"Boleh ke kalau you drop I dekat mana-mana hotel. Bukan apa tak manis pula kalau kita serumah kan?" Kataku kepada Haidar. Semoga Haidar memahamiku.
Haidar tersenyum sinis di dalam hati.
'Kau ingat aku berselera ke nak sentuh kau tu.'
"Don't worry okay. Rumah I tu banyak bilik. Sah-sah la kita tidur bilik berlainan. You pun dapat jimat. Baju pun you tak perlu risau sebab I dah belikan tadi." Balas Haidar.
Entah bila dia belikan aku baju. Tidak pula aku perasan. Nak demand lebih-lebih tak boleh juga sebab sekarang ni aku sedang menumpang kereta Haidar. Buatnya Haidar tiba-tiba badmood tidak pasal-pasal aku kena tinggal tepi jalan.
Akhirnya aku terpaksa akur. Mahu atau tidak aku terpaksalah tidur di rumahnya. Aku risau nanti aku yang tidak boleh mengawal perasaanku. Silap-silap aku yang terkam Haidar nanti. Ah jangan begitu Alaina. Ingat kita kena behave!
Honda milik Haidar mula memasuki kawasan kondonya. Sebaik sahaja kereta diparkir, Haidar keluar lalu membuka pintu di sebelah penumpangnya. Sekali lagi Haidar membukakan pintu untuknya!
Barang-barang di dalam bonet Haidar telah ambil. Alaina mahu menawarkan dirinya untuk membawa barang tersebut tetapi Haidar menolaknya dengan baik. Lagi sekali Alaina merasakan 'princess treatment'. Senyuman di bibir tidak dapat disembunyikan lagi. Walhal baru siang tadi Haidar melakukannya seperti bibik. Terus dilupakan begitu saja.
Lif di kondo ini terus bersambung dengan pintu utamanya. Hanya yang memiliki kad akses sahaja boleh masuk ruangan ini. Buka sahaja pintu lif, dapat dilihat pintu rumah milik Haidar. Pintu di rumah Haidar pula menggunakan smart lock yang menggunakan kata laluan untuk memasukinya. Dari luar saja sudah tergambar kemewahan di dalamnya.
Sebaik sahaja melangkah masuk, mulutku melopong. Bayangkan rumah kondo yang mewah dan elegan di depan matanya. Bertemakan hitam seolah-olah melambangkan tema mafia!
Tidak sangka pula rumah Haidar ini 2 tingkat. Inilah kali pertama aku melihat rumah kondo mewah sebegini. Kaya yang luar biasa rupanya. Aku masih berasa kagum dan takjub.
"You boleh pergi bilik yang kedua tu. Bilik tu ada tandas sekali so senang you nak mandi ke apa." Suara Haidar memecah lamunanku.
Aku mengangguk tanda memahami. Baru saja ingin melangkah ke bilik, aku teringatkan baju yang Haidar kata tadi. Benarkah dia ada membelikan aku baju?
"Haidar, baju yang awak beli tu mana ye. Sebab saya memang tak bawa baju ni." Kataku kepadanya.
Haidar mengambil sebuah beg lalu diserahkan kepadaku.
"Take this. I nak masuk bilik dah. I penat. You kalau nak apa-apa just tell me okay." Pesan Haidar sebelum berlalu pergi.
Aku tersenyum sendirian sambil melangkah menuju ke bilik itu. Sekali lagi aku tergamam sebaik sahaja tombol pintu dibuka.
'Simple,classic,elegan'
Haidar benar-benar memiliki citarasa yang bagus. Citarasa sebegini lah menjadi kesukaanku. Aku merebahkan punggung di atas katil. Sebentar lagi aku perlu mandi dan tidur. Alangkah indahnya berbaring ditemani Haidar. Eh!? Ditemani katil yang empuk. Aku tergelak sendirian mengenangkan kegatalanku. Ada-ada saja yang difikirkan.
YOU ARE READING
Aku TAK OBESs | LeyThelemon
RomanceTergamam dirinya apabila tunang yang disayangi menghina dirinya. " Kau tu je kuat perasan. Aku tak pernah sayang kau pun. Silap-silap malam pertama pun aku loya la nak sentuh kau. Lemak kau tu banyak sangat. Hilang selera aku. Lain kali c...