Suasana yang tenang, bunyi kicauan burung menemani langkahku menuju ke perpustakaan. Harini ramai pensyarah yang tiada kerana perlu menghadiri kursus. Jadi, perpustakaan lah tempat yang selesa untuk beradu. Dengan pendingin hawa yang sejuknya bak salji. Aku membuka pintu perpustakaan. Kesejukan mula menampar wajahku.
Rakan sekelasku pula ada yang pulang ke asrama, ada jugak yang melepak di kafe. Farha? Pergi dating dengan teman lelakinya di kafe. Aku menolak pelawaan Farha untuk menyertainya di kafe. Tidak mahulah kacau daun. Jadi aku memilih untuk ke perpustakaan.Aku berjalan menuju ke rak buku. Aku perlu mencari buku yang agak besar untuk dijadikan sebagai 'perisai'. Takdelah nanti staf perpustakaan nampak aku yang sedang tidur. Sedang aku berjalan sambil memandang buku-buku di rak, aku terlanggar tubuh seseorang. Bau haruman perfume menusuk hidungku.
"Auch.." Suara empunya si lelaki mengaduh sakit sambil menggosok dadanya.
Aku memandang hairan. Rasanya takde lah kuat mana pun aku terlanggar. Reaksi lelaki itu berlebihan. Aku terpandang kad pelajar yang tergantung di lehernya.
'Haidar Reys'
Boleh tahan juga nama nya. Agak unik perkataan Reys itu. Kalau dilihat rupa luaran pun boleh tahan kacak. Ini kalau gegadis kolej tengok boleh histeria dibuatnya!
"Hey!." Suara nya menghentikan lamunanku. Roh ku kembali masuk ke dalam tubuh.
" Eh sorry. Saya tak sengaja pun. Lagipun saya rasa langgar sikit je. Tapi awak ni overreact betul ye." Balas ku senafas.
Aku lihat wajahnya agak tergamam. Kepala yang tak gatal digaru sambil tersengih seperti kerang busuk.
" Ouh heheh. Saya memang macam ni. By the way, nama saya Haidar. Nama awak?." Tanya Haidar kepadaku.
Ahhh seorang lelaki kacak sedang bertanya namaku. Sungguh cringe ya. Dahla terlanggar di perpustakaan. Terlanggar pula dengan lelaki kacak. Oh tidak! Tergodakah aku? Ini dinamakan rezeki!
" Nama aku Alaina Rizhan. Guna aku-kau jelah ye. Sebab aku tak selesa nak guna saya-awak ni. Geli." Aku membuat mimik muka geli.
Haidar ketawa kecil.
"Ouh okay.. kalau macam tu guna aku-kau la ye. Aku sem 3 dan kau pula?"
Aku hanya menunjuk 2 jari. Haidar mengangguk faham.
Sebagai gadis melayu terakhir. Aku perlu mengawal reaksiku. Ikutkan hati mahu saja aku menggeletis! Mana tidaknya, di hadapan aku seorang lelaki kacak! Tapi tidak mahu la pula dicop gatal. Aku hanya menayangkan riak biasa.
Haidar meminta diri untuk pergi selepas melihat aku hanya berdiam diri. Ahh aku hanya memandang dirinya pergi. Oh jejaka hensem. Semoga kita bertemu kembali!
Deringan telefonku menandakan ada pemanggil. Tertera nama penjual kek yang aku oder semalam. Mungkinkah kek aku dah sampai? Segera aku menekan punat hijau.
"Salam dik, ni akak jual kek. Akak dah hantar kek awak dekat pondok pengawal. Nanti ambil ye." Maklumnya kepadaku.
Mataku terus bersinar-sinar mendengarnya. Aku memberikan respon kemudian memutuskan talian. Tidurku harus ditangguhkan dahulu. Sudah terbayang burnt cheesecake itu cair di mulut. Langkah diatur menuju ke pondok pengawal. Untung saja kelas tiada hari ini. Dapatla aku menikmati kek itu.
Setibanya aku di pondok pengawal, kelihatan sebuah kotak kek di hadapan pondok. Aku memeriksa kotak tersebut untuk memastikan ianya benar kek yang aku oder. Risau juga kalau pelajar lain pun ada oder. Buatnya tertukar ke apa kan susah. Kempunan nak makan burnt cheesecake!
Aku mengambil kotak kek lalu dibawa menuju ke kafeteria. Tak sabar rasanya hendak menjamu kek ni. Kecur air liur dibuatnya. Dari jauh kelihatan Farha dan teman lelakinya. Aku tersenyum lebar sambil melajukan langkah menuju ke arahnya.
Aku meletakkan kotak kek di hadapan Farha. Farha kelihatan terkejut kemudian bersinar-sinar matanya apabila melihat kotak kek.
"Eh bila sampai ni? Kenapa tak cakap je dekat aku. Biar aku yang ambil tadi." Kata Farha kepadaku.
Aku tersengih.
" Takpelah lagipun aku tak buat apa pun tadi. Tu yang aku pergi ambil. Lagipun aku juga yang ajak kau oder sekali kan." Balasku.
Burnt cheesecake dikeluarkan dari kotak. Sememangnya aku membuat permintaan khas yang mana burnt cheesecake ini aku mahu dicampurkan yogurt. Memang kesukaanku yogurt. Segala jenis dessert kalau boleh aku mahu ada yogurt di dalamnya.
Kek dipotong untuk diberikan kepada Farha dan teman lelakinya. Selebihnya aku potong untuk disuap ke mulutku.
"Haritu bukan kau kata nak diet ke? Lain macam menu diet kau ni." Tegur Zafran yang merupakan teman lelaki Farha.
Aku tersengih seperti kerang busuk. Farha tertawa mendengar teman lelakinya.
" Alaaa esok-esok je aku diet. Bukan selalu pun makan burnt cheescake." Bela ku.
Zafran menggeleng kepala. Bukan apa, acap kali dia dengar Alaina hendak menguruskan badan. Rasanya ada lah beratus kali azam kurusnya itu.
Alaina teringatkan Haidar. Mahu saja diceritakan kepada Farha tetapi memandangkan Zafran ada di sebelahnya, dibatalkan niat itu.
" Takpe biy. Nanti sayang paksa Alaina ni diet. Biar kurus kering tinggal tulang je." Seloroh Farha. Aku mencubit perlahan bahunya.
Zafran hanya mengiyakan. Bukan boleh percaya kalau Alaina tu nak diet. Ibarat menunggu pokok Durian jadi Rambutan. Mustahil!
Haidar terbaring di atas katilnya. Harini saja sudah berapa kali dia berjalan sekitar kolej. Hanya semata-mata nak cari pelajar yang pandai. Target utamanya sudah semestinya pelajar perempuan. Dari zaman sekolah lagi, segala jenis kerja sekolah pasti ada 'hamba abdi' secara sukarela menyiapkannya. Apatah lagi di dalam peperiksaan. Gadis yang sanggup menulis jawapan di kertas soalan dengan betul tetapi nama Haidar pula yang tertera di kertas. Haidar hanya akan menulis nama gadis itu pada kertas yang diterimanya. Bila hampir saat-saat akhir barulah kertas itu akan ditukar. Si gadis tergesa-gesa menulis jawapan pada kertas miliknya. Haidar sama sekali tidak menyentuh atau menulis jawapan apapun di kertas itu. Dia hanya terketawa kecil apabila melihat kenaifan mangsa-mangsanya.
Disebabkan itulah Haidar sentiasa menjadi pelajar cemerlang. Tapi malangnya gadis tersebut sering mendapat keputusan tercorot dek kerana tidak sempat menjawab soalan. Haidar memiliki paras rupa yang menawan. Dengan mudah dia gunakan kelebihan itu untuk sentiasa mendapat keputusan cemerlang. Gadis-gadis yang sering menjadi 'hamba abdi' pula tidak bernasib baik kerana sering menduduki tempat tercorot. Dek kerana cinta.. semuanya dibutakan. Gagal pun tidak mengapa asalkan Haidar memberikan kasih sayang kepadanya.
Benarkah cinta itu buta? Atau sebenarnya bodoh?!
YOU ARE READING
Aku TAK OBESs | LeyThelemon
RomanceTergamam dirinya apabila tunang yang disayangi menghina dirinya. " Kau tu je kuat perasan. Aku tak pernah sayang kau pun. Silap-silap malam pertama pun aku loya la nak sentuh kau. Lemak kau tu banyak sangat. Hilang selera aku. Lain kali c...