BAB 1

29.3K 1.8K 414
                                    

WARNING: 

ROSE'S novel spoiler alert. Ini adalah kisah Nickolai, sepupu Dheo. Took place in Sicily, a mafia story. Kalau cerita ini bukan genre pilihan, sila skip. Timeline cerita ni, sebelum Dheo's, selepas Rose's. Seperti biasa, cerita tak akan habis di sini. This is for preview purpose only. 

---

~ not edited~

BAB 1

Nicko, my baby boo... Wake up! Wake up!

Nicko, my baby boo... Wake up! Wake up!

Nickolai merengus kasar. Setiap kali dia mendengar pilihan bunyi jam penggeranya itu, setiap kali itulah dia rasa nak baling telefon pintarnya ke dinding. Pemusnah mood dia setiap pagi betullah!

"Nicko, my baby boo! Wake up! Wake up!" Pemilik suara aslinya dah datang buat kacau. Dengar secara live, lagi menyakitkan telinga dan hati!

Itulah balasan apabila dia kalah dalam pertaruhan beberapa hari yang lepas. Seminggu dia harus menggunakan bunyi yang menjengkelkan itu untuk jam penggeranya. Demi ego dan prinsip lelaki sejati harus berpegang pada kata-kata, Nickolai hadap saja.

Dengan mata masih tertutup, Nickolai mencapai satu bantal di sebelahnya, lalu dilontarkan ke satu arah. Anehnya, sungguh tepat! Cuma tersasar dari sasarannya memandangkan sasarannya itu lebih cekap mengelak.

Nicko, my baby boo... Wake up! Wake up!

"Make it stop, Mario! Or I'll kill you!" Amaran!

Berdekah ketawa Mario, namun dia tetap menapak ke arah Nickolai yang terbongkang di tengah-tengah katil besar itu. Hanya berboxer. Mendedahkan tubuh atasnya yang tegap berotot. Mario capai telefon pintar Nickolai lalu matikan jam penggera.

Nickolai lega apabila tiada lagi bunyi yang menyakitkan telinga. Dia mahu sambung tidur.

"Serius, signor! Kau kena bangun sekarang. Kalau tak, memang betul-betul aku kena bunuh."

Ya, kali ini oleh D'Ambrusio senior! Ada sebab kenapa pagi-pagi lagi dia datang mengganggu ketuanya itu.

Nickolai buat tak dengar. Baru saja dia nak hanyut dibuai lena, tiba-tiba terasa wajahnya basah. Terkejut dia bukan kepalang. Sampaikan dia melompat turun dari katil, seolah-olah baru lepas diserang hendap oleh musuh. Kedua-dua mata hijaunya terbuntang meskipun masih mamai. Dipandangnya Mario yang sedang memegang sebuah baldi.

"Did you just..." Nickolai rasa telinga dia seperti keluar asap. Kecik besar, kecik besar Mario di matanya. Kalau ya pun nak kejutkan dia bangun, perlu ke simbah dengan satu baldi air? Dari mana dia dapat baldi tu sekarang ni?

"Aku hanya ikut arahan Signor Sergio. Dia kata kalau perlu, aku boleh benam kau dalam tab mandi berais asalkan kau bangun. Tapi, aku baik lagi. Aku pilih baldi. Lebih jimat. Save water, save planet." Mario membela diri.

Nickolai picingkan matanya. Suspicious!

Kenapa dia lebih rela dia kalau Mario lebih memilih cara ayahnya? Tak pasal-pasal berdengung telinga dia pagi-pagi.

Mmuah... mmuah... mmuah...

Mmuah... mmuah... mmuah...

Mata Nickolai dan Mario sama-sama tertala pada arah bunyi itu. Dari telefon pintar Nickolai. Kali ini, terpapar nama orang kanan ayahnya pada skrin telefon. Mendengar nada dering itu buatkan darah Nickolai makin menggelegak. Lebih-lebih lagi dia sempat melihat hujung bibir Mario yang sedikit naik sebelum mati dijelingnya.

SAPPHIRE (Siri Permata #1)Where stories live. Discover now