Aku dan Haidar memasuki perut lif untuk menuju ke tingkat bawah. Tanganku mula berasa lenguh memegang beg-beg pakaian yang telah dibelinya. Hendak diletak ke lantai nanti apa pula kata Haidar. Sudahla semua bajunya mahal-mahal.
Haidar tidak memandang aku langsung. Sudahla kaki aku mula melecet, ditambah pula lenguh-lenguh di bahu. Hendak bersuara terlalu ramai pula orang di dalam lif.Ting
Akhirnya kami tiba di tingkat bawah. Ke mana lagi lah Haidar mahu pergi. Setidaknya tolong bawa separuh beg-beg ini pun sudah memadai.
"Kita pergi makan ye? Lagipun dah nak dekat pukul 7.30 ni. Mesti kau lapar kan?" Tanya Haidar kepadaku.
Aku mengangguk perlahan. Perutku juga sudah berkeroncong. Hanya sarapan pagi saja yang diambil pagi tadi. Kebiasaan kalau aku pergi membeli-belah, pasti aku akan mengisi perut kosongku terlebih dahulu. Nak berjalan pun senang hati kalau perut dah penuh.
Kami memasuki restoran Serai. Aku meletakkan barang-barang di atas kerusi. Aku dan Haidar duduk bertentangan. Bau aroma masakan dari restoran membuatkan aku makin tidak sabar.
Aku memesan Nasi Ulam Ayam Bakar dan Serai Ice Tea. Ikutkan nafsu mahu saja aku memesan makanan lagi. Tapi mengenangkan Haidar yang membayarnya aku jadi segan. Harganya juga boleh tahan.
"Australian Ribeye Steak,Thab Thim Grob,Mix Satay, Sweet Potato Fries,Salmon Nicoise and Apple Juice." Pesan Haidar kepada pelayan restoran itu lalu menyerahkan kembali buku menu.
Aku ternganga kerana banyak makanan yang dipesan Haidar. Biar betul Haidar ni. Order makanan seperti tiada hari esok!
"Alaina, boleh tak kita tukar panggilan percakapan kita? Means guna I-You instead of aku-kau? Bukan apa sebab bagi I aku-kau tu terlalu kasar dan tak sopan." Kata Haidar memulakan bicara.
Aku mengangguk perlahan. Kalau itu yang Haidar mahu aku turutkan saja.
"Ahh okay. Boleh je asalkan You okay I pun okay." Aku menahan tawa. Terasa geli geliman pula ber I-You dengan Haidar. Biasa aku lihat dalam drama saja ber I-You ni. Tak sangka harini aku juga terjebak.
Haidar menatapku sambil tersenyum. Aku melilaukan mata ke arah lain kerana segan dipandang begitu. Jangan begini Haidar!
"You memang tak pakai makeup ke? Or you tak suka pakai?" Pertanyaan Haidar membuatkanku rasa ingin tercekik.
Haidar malu ke keluar dengan aku? Yelah muka tanpa sebarang calitan mekap. Jelas nampak cacat cela di mukaku.
Aku tersengih hambar.
"I tak pakai makeup sebab tak pandai sebenarnya. Lagi satu, makeup kan harga pun boleh tahan. So I lagi prefer beli makanan yang I suka dari beli makeup." Jelasku kepada Haidar.
Haidar mengangguk sambil memikirkan sesuatu.
"Kalau I beli makeup untuk you, you sanggup tak belajar dan pakai?"
Mataku bersinar-sinar apabila mendengarnya. Biar betul Haidar ni sanggup nak beli makeup untuk aku. Buang tebiat ke? Atau sebenarnya aku ni hodoh sangat sebab itulah dia menyuruhku untuk bermakeup? Memikirkan itu hatiku tiba-tiba dirundung kesedihan. Benarlah bahawa kecantikan itu segalanya.
Haidar seperti memahami apa yang difikirkan olehku.
"Jangan salah faham. I nak cantikkan You je Alaina. Sekarang pun you dah cantik. Tapi kalau tambah makeup tu lagiiii cantik berseri." Kata Haidar.
Aku tersipu malu mendengarnya. Tidak pernah lagi aku berjumpa dengan lelaki seperti Haidar. Nak cantikkan aku, dan nak belikan makeup untuk aku!
"Kalau macam tu I okay je. Cuma tak nak lah sampai menyusahkan You kan. Yelah barang makeup bukannya murah." Balasku.
YOU ARE READING
Aku TAK OBESs | LeyThelemon
RomanceTergamam dirinya apabila tunang yang disayangi menghina dirinya. " Kau tu je kuat perasan. Aku tak pernah sayang kau pun. Silap-silap malam pertama pun aku loya la nak sentuh kau. Lemak kau tu banyak sangat. Hilang selera aku. Lain kali c...