Aku terjaga apabila suara Haidar mengejutku bangun. Kelihatan Haidar sudah pun bersiap dengan pakaiannya. Aku melihat jam di tangan. Sudah pukul 1 petang! Entah bila aku tertidur pun aku tidak pasti. Lama juga kalau dikira.
"Pergilah kemas barang. Kita nak balik dah ni. Nanti kalau lambat sangat takut jalan jammed." Kata Haidar kepadaku. Aku akur dengan kata-katanya.
Aku segera bingkas bangun dari perbaringan. Kain baju yang telah ku pakai semalam diletakkan ke dalam plastik. Katil juga aku rapikan sebagaimana aku melangkah masuk ke bilik ini. Setelah memastikan tiada yang tertinggal. Aku menutup pintu bilik dengan perlahan.
Aku memandang sosok tubuh Haidar yang sedang ralit melihat telefon. Sewaktu berjalan menuju Haidar, aku terperasankan sebuah kamera. Hanya sepintas lalu aku melihatnya dan segera mendapatkan Haidar.
Haidar mendongak memandangku. Aku mengikuti Haidar melangkah keluar dari rumahnya. Sudah pasti aku akan merindui rumah ini. Hendak memiliknya belum tentu. Dapat menginap sekali pun sudah cukup membuatkan aku bahagia. Aku dan Haidar melangkah ke dalam perut lif. Masing-masing hanya membisu tanpa kata.
Ting!
Bunyi lif menandakan kami sudah sampai ke kawasan parkir. Kami menuju ke kereta Haidar yang elok terparkir. Haidar membukakan pintu untukku dan mengambil barang yang ada ditanganku untuk disimpan di bonet. Aku terharu akan layanannya. Bagaikan sudah terjawab doaku selama ini. Bersungguh aku berdoa dan meminta agar dikurnia lelaki yang melayaniku bagaikan permaisuri. Akhirnya tuhan telah memakbulkan doaku!
Sebaik sahaja enjin kereta dihidupkan, pedal minyak ditekan meninggalkan kawasan kondominiumnya. Dalam kepala Haidar banyak perkara difikirkannya. Sudahla peperiksaan akan bermula tidak lama lagi. Nampaknya dia memerlukan bantuan Haris untuk menjayakan misinya. Haidar tersenyum sinis. Kalau perlu bayar pun dia sanggup!
Aku ralit memandang jalan raya di hadapan. Sudah menjadi kebiasaanku untuk melihat pemandangan berbanding tidur di dalam kereta. Aku lebih suka menemani Haidar dan berbual dengannya untuk memastikan Haidar tidur tertidur atau bahasa lainnya microsleep. Banyak perkara yang aku bualkan bersama Haidar. Aku juga turut menceritakan berkenaan keluargaku. Sesekali Haidar membuat jenaka yang mencuit hatiku. Alangkah indah jika hari ini berterusan. Bahagia yang dipinta bagaikan sudah menjelma menjadi sebuah keindahan yang mengasyikkan. Aku tersenyum memikirkan itu.
Kami berhenti sebentar di RnR Genting Sempah kerana Haidar ingin mengisi minyak keretanya. Haidar berjalan keluar dari kedai. Kelihatan Haidar membawa air minuman dan sedikit jajan. Sebaik saja masuk ke dalam perut kereta. Haidar bagaikan tercari-cari sesuatu. Aku menegur tingkahnya itu kerana kehairanan.
"Ada barang hilang ke sampai you tercari-cari ni?" Soalku kepada Haidar.
"I rasa phone i tercicir lah. Cuba you call. I nak try cari dekat area kedai kejap." Kata Haidar lalu segera keluar menuju ke gerai yang disinggah sebentar tadi. Aku mendail nama Haidar. Tiba-tiba kedengaran bunyi telefon yang sayup-sayup. Aku menunduk ke arah seat pemandu. Aku meraba di bawah seat dan telah menjumpai telefon Haidar.
'Sweetheart'
Aku terkedu apabila melihat nama yang tertera. Haidar menyimpan namaku Sweetheart! Hatiku berbunga. Aku menutup mulutku menahan rasa teruja. Haidar benar-benar membuatkan aku semakin jatuh hati. Kelihatan Haidar sedang menuju ke kereta. Aku segera meletakkan telefonnya di atas kerusi pemandu. Aku mula bereaksi biasa sebaik saja Haidar membuka pintu kereta.
Haidar memaparkan wajah lega apabila melihat keberadaan telefon bimbitnya.
"I ingatkan hilang dah tadi. Rupanya ada dekat sini je." Kata Haidar.
Aku tergelak kecil mendengar omelannya.
"I terjumpa bawah kerusi tadi. Macam mana lah boleh terjatuh." Aku sehabis baik cuba mengawal riak wajahku. Sungguh aku terharu dan berasa ingin melompat setelah mengetahui Haidar menyimpan namaku.
Haidar memulakan perjalannya. Sudah pasti Alaina membaca nama yang tertera di skrin. Lihat muka yang kemerahan itu sudah dapat dijangka.
'Si gajah yang bodoh'
Desis hati Haidar. Alaina memang mudah diperdayakan. Tidak sabar rasanya menuai hasil akan usahanya.
YOU ARE READING
Aku TAK OBESs | LeyThelemon
RomanceTergamam dirinya apabila tunang yang disayangi menghina dirinya. " Kau tu je kuat perasan. Aku tak pernah sayang kau pun. Silap-silap malam pertama pun aku loya la nak sentuh kau. Lemak kau tu banyak sangat. Hilang selera aku. Lain kali c...