Pagi-pagi selepas subuh lagi mama sudah menelefonku. Hairan juga aku dibuatnya. Sebaik sahaja panggilan dijawab, mamanya itu terus melemparkan pesanan.
"Alaina kamu kena balik harini sebab esok mama ada tempahan makanan. Tak larat mama nak buat sorang." Tanpa salam tanpa kata aluan terus diberikan arahan.
Aku menjuling mata ke atas. Kalau diikutkan aku malas pulang kerana mahu menelaah pelajaran. Tapi tidak mahu lah aku melawan kata mama. Tidak pasal dicop anak derhaka. Aku mengiyakan dan memutuskan talian. Dilihat jam sudah pun pukul 6.50 pagi. Mataku masih mengantuk. Manakan tidak, aku tertidur pada pukul 3 pagi itupun setelah assignment Haidar disiapkan. Aku menanggalkan kain telekung dan merebahkan badan ke katil. Jam sudah di setkan pukul 8.00 pagi. Hari ini tidak mengapa jika terlewat kerana setiap hari Jumaat bacaan Yassin dan tazkirah diadakan pada sesi pagi. Jadi tidaklah terburu-buru untuk aku pergi ke kelas. Selimut ditarik dan mataku mulai layu.
"Bangun weh kita dah lambat!" Kedengaran suara Farha yang sedang gelabah mengejutkanku. Terpisat-pisat aku membuka mata. Wajah Farha muncul di hadapanku. Berkerut aku melihatnya.
Aku bangun dari perbaringan. Aku mengerling ke arah jam dinding. Terbuntang mataku apabila melihat jarum yang sudah menunjukkan pukul 11 pagi. Bukankah tadi aku sudah setkan jam pukul 8? Ini bukan lewat sikit, tapi lewat banyak. Tergesa-gesa aku bangun mengambil tudungku yang sudah bergosok. Pasti kelas sudah dimulai. Matilah jika terlambat masuk ke kelas. Sudah pasti kedatangan dikosongkan.
Aku dan Farha melajukan langkah menuju ke kelas. Pintu bilik kuliah diintai terlebih dahulu sebelum memasukinya. Sebaik sahaja kaki melangkah masuk. Terdengar satu suara menegur.
"Ehem... awal datang. Tak pernah-pernah saya jumpa student yang 'datang awal' macam ni." Puan Salina memandang kami berdua dengan pandangan yang....menakutkan.
Aku dan Farha saling berpandangan. Sindiran itu tepat menusuk ke telinga. Rakan sekelasnya yang lain masing-masing menahan gelak. Puan Salina ni kalau bab denda boleh tahan. Aku menelan air liur.
"Haa tak sama! Saya akan kira semula dari awal. Berdiri semula!" Puan Salina memberikan arahan.Aku dan Farha didenda ketuk ketampi! Sebanyak 30 kali pula tu. Sampai kiraan 10 kami disuruh ulang semula. Padahal sama je pergerakan kami. Nampak sangat Puan Salina sengaja. Aku menayang wajah pasrah. Sudahla didenda di hadapan kelas. Aku yang berbadan gemuk ni naik mengah jadinya!
Mataku mencerlung ke arah Efhan. Jelas kelihatan dia sengaja merakam ke arahku. Sudahla flash nya menyala! Kenapa tak guna spotlight je terus?!
"Okay well done. Boleh duduk di tempat kamu. Lepasni datang lah lambat lagi ye. Saya memang suka denda pelajar ni. Hobi saya sejak lahir lagi dah. Saya lahir-lahir je terus denda baby katil sebelah." Seloroh Puan Salina disambut tawa rakan sekelasku.
Aku melepaskan nafas lelah. Salah aku juga terbangun lewat. Entah macam mana lah boleh tak sedar. Bila diperiksa kembali, rupanya aku terbuat silend mood. Patutlah aku tak sedar!
Kelas diteruskan seperti biasa. Ralit aku mencatat nota yang disampaikan. Lagipula minggu ni sudah masuk minggu ulang kaji. Jadi subjek-subjek yang telah diajari hanya diulang sepintas lalu. Peperiksaan juga tidak lama lagi akan berlangsung. Ini bermakna cuti sem juga akan tiba. Tidak sabar rasanya menunggu cuti sem.
"Lepasni memang aku takkan tidur dah lepas subuh kalau hari Jumaat. Tak sanggup aku kena ketuk ketampi. Dahla Efhan tu tak habis-habis nak record. Ingat aku tak nampak agaknya." Bebelku kepada Farha.
YOU ARE READING
Aku TAK OBESs | LeyThelemon
RomanceTergamam dirinya apabila tunang yang disayangi menghina dirinya. " Kau tu je kuat perasan. Aku tak pernah sayang kau pun. Silap-silap malam pertama pun aku loya la nak sentuh kau. Lemak kau tu banyak sangat. Hilang selera aku. Lain kali c...