Bab 2

107 2 0
                                    

              Sepantas kilat aku berlari menuju destinasi. Aku sudah terlambat!! Ini semua gara-gara Farha yang tidak mengejutkan ku. Aku menoleh ke belakang. Kelihatan Farha tercungap-cungap mengikuti langkahku.

"Cepatlah Farhaaa!!! Kita dah lambat ni! Nanti kena marah habisla kita." Jeritku kepada Farha.

Langkahku semakin hampir menuju destinasi. Pintu dibuka dengan kasar. Beberapa mata tertumpu kepadaku. Ahhh aku tak heran sama sekali. Yang penting, perutku harus diisi.

Yaa.. aku menuju ke dewan makan. Bukannya ke kelas. Ini semua salah Farha yang tidak mengejutkan aku. Buka saja mata jam sudah menunjukkan jam 6.50 petang. Dewan makan pulak tutup 7.15. Kalau lambat memang kena perli lah dengan makcik yang jaga dewan makan tu.

Senduk nasi ku ambil lalu mencedok nasi ke dalam pinggan. Bau bawal 3 rasa benar-benar membuatkan perutku berkeroncong. Aku hulur pinggan ke arah penjaga makanan yang sering ku panggil Kak Tiah.

"Tengok muka ni pun dah tahu baru bangun tidur. Dari jauh lagi akak dah nampak awak berlari." Kata Kak Tiah kepadaku. Aku tersengih seperti kerang busuk.

Farha pula baru saja memasuki ruang dewan makan. Kelihatan jelas dirinya yang sedang termengah-mengah. Aku kalau bab makan memang kena on time. Dalam hidup aku, tiada istilah lambat untuk makan. Kerusi ditarik sebelum aku rebahkan punggungku. Farha pula duduk bertentangan denganku.

"Kau ni pun tak menyabar. Dah macam nak roboh aku tengok pintu tu tadi. Abang-abang handsome semua terkejut tau. Nasib takde yang tercekik." Bebel Farha kepadaku.

"Kau tahu kan aku kalau bab makan kena on time. Kalau lambat nanti aku kena gastrik macam mana? Bila aku gastrik, aku sakit, bila aku sakit, aku kena mc, bila aku mc, aku tak datang kelas, bila..."

"Okay dah cukup! Aku tak sanggup nak dengar. Sambung lah makan. Kejap lagi nak solat. Solat pun kena on time ye cik Alaina." Pintas Farha yang memotong percakapanku. Diakhiri dengan sedikit 'tazkirah'.

Aku hanya tertawa kecil. Suapan ketiga membuatkan aku teringat masakan mak di rumah. Ahhh alangkah indahnya kalau mak yang masak. Bukan apa, faham-faham la ye air tangan dewan makan ni. Mujur aku bukan jenis cerewet. Sedap atau tidak aku telan saja. Untung bakal suami aku nanti kalau ada isteri yang tak cerewet macam aku. Eh!? Teman lelaki pun aku takde. Ada hati berangan.

   
         Cara jalanku tak ubah seperti wanita mengandung. Mana taknya, nasi sepinggan, ikan bawal 2 ekor aku habiskan. Ditambah pula dengan ikan yang Farha beri kepadaku. Mana tak penuh perut dibuatnya. Sudah la perlu menaiki tangga. Kenapa lah tiada lif atau tali yang aku boleh terus sampai ke bilik tanpa perlu menaiki tangga. Termengah-mengah aku apabila tiba di tingkat 3. Oh tuhan! Boleh kurus aku dibuatnya.

"Terus ambil wuduk ye. Jangan nak lambat-lambat eh. Ingat, solat pun kena on time." Pesan Farha

"Baiklah cik Farha intan terpayung." Balasku.

Farha hanya menggeleng kepala. Faham benar dengan perangaiku. Aku bukannya nak melewatkan solat. Tidak sama sekali. Cuma bila perut terlalu kenyang ni nak solat awal waktu pun aku tak larat.

              Aku membentangkan sejadah. Farha sudah siap menunaikan solat. Kini giliran aku pula. Usai solat, aku dan Farha sama-sama membaca surah Yasin. Setiap minggu pada hari Khamis inilah rutin kami. Sejujurnya, aku beruntung memiliki Farha sebagai teman sebilikku. Dia sering menegurku mengenai solat. Dia juga lah yang mengajakku untuk membaca Al-Quran. Semoga Allah menjaga persahabatan kami. Aku pun bukanlah sealim Farha. Tapi tidaklah seburuk syaitan juga. Cuma aku perlu bimbingan untuk ke jalan yang benar.

  Selesai membaca surah Yasin. Aku dan Farha menanggalkan kain telekung yang dipakai. Aku menggantung kain telekung ku di pintu almari.

Aku duduk di katil dan mengambil telefon bimbitku. Facebook sentiasa menjadi aplikasi pertama yang aku buka. Walaupun ada yang mengatakan orang-orang tua saja yang melayan Facebook. Tapi tidak bagi aku.

"Farha! Ada orang jual burnt cheesecake la. Kau nak tak? Kalau nak aku oder. Kita share dua ye?" Mataku ralit melihat iklan di Facebook.

Farha memandangku.

"Alaina... aku ni nak jimat tau. Lagipun aku taknak lah makan manis-manis dah. Berat aku naik dah ni." Farha membuat muka malas.

"Alaa please.. bukan selalu pun kita makan. Aku pun jarang dah oder dessert semua ni." Balasku dengan harapan Farha menerima pelawaanku. Maklumlah, kalau beli sorang tak seronok la. Kalau kongsi, kurang juga kos yang perlu dibayar hehe.

"Jarang? Kau punya jarang tu aku rasa baru minggu lepas kau bantai pavlova. Kau jangan eh. Aku record tau kau makan tu. Gambar pun ada. Kau jangan sampai aku print gambar tu lepastu aku tampal satu blok asrama ni." Gertak Farha kepadaku sambil menjegilkan mata. Aku hanya ketawa mengingatkan pavlova yang aku beli secara online. Saiz nya alahai kecil sungguh. Sekali suap je dah habis. Harga pula kemain mahal.

" Takpelah kalau kau cakap macam tu. Aku redha dengan ketentuan. Semuanya sudah ditakdirkan." Balasku pasrah. Muka sedih ditayangkan.

"Haa mula dah ayat dia tu. Ada kena campak ni kang. Kalau nak oder jelah. Nanti bagitahu total nak bayar tu berapa." Respon Farha membuatku terjerit kecil. Aku bangun memeluk Farha. Jarang lah keinginanku Farha tak turuti. Farha membuat mata rolling eyes kepadaku.

Aku mengambil telefonku dan membuat pesanan kek yang dimahukan. Tidak sabar rasanya mahu makan kek kesukaanku esok.

Ohh Burnt Cheesecake ku... Muncul lah kau dalam mimpiku!

————————————
Maaf ya, Saya masih baru dalam penulisan. Kalau dulu rajin menulis novel by hand je. Untuk wattpad inilah kali pertama. Kalau ada cadangan jalan cerita boleh share2😍🥰

Aku TAK OBESs | LeyThelemonWhere stories live. Discover now