Tersengguk-sengguk aku menahan mata. Aku membungkus Mi goreng yang telah siap dimasak oleh mama. Hari ini mama terlibat dengan karnival jualan amal. Jadinya aku terpaksa lah membantunya untuk menyediakan makanan. Sebelum subuh lagi aku sudah bangun. Mulutku ini sudah beberapa kali menguap.
"Eh jangan nak menguap depan makanan. Nanti masuk air liur dalam mi tu. Kita ni nak jual kena lah bagi yang elok. Takkan nak jual mi campur air liur kamu pula." Sufi menegur anaknya. Baginya tidak sopan jika menguap di depan makanan lebih-lebih lagi untuk jualan.
Aku mengeluh kasar. Sudahla pagi buta perlu membungkus makanan, banyak pula tu. Naik lenguh tanganku mencedok mi ke dalam bekas bungkusan.
"Orang mengantuk la mama. Dahla orang tidur lambat semalam. Lepastu kena bangun awal lagi." Rungutku.
Sufi mencubit perlahan bahu Alaina. Geram pula dibuatnya. Pagi-pagi mahu mencari rezeki tetapi merungut pula. Alaina mengaduh sakit. Boleh tahan berbisa cubitan mama nya.
"Fikir mengantuk kamu je. Habis mama ni? Bangun awal nak kena masak lepastu nak pergi meniaga pulak. Mama lagi penat tau. Kalau mama tak buat ni mana nak dapat duit. Nak harapkan bapak kamu tu haremmm nak bagi duit. Tanya khabar pun tidak." Panjang lebar Sufi membebel. Jadi ibu tunggal ni tak mudah. Dialah ibu dialah bapa. Nak harapkan bekas suaminya jangan haraplah. Satu sen pun tidak dihulurnya.
Aku terdiam apabila mama mula membebel. Lagi dijawab lagi panjang bebelnya nanti. Jadi lebih baik aku mendiamkan diri. Muka tidak puas hati ku tayangkan.
"Cepat sikit bungkus tu. Mama nak mandi dulu ni. Lepas siap kamu terus masukkan dalam kotak. Senang nak bawa nanti." Pesan Sufi sebelum meninggalkan Alaina sendirian.
Aku mengeluh. Lagi 100 bungkus aku belum siapkan. Bahu dan pinggangku sudah terasa lenguh. Kenapa lah mama tak ambil je pekerja. Makin lama tengok mi goreng ni macam makin menggoda. Tak salah rasanya aku nak jamah sikit kan?
Aku mengambil pinggan dan mencedok mi yang berada di dalam kuali. Apa-apa hal perutku perlu diisi terlebih dahulu. Barulah rasa semangat nak buat kerja. Penuh mulutku dengan mi goreng. Masakan mama memang tiada tandingannya. Habis sepinggan, aku menambah lagi sepinggan. Selesai makan aku segera mencuci pinggan. Banyak lagi yang aku tidak siap bungkuskan. Kalau mama nampak mau kena petir nanti.
Aku menyusun makanan di atas meja jualan. Kalau ikutkan aku tidak mahu terlibat. Tetapi mama memaksa ku untuk ikut. Aku mengeluh perlahan. Baru saja berangan hendak bergolek di atas katil tapi harus dilupakan. Tanda harga aku tampal di hadapan meja.
Matahari makin meninggi hingga mulai terasa bahangnya. Suasana karnival ini juga mula dipenuhi oleh pengunjung. Gerai jualanku tidak terlepas dari pelanggan kerana harga murah yang ditawarkan. Memandangkan ianya merupakan karnival jualan amal, mama menetapkan harga seringgit bagi setiap bungkus.
Aku dan mama tidak menang tangan melayani pelanggan yang tidak putus-putus. Ada yang borong ada juga yang membeli satu bungkus tetapi memberikan wang lebih. Sedekah katanya.
Aku menarik nafas lega apabila pelanggan mulai berkurang. Huh jarangkan jumpa peniaga macam aku? Patutnya risau pelanggan berkurang.,ini tidak sebaliknya aku lebih gembira. Lagipula masih tinggal lagi beberapa bekas tidak terjual. Bolehlah aku berehat sekejap.
Sufi mengira wang jualan yang diterimanya. Kalau dikira lebih dari cukup. Syukur kepada Allah yang memberikan rezeki kepadanya. Dapatlah digunakan wang itu untuk bayar yuran belajar Alaina.
"Wah mi goreng lah. Ni makanan favourite saya ni." Suara Dato' Arash menegur sambil mengambil sebungkus mi goreng. Sufi yang ralit mengira duit itu terus memandang empunya suara.
"Eh encik Arash. Tak sangka kita berjumpa lagi ye." Sufi menyimpan duit di dalam bekas. Tidak disangka mereka akan bertemu lagi.
"Murah sangat awak jual ni. Dapat untung ke? Dahla siap ada ayam,ada sayur. Kalau orang lain ni memang jual mi kosong je." Tanya Dato' Arash berbasa-basi.
Sufi tersenyum mendengarnya. Kalau diikutkan seciput saja untung yang diterimanya. Tetapi sudah niatnya untuk berjual sambil bersedekah.
"InsyaAllah ada untungnya walaupun sikit. Ni encik nak beli ke mi goreng? Kalau nak saya masukkan dalam plastik." Soal Sufi kepada Dato' Arash yang ralit memandang Sufi. Segan pula dibuatnya apabila Dato' Arash memandangnya bagaikan hendak telan.
Dato' Arash berdehem perlahan.
"Bagi saya semua mi goreng ni sebab kebetulan saya memang tengah cari breakfast untuk staf saya. Harini pun syarikat kami terlibat dengan event ni." Dato' Arash mengeluarkan dompetnya untuk mengambil beberapa jumlah wang.
Aku yang dari tadi menjadi pemerhati bagaikan tidak percaya ada yang memborong jualan kami. Dapatlah aku pulang ke rumah lebih awal. Tilam dan bantalku bagaikan sudah menyeru namaku tanpa henti.
Sufi yang mendengar itu segera mengambil bungkusan makanan lalu dimasukkan ke dalam plastik. Hanya lebih kurang berbaki 30 bungkus saja yang masih tersisa. Kata-kata syukur dilafazkan dalam hati. Alhamdulilah jualannya habis untuk hari ini.
"Kejap ya saya bungkuskan dulu. Terima kasih sebab dah borong jualan saya ni. Alhamdulilah sangat-sangat." Kata Sufi sambil tersenyum.
Dato' Arash melemparkan senyuman. Sememangnya makanan Sufi mula menjadi kegemarannya. Masakannya pula persis arwah isterinya. Pertama kali melihat Sufi juga memori lamanya bagaikan terimbas kembali. Raut wajah Sufi saja sudah hampir mirip dengan arwah isterinya. Dapatlah dia melepaskan rasa rindu walaupun hanya sekadar dapat menatap dari jauh.
Sufi menghulurkan makanan yang telah dibungkus kepada Dato' Arash. Dato' Arash menhulurkan beberapa not RM50. Sufi membuka laci simpanan wangnya untuk memulangkan baki. Hairan juga apabila Dato' Arash memberikan dua not RM50.
"Keep the change bak kata orang putih. Saya pergi dulu ye." Dato' Arash meminta izin untuk pergi.
Belum sempat Sufi berkata, Dato' Arash sudahpun menjauh dari pandangannya. Bersyukur ke hadrat Ilahi apabila tuhan mengurniakan pelanggan yang baik-baik kepadanya. Jika dikira jumlah duit yang diterima hari ini, berganda dari jumlah keuntungan.
Aku yang menyaksikan itu berasa kagum. Wahh banyak hasil jualan yang diterima harini. Kena minta gaji lebih dengan mama. Barulah berbaloi apabila tidurku terpaksa dikorbankan.
"Kaya mama harini. Kena bagi gaji double ni. Letih tau kakak bungkus makanan tadi." Omelku sambil memandang duit jualan.Sufi menjeling anaknya itu. Tadi bukan main merungut. Bila nampak duit terus berubah ye!
"Banyak cantik muka kamu. Pagi tadi kemain merungut. Muka tu masam macam jeruk je. Bila nampak duit terus senyum." Perli Sufi. Geram juga dengan perangai Alaina ni. Ada saja rungutan yang dilemparkan. Mengantuk lah penatlah. Tapi mulut tu tak berhenti juga mengunyah.Aku tersengih bagaikan kerang busuk. Tepat ke muka mama melemparkan sindiran. Yelah pagi-pagi buta perlu bangun. Sediakan bahan lah, blender itu ini lah. Lepastu nak kena bungkus lah. Memang lah penat kalau ikutkan. Itupun cukup baik aku tetap meneruskan kerja ku. Boleh dikatakan anak solehah lagilah. Takdelah derhaka sangat pun.
"Dah cepat kemas meja ni. Mama tak larat dah nak stay lama-lama dekat sini. Sakit pinggang dah masak sekawah mi tadi." Bebel Sufi sambil menyusun barang niaganya.
Aku memuncungkan mulut. Ingatkan dapatlah beli ole-ole sebelum balik. Bermacam jualan yang ada. Hampir meleleh air liur aku dibuatnya.
Bye bye corndozz,bye bye long fries, bye bye ayam guntingku!!!
YOU ARE READING
Aku TAK OBESs | LeyThelemon
RomantiekTergamam dirinya apabila tunang yang disayangi menghina dirinya. " Kau tu je kuat perasan. Aku tak pernah sayang kau pun. Silap-silap malam pertama pun aku loya la nak sentuh kau. Lemak kau tu banyak sangat. Hilang selera aku. Lain kali c...