Bab 10

75 2 0
                                    

Cahaya mentari menerobos masuk ke dalam bilik. Silauan cahaya yang menampar wajah Alaina membuatkan dirinya terbangun dari lena. Tangannya meraba meja kecil yang berada di sisi katil. Telefon bimbit dan cermin matanya dicapai. Terpisat-pisat tangannya menggenyeh mata yang kabur.

Membuntang mataku apabila jam sudah menunjukkan 8 pagi. Solat Subuh pun kelaut dalam! Bagaimana lah boleh tidur mati sampaikan bunyi alarm telefon nya tidak disedari. Haidar dah bangun ke? Kalau Haidar dah bangun dulu, malu lah aku! Apa pula kata Haidar nanti. Sepatutnya aku lah yang perlu bangun awal. Aku bangun dari perbaringan dan tuala dicapai menuju ke bilik air.

Setelah siap mandi, aku mengenakan tudung semalam dan T-Shirt putih beserta seluar hitam. Haidar membelikan aku dua pasang pakaian. Entah bila dia membelinya pun aku tidak perasan. Saiz yang dibelinya cukup sepadan denganku.

Aku memulas tombol pintu dan melangkah keluar. Bau aroma masakan mulai mencucuk hidung. Aku melangkah ke arah dapur. Kelihatan Haidar sedang memasak sesuatu tapi aku kurang pasti apa menunya. Ralit aku memperhatikan tubuh sasanya, lengan beruratnya, peluh yang merecik di dahinya benar-benar membuatkan aku merenyam kegatalan. Gaya Haidar tak ubah seperti chef professional yang bertungkus-lumus di dapur. Alangkah indah jika hari-hari dapat melihat pemandangan ini. Aku memeluk dinding di sampingku. Bagaikan memeluk Haidar!

Haidar memusingkan badan dan matanya bertentangan denganku. Aku bagaikan terkena renjatan elektrik. Cepat-cepat aku berdiri tegak. Malu kalau Haidar melihat aksi ku sebentar tadi. Jangan lah dicop gatal pula. Mana nak letak muka ni nanti. Haidar melemparkan senyuman manisnya yang membuatkan aku semakin cair.

"Morning Sweetheart. I dah buat breakfast so kita boleh makan sama-sama." Suara Haidar memecah suasana. Haidar meletakkan set roti bakar dan scrambble egg yang dibuatnya di atas meja.

Aku yang melihatnya makin kecur liur. Tidak sangka juga Haidar pandai memasak. Benar-benar ciri suami yang aku cari!

Haidar menarik kerusi lalu memandangku dan mempelawaku untuk duduk. Aku sudah tersipu malu dengan layanannya. Tidak ubah seperti layanan sang kekasih kepada cinta hatinya. Aku merebahkan punggungku ke atas kerusi. Dan entah mana silapnya tiba-tiba aku tersembam jatuh ke lantai.

Prakkkk

             Aku mengaduh sakit sebaik sahaja punggungku tercium lantai. Aduh sakitnya bukan kepalang. Aku menoleh ke sisi, rupa-rupanya kerusi yang aku duduk tadi patah! Haidar kelihatan cemas dan merisaukan aku. Dia membantu aku bangun. Terasa sengal-sengal di badanku. Sudahla sakit pun dapat, malu pun dapat! Mana lah nak sorok muka aku ni. Kerusi tu pun satu hal boleh pula patah. Dahla kepunyaan Haidar yang aku patahkan.

        "Sorry Haidar saya tak sengaja saya minta maaf." Kataku senafas. Risau jikalau Haidar memarahiku dan lebih parah lagi jika dia meminta ganti rugi. Matilah aku!

         Haidar cuba mengawal riak mukanya dari ketawa. Sebenarnya memang itu rancangannya untuk melihat Alaina jatuh. Sengaja dirosakkan kaki kerusi untuk memastikan plan nya menjadi. Riak cemas sengaja ditayangkan untuk memastikan Alaina percaya akan lakonannya.

"Takpe-takpe bukan salah you pun. Maybe kerusi ni memang dah problem. I ambil kerusi lain untuk you." Kata Haidar kepadaku.

       Muka ku memerah menahan malu. Haidar mengambil kerusi yang lain. Mujur lah kerusi yang kedua ini elok. Kalau terjatuh lagi kali yang kedua memang aku pakai purdah terus lepasni!

          Haidar menuangkan air coklat yang dibuatnya ke dalam gelas dan menghulurkan kepadaku. Pagi-pagi lagi aku sudah mendapat malu. Sudahla terbangun lewat,patahkan kerusi orang pula. Orang tua kata lebih baik mendapat sakit dari mendapat malu. Tapi ni dua-dua dia dapat. Sakit dapat malu pun dapat! Bertabahla Alaina..

         "I masak simple je. Sorry lah kalau tak kena dengan citarasa you." Kata Haidar.

      Aku memulakan suapan pertama.

Perfect!

       Tidak disangka pula Haidar menyediakan sarapan seenak ini. Scramble egg yang cukup rasa, tak muak dan terasa masin-masin cheese. Dicicah pula dengan roti bakar dan sos kacang panggang. Benar-benar seakan chef yang handal bertaraf 5 bintang. Silap-silap Chef Wan pun boleh kalah.

            "Sedap! Perfect! Boleh bagi 10 bintang!" Kataku dengan ceria.

    Haidar tersenyum mendengarnya. Dia meneruskan suapannya. Dipandang Alaina yang sedang menikmati sarapannya. Sungguh mudah memperbodohkan gadis itu. Ubat tidur juga sudah diletakkan ke dalam minuman Alaina. Ada lagi rancangannya untuk mengenakan Alaina. Yang pasti akan membuatkan Alaina malu!

         
             Setelah selesai menjamu sarapan. Pinggan kotor dikutip dan aku membawanya ke sinki. Jika Haidar menyediakan sarapan, giliran aku pula lah yang membasuh pinggan dan peralatan kotor. Orang kata give and take. Haidar berdiri di sebelahku. Jarak antara kami hanyalah seinci. Makin berdebar pula jantung aku dibuatnya. Haidar mendekatkan wajahnya di telingaku.

         "Thank You sweetheart."

           Tiga patah perkataan itu saja membuatkan aku kaku dan terharu. Aku tersipu malu mendengarkannya. Pipiku juga bagaikan sudah ditampar. Jelas kemerah-merahan pada wajahku.

         Haidar memusingkan badan dan berlalu pergi. Tersungging senyuman sinisnya. Perempuan gemuk yang bodoh memang senang dipermainkan. Lihat saja Alaina yang hampir masuk ke perangkapnya itu. Sudah jelas perempuan itu memang bodoh!

                    Setelah mencuci kesemua pinggan, aku melangkah ke ruang tamu dan merebahkan punggung di atas sofa yang empuk. Pasti mahal sofa ini jika nak dibandingkan sofa yang berada dirumahku. Makin lama makin memberat pula mataku ini. Mulutku menguap tanpa henti. Bagaikan tidak tidur setahun mengantuknya itu. Akhirnya aku terlentok lena di sofa.

            Haidar yang menyaksikan Alaina yang sudah terlena itu mulai ketawa besar. Ubat tidur yang diberikan sudah berkesan. Sebuah kamera diambil lalu disetupkan kameranya. Banyak gambar yang diambil yang pasti sudah cukup membuatkan Alaina malu. Suatu saat nanti, gambar ini akan berguna. Lihat saja apa akan jadi.

       

Aku TAK OBESs | LeyThelemonWhere stories live. Discover now