Bab 18

121 2 5
                                    

                    Sufi memandang tetamu nya yang datang berkunjung di pagi hari. Hairan juga apabila Dato' Arash datang bersama... keluarganya. Anak sulongnya dan beberapa orang adik-beradik Dato' Arash sendiri turut ada di situ. Alaina yang datang dari dapur membawa sebuah dulang yang berisikan cawan dan sebuah teko air teh panas. Menggigil-gigil tangannya apabila mahu meletakkan dulang tersebut.

                Tengku Ezhan yang menyaksikan itu menunduk sambil menahan senyuman. Lucu pula dilihat apabila si gadis itu mulai menggigil.

               "Jemputlah minum ya.. ni ada kuih yang saya buat. Makan lah jangan segan-segan." Sufi mempelawa tetamunya.

                 Aku memandang setiap wajah tetamu yang datang itu. Tidak pernah pula aku mengenali atau bertemu kecuali dengan lelaki tua itu. Namanya pun aku tidak tahu. Di sampingnya ada seorang lelaki muda yang...kacak. Muka putih kemerahan menyerlahkan lagi ketampanannya. Apa tujuan mereka ke mari kalau bukan untuk... meminang?

                 Meminang?! Aku membulatkan mata. Mereka datang untuk meminang aku ke?! Untuk siapa? Jangan untuk lelaki tua itu sudahlah. Tak sanggup aku mahu berkahwin dengan lelaki tua. Kalau anak nya tidak mengapa. Belum sempat dia pinang, aku dulu yang pinangkan.

                Dato' Arash memandang abangnya untuk memberi isyarat.
Abangnya iaitu Dato' Ahmad mula berdehem sebelum membuka bicara.

             "Maaflah kalau kedatangan kami ni mengejut. Sebenarnya kami ni ada hajat ke mari. Sebelum tu saya kenalkan lah dulu diri. Nama saya Ahmad dan ni adik saya Arash. Rasanya puan Sufi mesti pernah berjumpa dengan Arash ni kan?" Dato' Ahmad mula meneruskan bicaranya.

               Sufi mengangguk perlahan. Benar dia pernah bertemu dengan Dato' Arash itupun baru dua kali jika dikira. Apabila disebutkan hajat, Sufi sudah membayangkan mereka datang untuk meminang Alaina. Ada juga yang tertarik akan anaknya rupanya. Ingatkan gadis montel seperti Alaina tiada yang mahu.

                "Apa hajatnya tu ya? Maaf lah saya tak pandai nak berbasa-basi. Orang putih cakap straight to the point aje." Seloroh Sufi.

                 Mereka tersenyum sebelum meneruskan isi penting yang mahu disampaikan.

               "Kalau begitu saya cakap terus terang lah ye. Kami datang nak pinangkan untuk adik saya Arash ni....". Belum sempat Dato' Arash habis berbicara Alaina terlebih dahulu menyampuk

               "Haa! Pakcik nak pinang saya ke? Eh taknaklah saya. Saya muda. Pakcik cari lah yang sebaya." Bebel Alaina. Tak mahulah dia berkahwin dengan lelaki tua. Gila ke apa?! Kalau untuk anaknya tidak mengapalah.

              Sufi menjegil matanya dan mencubit perlahan bahu Alaina. Geram pula apabila Alaina menyampuk. Belum disebut lagi meminang siapa sudah melulu disemburnya.

                Aku mengaduh sakit. Betul kan apa yang dikatakannya. Tak salah pun kan? Mereka pula boleh mentertawakan ku. Aku mencerlung mata memandang lelaki muda itu. Tengku Ezhan menahan ketawanya. Geli hati apabila mendengar butir bicara gadis itu.

                "Maaf di atas ketidaksopanan anak saya ni. Dia kalau bercakap memang lidah laju daripada otak." Sufi tersenyum sambil menahan geram. Nasib ada orang kalau tidak mahu dilukunya kepala anaknya.

                  "Takpe saya faham. Saya pun tak cakap terus-terang tadi. Sebenarnya hajat kami ni nak pinang Puan Sufi untuk Arash." Penjelasan Dato' Ahmad membuatkan aku dan mama terkejut sehingga melopong kami dibuatnya.

              Nak pinang mama?! Ini bermakna dia akan menjadi ayah tiri aku? Malu pula bila diingatkan kejadian tadi. Ingatkan mahu meminangku rupanya mama yang disunting. Sufi juga tidak kurang terkejutnya sehingga hilang kata-katanya untuk berbicara.

Aku TAK OBESs | LeyThelemonWhere stories live. Discover now