Bunyi deringan jam membuatkan Alaina terpisat-pisat. Serasanya baru sahaja dirinya melelapkan mata. Jam dikerling sudah menunjukkan pukul 6 pagi. Dia harus segera bangun dan mandi untuk bersiap-siap ke kelas. Walaupun kelas bermula pukul 8.30, dia akan memastikan dirinya bersiap lebih awal dari yang lain. Tak sanggup rasanya beratur menunggu di depan bilik air untuk mandi.
Usai solat Subuh, Aku mengejutkan teman sebilikku Farha. Sudah menjadi kebiasaan untuk mengejut Farha apabila dirinya sudah bersiap. Maklumlah, si Farha tak suka bersiap awal. Hampir pukul 7 lah baru si Farha bangun untuk mandi. Pernah sekali tu Alaina terlupa untuk mengejutkan Farha sehingga menyebabkan Farha kelewatan ke kelas. Mujur juga rakan-rakan sekelas bijak memberikan alasan kepada pensyarah. Kalau tidak, mahu kosong terus kehadiran. Madam Suzy bukan boleh dibawa gurau. Tersilap sikit memang kena halau terus dari kelas. Tak sanggup rasanya melihat Madam Suzy bertukar Hulk. Aku yang baru saja memasuk semester 2 dalam bidang Rekabentuk Produk Industri tidak mahu lah menjadi pelajar bermasalah atau kena aim dengan mana-mana pensyarah.
Jadual kelasku tidak sama seperti institusi yang lain. Aku lebih memilih untuk belajar di bawah kemahiran TVET. Bila disebut sahaja ADTEC, mesti reaksi terpinga-pinga ataupun hairan yang diterima. Maklumlah, tempat belajar pilihannya jarang dikenali. Kalau sebut UITM tu sudah biasa didengari. Aku memilih untuk ambil kemahiran kerana tahu tahap kemampuanku. Tidak mengapa lah yang penting aku seronok.
Cuma satu perkara sahaja yang membuatkan diriku berasa kurang enak. Di tempat belajar ini lebih ramai pelajar lelaki! Aku yang sememangnya berbadan gempal dan berisi sering kali diusik dan diejek pelajar-pelajar tersebut. Ikutkan hati kadang-kadang tersinggung juga. Tapi diriku memilih untuk abaikan saja.
Aku sibuk melihat nota-nota yang dicatat semasa kelasnya. Peperiksaan akan berlangsung tidak lama lagi. Jadi persiapan haruslah dibuat untuk memastikan diriku menerima pointer yang tinggi.
Farha yang merupakan teman sebilik dan juga teman sekelas memandangku yang sedang khusyuk menelaah.
"Amboiii rajinnya cik kak kita ni study. Bakal-bakal pelajar cemerlang ni." Usik Farha kepada Alaina
Aku memandang sejenak lalu tersenyum kecil. Malas dilayan rakannya itu. Lebih baik difokuskan saja apa yang dicatat.
"Oh dia taknak layan kita lah. Pelajar cemerlang memang macam ni ke?". Sampuk Efhan yang juga merupakan rakan sekelasnya. Efhan lah salah seorang yang kuat mengusiknya.
Aku hanya memandang sekilas. Lihat saja muka Efhan itu membuatkan dirinya kurang senang. Kadangkala gurauan Efhan agak melampau. Diriku yang gemuk sering dijadikan bahan ejekan. Sebab itu malas dilayan Efhan. Kalau dilayan makin menjadi-jadi!
Dek kerana tiada respon dari Alaina, Efhan dan Farha hanya mengangkat bahu. Mereka faham mungkin Alaina tidak mahu diganggu. Alaina meneruskan pembacaannya.
Kelasnya sudah pun usai. Aku dan Farha berjalan beriringan menuju ke asrama. Ketika melalui kafeteria, dilihat sekumpulan lelaki sedang berkumpul. Salah seorang darinya memanggil aku. Aku hanya mengabaikan saja kerana tahu geng itulah yang sering mengusikku.
"Haih sombong pulak si gemuk ni. Ingat kita ni nak try dia ke? Macam lah ada selera dengan si gemuk ni. Pandang pun tak lalu lah." Kata Harris lalu disambut hilaian tawa rakan-rakannya.
Farha memberikan jelingan sekilas. Geram pula hatinya apabila temannya diejek sebegitu. Nasib Alaina menariknya pergi. Kalau tidak sudah pasti ada air sirap tercurah atas kepala nanti.
"Takpelah aku dah biasa. Kalau dilayan makin menjadi-jadi. Abaikan je mereka semua tu." Kataku memujuk Farha. Risau juga kalau Farha ni mengamuk nanti. Farha melepas keluhan.
" Kau rasa petang ni menu apa dekat dewan makan? Kalau ayam memang aku turun. Kalau ikan memang takla aku nak makan. Ikan tu dia punya keras kalau aku baling dekat dinding pun boleh retak." Bebel Farha kepadaku.
Aku terhibur juga dengan keletah Farha. Ada betulnya juga apa yang dikata. Kalau menu ikan memang tak ramai pelajar yang turun makan. Tapi berbeza pula dengan aku. Apa sahaja menu yang dihidangkan memang aku makan je. Orang tua-tua kata, ibarat tolak batu dengan kayu pun aku telan. Mana tak gemuk badan jadinya.
" Rasanya harini menu ikan bawal. Aku memang turun makan kejap lagi. Kau pun turun lah. Kesian aku makan sorang-sorang." Aku menunjukkan wajah simpati.
Farha menjeling memandangku.
"Hah yelah. Aku turun la. Tapi lambat- lambat lah sikit. Aku nak usya abang senior yang handsome tu nanti." Ujar Farha
Aku tertawa mendengarnya. Sempat lagi tu menggatal. Kini kakiku mula mendaki tangga. Mengah tu tak usah diceritalah. Dahla bilikku di tingkat 3. Rasa nak menyumpah bila hari- hari perlu menaiki tangga. Tapi apa pilihan yang ada? Tingkat 1 dan 2 sudah pun penuh. Kalau yang berbadan kurus memang tak rasa penat mahupun mengah. Berbeza dengan aku yang seberat 120Kg ni. Naik 3 anak tangga saja pun aku dah tercungap.
Aku dan Farha berbaring kerebahan di lantai. Sememangnya jika aku dan Farha balik dari kelas, kami akan terus berbaring di lantai. Kalau berbaring di atas katil nanti risau kotor pula cadar. Maklumlah baru pulang dari kelas kan. Dengan bau badan masyam nya. Sebab itu kami berdua lebih rela berbaring di lantai dahulu.
"Pukul 6.30 kita turun tau. Aku tak nak lambat sangat nanti sebab nak dekat maghrib." Pesanku kepada Farha. Farha hanya mengangkat tangan tanda 'ok'.
YOU ARE READING
Aku TAK OBESs | LeyThelemon
RomanceTergamam dirinya apabila tunang yang disayangi menghina dirinya. " Kau tu je kuat perasan. Aku tak pernah sayang kau pun. Silap-silap malam pertama pun aku loya la nak sentuh kau. Lemak kau tu banyak sangat. Hilang selera aku. Lain kali c...