"Farhaaaaa!!!!!." Jeritku teruja sebaik saja masuk ke bilik.
Farha memandang hairan teman sebiliknya. Dah kena sampuk ke apa tiba-tiba. Sambil tersenyum pula tu. Terlebih telan nasi lemak agaknya.
"Kau kenapa masuk-masuk je dah jerit nama aku. Ni ada apa-apa ke?." Tanya Farha.
"Kau kenal tak senior nama Haidar Reys? Kalau aku cerita ni mesti kau tak percaya." Mataku bersinar-sinar bila mengingatkan wajah Haidar.
Farha bangun dari perbaringan. Sepertinya pernah didengar nama itu. Tapi di mana ye?
Aku menceritakan permulaan detik pertemuan ku dengan Haidar sehingga lah kejadian sarapan pagi tadi. Farha juga tidak ketinggalan berasa teruja. Jarang lah ada lelaki hendak mendekati Alaina. Bukan jarang, tapi tiada!
"Jantung aku ni Farha dup dap dup dap je bila dia duduk depan aku. Tak pernah aku rasa macam ni. Mungkinkah ini jodoh?" Aku meluahkan rasa. Manakan tidak sepanjang makan tadi nak suap nasi ke mulut pun rasa segan dek kehadiran Haidar.
Farha ketawa kecil.
"Takpelah cuba berkenalan dulu. Sebab kita tak tahu kan dia tu macam mana. Baik ke buruk ke kita tak tahu."Pesan Farha kepadaku.Ada benar juga kata-kata Farha. Aku juga tidak boleh terlalu gelojoh. Sedar diri tiada rupa. Dengan berat 120kg nya, muka pula biasa-biasa. Mustahil lelaki ada rupa sebegitu ingin mendekatiku. Aku bangun dan menarik keluar penimbang berat yang disimpan bawah katil.
'121kg?'
Beratku naik sekilo. Oh tidak!
Ini bukan sesuatu yang baik. Berat kalau nak naik tu senang je. Nak turun kemain susah. Nampaknya aku harus mula diet.Esok misi diet mesti bermula!
Haidar berjalan memasuki biliknya. Baru hendak memegang tombol pintu, kedengaran satu suara menegurnya.
"Dengar cerita ada orang tu date dengan budak gemuk lah." Kedengaran suara Haris menyapa. Tapi lebih kepada menyindir.
Haidar yang mendengar hanya tergelak. Haris temannya dari sekolah lagi. Kalau bab membahan orang serahkan saja pada Haris. Haidar menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Faham-faham la. Kau tahu kan aku macam mana?" Kata Haidar kepada Haris.
Haris ketawa besar. Sudah dijangka ada udang disebalik batu. Bukan dia tidak tahu perangai Haidar tu. Nampaknya Alaina mangsa seterusnya.
"Harap-harap umpan kau mengena lah. Aku dengar si gemuk tu susah sikit nak masuk jarum." Kata Haris.
Haidar tersenyum. Beras yang keras tu pun boleh dilembutkan jadi nasi. Inikan pula si gajah buas. Bila-bila saja boleh disuntik 'pelali'.
"Kalau nak aku tolong bagitahu je. Aku boleh jadi pelakon extra." Sambung Haris lagi.
Haidar mengangguk setuju. Dia harus menyusun strategi. Peperiksaan juga tidak lama lagi akan berlangsung. Risau juga sekiranya dia gagal untuk semester ini.
Haidar dan Haris berpapasan sebelum berpisah. Haidar memasuki biliknya.
Badan direbahkan ke atas katil. Dia memandang katil sebelahnya. Nazmi yang merupakan teman sebiliknya masih berbungkus dengan selimut.
Nampaknya harini dia perlu mengajak Alaina keluar.
Ada gajah yang perlu ditunduk!
YOU ARE READING
Aku TAK OBESs | LeyThelemon
RomanceTergamam dirinya apabila tunang yang disayangi menghina dirinya. " Kau tu je kuat perasan. Aku tak pernah sayang kau pun. Silap-silap malam pertama pun aku loya la nak sentuh kau. Lemak kau tu banyak sangat. Hilang selera aku. Lain kali c...