Bab 14

60 1 1
                                    

                Aku membantu Farha untuk menyediakan bahan masakan di pantri. Bawang putih dan bawang holland dicincang halus. Chicken popcorn sudah dibeli yang sejuk beku. Jadi tidaklah mengambil masa yang lama untuk menyiapkan buttermilk chicken. Siap sahaja menggoreng chicken popcorn, Farha meletakkan butter ke dalam periuk eletrik kecilnya. Setelah cair, bahan tumisan seperti bawang putih,bawang holland dan juga daun kari dimasukkan. Semerbak bau tumisan buttermilk. Makin berkeroncong perutku dibuatnya.

            Deringan telefon bimbitku mengalihkan perhatianku. Siapakah gerangan yang berani mengganggu? Lantas telefon dicapai dan tertera nama Haidar pada skrin. Aku meminta izin untuk pamit sebentar untuk menjawab panggilan telefon. Segera aku berjalan menuju ke bilik. Punat hijau ditekan lalu terdengar suara Haidar yang serak itu.

            "Alaina, You busy ke tu? Tengah buat apa tu?" Tanya Haidar diselangi batuk yang tak berhenti.

           Berkerut dahiku apabila mendengarnya. Makin teruk bunyinya itu. Risau pula aku dibuatnya.

            "Tengah masak buttermilk chicken dengan Farha. You kenapa ni Haidar? Demam ke? Dah pergi klinik?" Soalku bertalu-talu.

            "I demam and batuk. Tak tahu lah kenapa makin teruk. I dah pergi klinik tadi and doktor cakap sakit biasa je." Bohong Haidar. Padahal ke klinik pun tidak, apatah lagi sakit. Dirinya sihat walafiat saja.

          Aku yang mendengarnya semakin risau. Padahal petang tadi elok saja Haidar ni. Mungkin kudrat penumbuk yang digunakan tu menyebabkan demamnya terjadi? Ahh makin serba salah aku dibuatnya.

            "Takpelah better You rest je. Makan ubat and pergi tidur ye." Pesanku kepada Haidar.

            "Tak boleh. I ada assignment nak kena buat. Tapi I tak larat dah nak teruskan. Dahla kena hantar esok pagi. You tahu kan Ts. Fakhrul tu macam mana?" Katanya diselangi batuk yang berterusan.

             Aku yang mendengar nama Ts. Fakhrul mula menelan air liur. Siapa tidak kenal pensyarah paling baran dan paling tegas itu? Walaupun beliau tidak mengajar untuk kos yang aku ambil, namun namanya meniti di bibir-bibir pelajar. Kebengisan, kekejaman beliau terbayang di mataku. Manakan tidak, Ts. Fakhrul pernah menggagalkan seorang pelajar hanya kerana pelajar itu terlupa meninggalkan jawapan di kertas peperiksaan. Padahal hanya tertinggal, bukan sengaja. Jika dikira markah keseluruhan, pelajar itu masih berpeluang untuk lulus. Tapi itulah Ts. Fakhrul. Tiada belas kasihan dalam hidupnya.

           "Susah ke kerja You tu? Jawapan semua ada dalam nota tak?" Tanyaku kepada Haidar. Rasanya tidak salah jika aku membantunya. Lagipula gara-gara aku juga Haidar jatuh sakit.

         Haidar yang mendengarnya tersenyum sinis. Rancangannya mula berjaya.

            "Jawapan semua ada dalam nota. Tapi tulah I nak buka nota pun tak larat." Rengek Haidar manja.

          Aku yang mendengarnya tergelak kecil. Comel!

             "Takpe macam ni. You bagi je assignment sekali dengan nota. I boleh tolong siapkan. Nanti dah siap you check lah takut salah je." Aku menawarkan diri untuk membantu Haidar. Walaupun berlainan kos tetapi tidak mengapa. Yang penting nota ada, pasti jawapan pun ada.

               "Ish seganlah I. Apa pula kata orang nanti. Ada pulak You yang kena buatkan kerja I." Balas Haidar sambil menahan gelaknya. Risau kalau Alaina mendengarnya tertawa nanti.
Habis punah rancangannya.

              "Takpe. You pun dah banyak tolong I,belanja I barang makeup. Tak terbalas budi tu. Nanti You send ya sebab I nak kena tolong Farha memasak ni." Pesanku kepadanya.

             "Okay nanti I send. Thank you sweetheart. Love you, eh!" Haidar pura-pura tersasul. Walhal dirinya bagaikan mahu mengeluarkan isi perut. Loya dibuatnya!

              Aku bagaikan terkena renjatan elektrik. L-love? Apakah aku salah dengar? Tersengih-sengih aku bagaikan kerang busuk. Ada saja Haidar ni. Aku di sini bagaikan sudah dipanggang api. Memerah wajahku dibuatnya.

           Aku segera menamatkan perbualan telefon. Aku menggeleng kepala bagaikan tidak percaya. Haidar suka aku ke? Haidar dah terpikat dengan aku ke? Aku melompat penuh teruja. Bagaikan sedang bermimpi.

         "Amboi happy nampak. Baru menang loteri ke cik kak." Suara Farha membuatkan badanku statik. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Sengih ku tayangkan.

          Farha sedang membawa buttermilk chicken yang telah siap dimasak. Baunya mula mencucuk hidung. Bersinar-sinar mataku apabila melihatnya.

          "Wah dah siap ke? Sorry tau tak tolong tadi. Ada call pula tiba-tiba." Kataku lalu mengambil nasi putih yang berada elok di atas meja ku.

          Aku dan Farha duduk bersila di bawah. Sebelum makan, wajib mengambil gambar dulu. Mau bertambah aku malam ni. Punah la dietku. Eh? Pernah ke aku diet? Tersengih aku sendirian apabila memikirkannya.






                 "Pergh siap ber-love bagai. Romantik betul kau ye. Dah jatuh cinta ke tu?" Sindir Haris yang mula melangkah masuk ke dalam bilik Haidar.

               Haidar membuat gaya muntah.

               "Agak-agak la bro. Kau tahu kan taste aku macam mana. Takkan lah aku nak dengan gajah tu. Loya aku dibuatnya. Uwerkkk." Sekali lagi gaya muntah ditayangkan. Tergelak besar mereka dibuatnya.

             "Poyo lah kau. Dah sedap shamming aku tadi. Tumbuk pulak muka aku. Payment mana payment?" Haris menghulurkan tangannya.

          Haidar tergelak besar. Lakonan petang tadi benar-benar menjadi. Alaina sudah jatuh ke perangkapnya. Hamba nya yang baru mesti digunakan sebaiknya.

          "Alaa sorry lah. Aku pun just ikut skrip Alaina. Dah dia panggil kau jongang, aku pun panggil lah kau jongang." Katanya sambil mengambil dompetnya dan menghulurkan beberapa not wang kertas kepada Haris.

          "Pergh masyuk eh bayaran aku. Lepasni kalau nak panggil jongang ni berlakon, roger je terus. Akan segera aku turuti." Haris mengira jumlah duit yang diberi. Berbaloilah muka nya ditumbuk dengan nilai RM1000 itu. Lebih dari cukup!

             Haidar ketawa besar apabila mendengarnya. Banyak lagi rancangannya untuk Alaina. Tunggu dan lihat saja. Yang pasti tiada alasan Alaina akan menolaknya. Result yang cemerlang harus diperolehi walaupun dengan cara kotor. Papanya mesti berasa bangga.









       

           
     

Aku TAK OBESs | LeyThelemonWhere stories live. Discover now