Haidar mencari nombor Alaina yang telah disimpan. Sengaja dia menyimpannya sebagai 'Sweetheart'. Kalau ikutkan mahu termuntah dibuatnya. Tapi demi menawan hati Alaina maka dia terpaksa lah berlakon.
Hari ini dia sudah merancang untuk membawa Alaina keluar. Yang pasti dia mahu bermalam bersama Alaina. Haidar mula menghantar mesej melalui Whatsapp kepada Alaina untuk mengajaknya keluar. Ayat-ayat manis mestilah ditambah supaya si gajah tergoda. Haidar ketawa sendirian bila memikirkannya.
Bunyi telefon bimbit milik Alaina berbunyi menandakan mesej masuk. Tertera nombor yang tidak dikenalinya. Sebaik sahaja membuka mesej itu, matanya mulai bersinar.'Alaina Sweet, jom keluar harini. Teman aku cari barang. Banyak barang nak kena tambah ni👉🏻👈🏻'
~ Haidar ReysAdakah aku sedang bermimpi? Ke Haidar ni salah hantar ? Tapi kalau salah takkan nama aku pula dia sebut. Ada Alaina lain ke dekat kolej ni? Ikutkan hati mahu saja terus bersetuju tapi nampak sangat gelojoh hehehe.
'Pergilah ajak orang lain. Aku busy harini. Takde masa nak keluar.'
~AlainaAhh tapi bagaimana kalau Haidar mengalah lalu diajak pula temannya yang lain. Melepas lah aku!
'Aku dah tanya yang lain tapi semua busy. Aku harapkan kau je ni. Pelishhh Alaina ku🥹'
~Haidar ReysAlaina ku?
Oh Haidar ku! Jantungku berdebar dibuatnya. Tanpa berlengah aku terus bersetuju untuk menerima pelawaannya. Tapi tidak pula aku bertanya ke mana destinasi. Ah tidak mengapa lah. Kemudian boleh ditanya. Aku dan Haidar berjanji untuk keluar pukul 2 petang. Aku perlu mencari baju yang sesuai untuk keluar dengan Haidar.Farha memandangku hairan. Mana tidaknya, dari tadi lagi tersenyum-senyum macam orang sedang bercinta! Jangan-jangan...
"HAIDAR AJAK AKU KELUAR!!!". Jeritku tiba-tiba.
Membulat mata Farha mendengarnya. Apa tidak salah didengari atau sebenarnya telinga nya pekak atau Alaina sedang delulu? Mana mungkin jejaka kacak seperti Haidar mengajaknya keluar.
"Kau biar betul Alaina. Kau jangan nak delulu sangat eh!" Jegil Farha kepadaku.
Sudah ku agak Farha tidak percaya. Aku menunjukkan bukti mesej antara aku dan Haidar. Terlopong mulut Farha dibuatnya. Ini betul-betul bukan cubaan!
Aku segera bangun dan mencari baju yang sesuai untuk ku pakai sebentar lagi.
Hampir jam 2 petang, aku tergesa-gesa menuruni tangga. Aku hanya mengoleskan lipstick di bibirku. Aku bukannya pandai nak bermekap. Maklumlah, nak beli mekap pun tiada duit. Tapi untuk beli makanan pasti ada duit!
YOU ARE READING
Aku TAK OBESs | LeyThelemon
RomanceTergamam dirinya apabila tunang yang disayangi menghina dirinya. " Kau tu je kuat perasan. Aku tak pernah sayang kau pun. Silap-silap malam pertama pun aku loya la nak sentuh kau. Lemak kau tu banyak sangat. Hilang selera aku. Lain kali c...