Bab 17

56 1 0
                                    

                      Dato' Arash merenung ke luar balkoni. Semenjak kehilangan isterinya 25 tahun yang lalu iaitu ketika melahirkan anak keduanya, dirinya tidak lagi mencari pengganti. Semua kasih sayang dicurahkan kepada anaknya tanpa berbelah bahagi. Arwah ibunya bukan tidak pernah membawakan calon pengganti, tapi dia menolak mentah-mentah. Risau jika tidak dapat memberi perhatian seperti mana dia pernah mengabaikan arwah isterinya.

              Kesibukannya di pejabat sehingga jarang dapat meluangkan masa bersama keluarganya. Arwah isterinya mengadu sakit juga dia abaikan. Betapa ego dirinya ketika itu. Baginya duit adalah segalanya. Keluarga jatuh nombor dua.

                Datin Raiha memandang suaminya yang sedap bersarapan itu. Dirinya terbatuk kecil. Entah mengapa batuk nya tidak baik-baik. Sudah berbagai ubat dicuba. Namun bagaikan tiada perubahan. Malah, dadanya turut berasa sakit.

               "Abang... harini sayang nak pergi hospital. Batuk sayang ni dah lama tak sembuh juga. Abang temankan sayang boleh?" Pinta Datin Raiha sambil berharap agar suaminya dapat menemaninya. Keadaannya yang sedang sarat membataskan pergerakan. Hendak berjalan saja sudah termengah-mengah.

                Dato' Arash melihat jadual di telefonnya. Bukan dia tidak menyedari sakit isterinya itu. Tetapi baginya hanyalah sekadar batuk biasa.

              "Harini abang busy lah sayang. Banyak meeting harini dengan client. Lagipun sayang batuk biasa je tu. Biasalah memang ambil masa sikit nak sembuh. Makan je ubat tu jangan skip." Pesan Dato' Arash lalu menyudahkan sarapannya.

              "Takpelah kalau macam tu. Nanti sayang pergi sendiri je." Keluh Datin Raiha. Suaminya itu terlalu sibuk sehinggakan tiada masa untuknya. Perut diusap perlahan.

               "Dah abang nak pergi kerja ni. Sayang jaga diri ya. Jangan lupa ambil Ezhan dekat sekolah nanti. Harini driver kita cuti. Baby behave ya. Jangan susahkan mama." Dato' Arash mengusap perut isterinya yang sedang memboyot. Bila-bila masa sahaja isterinya akan melahirkan. Tidak sabar rasanya menunggu kelahiran putera nya.

                Datin Raiha tersenyum hambar. Tangan dihulur untuk bersalaman dengan suaminya. Ditemani hingga bayangan kereta yang dipandu suaminya mula hilang dari pandangan.

                 Dato' Arash tidak menyangka itulah kali terakhir dirinya dapat bercakap dengan isterinya. Sebaik sahaja habis perjumpaan bersama client, dia menerima panggilan dari hospital memaklumkan bahawa isterinya sudah selamat bersalin secara pembedahan. Tetapi,isterinya tidak dapat diselamatkan sewaktu melahirkan putera keduanya. Tidak sangka isterinya menghidap kanser paru-paru. Rasa menyesal terbuku di dalam dada kerana mengabaikan kesihatan isterinya.

                   Tangisan Ezhan meratapi pemergian arwah isterinya takkan dilupakan. Sejak itu dia berjanji untuk memberi perhatian dan kasih sayang secukupnya untuk kedua anaknya, Tengku Ezhan Rafhan dan Tengku Eijaz Raez

                  Wajah Sufi muncul di fikirannya. Gaya,cara dan wajahnya tidak ubah seperti arwah isterinya,Raiha. Hatinya bagaikan meronta meminta kekosongan itu diisi. Mahukah Sufi menerimanya? Bagaimana penerimaan anak-anaknya?  Dato' Arash menghela nafas berat memikirkannya itu.

                 Telefon diambil lalu menghubungi orang kepercayaannya. Dia yakin dengan gerak hatinya.

                 "Hello Ernie... saya nak minta awak buat sesuatu untuk saya esok."

                  

Aku TAK OBESs | LeyThelemonWhere stories live. Discover now