Aku melihat kereta Haidar berlalu pergi. Aku menjijit beberapa beg kertas yang berisi barang makeup. Tak sabar rasanya mahu berjumpa Farha untuk menceritakan saat-saat manis aku dan Haidar. Tersenyum aku sendirian apabila mengenangkannya. Aku menaiki anak tangga menuju ke bilikku.
Sebaik sahaja tiba di hadapan pintu, aku memulas tombol. Sejenak, aku dan Farha berpandangan sesama sendiri sebelum menjerit penuh keterujaan. Farha berlari ke arahku dan melihat beg kertas yang dipegangku. Riaknya bagaikan tidak percaya apa yang dilihat.
"Banyaknya kau shopping ni Alaina. Datang mana pula duit kau ni. Biasa kalau aku ajak pergi watson pun kau liat. Ni Sephora bhaiii." Kata Farha sambil membelek ke dalam beg. Ada benarnya, kalau Farha ajak aku ke Watson ataupun Guardian pasti aku mengelak. Duit aku tak berbaloi untuk dihabiskan di situ. Kalau untuk makanan? Tersangat lah berbaloi.
Aku tersengih menampakkan gigi.
"Ni Haidar yang belanja. Aku tak keluar duit satu sen pun." Balasku sambil meletakkan barang-barang di atas meja. Aku melabuhkan punggung di atas kerusi.
Membulat mata Farha mendengarnya. Haidar dah kena rasuk jin ke apa tiba-tiba saja belanja makeup. Nak katakan Alaina ni kekasih Haidar pun bukan. Saudara-mara? Lagi lah bukan.
"Mesti kau tak percaya kan? Aku lagi tak percaya. Tu semua nak dekat 7 ribu dia bayarkan. Aku tak sangka pula Haidar tu kategori berada. Nampak biasa-biasa je. Belum lagi part dia pakaikan seatlbelt untuk aku masa dekat depan lobi semalam. Naik segan aku dibuatnya."Jelasku panjang lebar. Tersengih aku apabila mengenangkan kejadian semalam. Aku memegang dada dan menutup mulutku kerana terlalu teruja. Mana pernah aku mendapat layanan istimewa sebegitu.
Reaksi Farha juga tidak kurangnya.
"Baiknya Haidar tu. Buang tebiat ke apa. Kau tak rasa pelik ke tiba-tiba dia baik hati sangat nak belanja makeup apa semua ni?" Kata-kata Farha memudarkan senyumanku. Bukan aku tidak memikirkannya. Tapi untuk apa Haidar belanja makeup jika ada niat tidak baik. Macam tak logik pula.
"Entahla Farha. Cuma dia ada lah tanya aku semalam. Dia tanya aku ni memang tak nak pakai makeup ke. Lepastu aku cakapla yang aku ni taknak pakai sebab tu bukan keutamaan aku. Kalau makanan tu ye. And then dia offer untuk belikan aku makeup. Sebab katanya aku cantik je. Tapi kalau pakai makeup lagi bertambah cantik." Jelasku panjang lebar kepada Farha. Aku tidak mahu lah bersangka buruk dengan Haidar. Tidak wajar menuduhnya yang bukan-bukan.
Farha mengangguk faham. Tidak mengapalah jika benar Haidar berniat baik untuk mengubah penampilan Alaina. Cuma dia hanya merisaukan jika Haidar ada niat tidak baik. Maklumlah, baru berkenalan sehari dua tiba-tiba belanja barang mewah. Naik terbuntang jugalah matanya apabila melihat jenama Huda Beauty, Nars dan banyak lagi dibelikan Haidar untuk Alaina.
"Takpelah kalau macam tu. Jangan salah faham pula aku ni cuma risaukan kau Alaina. Kau tu dahla anak tunggal. Jadi apa-apa nanti susah." Pesan Farha mengingatkan ku.
"Ye aku faham. Takpe kau jangan risau ye. Pandailah aku jaga diri. Aku nak mandi dulu ni. Badan dah terasa melekit-lekit." Kataku seraya bangun dari kerusi lalu tuala dicapai.
"Takpelah kau rest lah dulu. Aku pun nak tidur dah ni. Goodnight room mate ku." Balas Farha sebelum menuju ke katilnya.
Selesai saja mandi, aku menggapai telefon bimbitku yang terletak elok di atas meja. Aku menghantar mesej kepada mama. Nanti apa pula dikata jika tidak bertanya khabar tentangnya. Tak pasal-pasal dicop anak derhaka nanti.
Tidak lama kemudian mama mula membalas pesananku. Aku tidak menceritakan pertemuanku dengan Haidar dan ke mana telah aku pergi. Belum masanya lagi untuk diceritakan. Aku tidak mahu lah mama bersangka buruk pula denganku. Aku hanya memberitahunya aku baik-baik saja di asrama.
Aku merebahkan diri ke atas katil. Selimut ditarik menutupi tubuhku. Kedinginan malam mula mencengkam hingga ke tulang. Aku memeriksa pesanan mesejku dengan Haidar. Tiada sebarang pesanan diterima. Kemungkinan Haidar telah melelapkan mata dek keletihan. Tidak mengapalah, mataku juga sudah mulai layu. Semoga mimpi yang indah-indah saja.
Bagaikan dejavu! Sekali lagi rumah usang itu muncul di hadapan ku. Kakiku terus melangkah ke rumah itu. Jantung mula berdegup laju bagaikan mahu pecah. Rentak kakiku tidak dapat dikawal. Semakin aku cuba untuk berhenti melangkah, semakin laju kakiku berjalan. Pintu rumah usang terbuka perlahan-lahan. Keringat di dahiku sudah mulai mengalir. Aku cuba memejamkan mata tetapi tidak boleh. Mataku bagai sudah dipaku dengan kemas sekali hinggakan hendak mengelip mata saja aku sudah tidak berdaya.
Untuk kesekian kalinya, aku melihat lelaki tua itu. Lelaki tua yang hodoh. Lelaki tua yang sama!
"Jangan... sudah aku pesan... jangan..."
"Jangan... "
"Jangan..."
Aku membaca ayat suci Al-Quran di dalam hati. Aku menggigil cukup hebat apabila mendengar bisikan lelaki itu. Hendak lafaz di mulut bagaikan sudah digam. Makin sesak dadaku dibuatnya.
'Allahuakbar!'
Aku terbangun dari tidur. Mimpi itu datang lagi! Peluh di dahi mula berkeringat. Mimpi itu bagaikan realiti. Tetapi kali ini lebih dahsyat sehinggakan aku tidak dapat melarikan diri. Apa maksud mimpi itu? Mengapa sudah dua kali dia menjengah dan memberi peringatan kepadaku? Siapakah dia? Tidak pernah pula aku bertemu lelaki itu di alam realiti. Aku membaca ayat kursi lalu menyapu ke wajahku. Berharap agar mimpi itu tidak menjengah kembali. Aku merebahkan badan ke katil dan memejamkan mata.
'Ya Allah, Kau lindungilah aku.'
Setelah sekian beberapa hari tak update. Nahh... jangan lupa vote ya sayang2 ku.
YOU ARE READING
Aku TAK OBESs | LeyThelemon
RomanceTergamam dirinya apabila tunang yang disayangi menghina dirinya. " Kau tu je kuat perasan. Aku tak pernah sayang kau pun. Silap-silap malam pertama pun aku loya la nak sentuh kau. Lemak kau tu banyak sangat. Hilang selera aku. Lain kali c...