BAB 17

4.4K 601 129
                                    

-notedited-

BAB 17

"Nickolai, kita nak ke mana?" Serafina menyoal. Mereka kini berada di dalam kereta, dalam perjalanan ke tempat yang hanya diketahui Nickolai. Nickolai cuma suruh dia kosongkan jadual hari ini dan bersiap.

"Saya dah bagi tahu sebelum ni. Saya akan tebus balik apa yang saya janji di Milan. Jadi hari ni, saya nak bawa awak jalan-jalan. Let's go to Milan again."

Mata Serafina terus meluas mendengarnya. Nickolai tersangatlah rawak! Jangan cakap mereka sedang dalam perjalanan ke lapangan terbang sekarang ini.

"Tapi saya taknak pergi ke Milan. Can we go somewhere else?" balas Serafina. Dia gembira Nickolai ingin menepati janjinya, tapi dia tak nak Nickolai bazirkan duit untuk terbang ke sana walaupun gaya Nickolai, terbang ke Milan itu macam pergi rumah ke jiran dia saja.

"Dah tentu. Awak nak ke mana, cara mia?" Nickolai bertanya. Wajah Serafina di sebelahnya dipandang.

"Boleh kita pergi ke Etnaland?"

"Etnaland?"

"Ya. Saya tak pernah pergi ke taman tema."

Nickolai juga tak pernah pergi ke sana walaupun taman tema itu berada dekat Catania saja.

"Boleh kita pergi sana? Please... please... please..." pujuk Serafina bila Nickolai masih diam. Separa merayu. Kedua-dua tangan disatukan di dada sambil badan dipusingkan sikit untuk menghadap Nickolai. Takut betul Nickolai menolak permintaannya.

Nickolai yang melihatnya terus senyum nipis. Macam budak-budak saja.

"Of course, cara mia. Your wish is my command."

"Yay! Thank you, Nickolai." Wajah Serafina terus bercahaya.

Makin lebar senyum Nickolai. Terhibur.

"Etnaland now, Arnold!" arah Nickolai kepada pemandunya.

"Si, signore!" Pemandunya hanya patuh saja. Stereng dipulas untuk ke destinasi baru walaupun jarak mereka dengan jet peribadi yang sudah bersedia untuk terbang ke Milan hanya tinggal kurang lima ratus meter lagi.

Nickolai pula perlu buat panggilan. Ada penerbangan yang harus dibatalkan hari ini.

-----

"Nickolai, bagi tahu saya! Banyak tak permainan kat sini? Kita nak buat apa sekarang ni? Nak main apa dulu?" Bertubi-tubi soalan Serafina.

"Whoa, sabar, Serafina! Satu-satu." Nickolai hampir ketawa melihat reaksi Serafina itu. Dia betul-betul rasa macam bawa budak-budak terlebih gula ke tempat kegemarannya.

"Mi dispiace (I'm sorry). Saya cuma sangat gembira. Tak sangka saya boleh cuba permainan kat sini."

"Awak tak pernah cuba?"

Geleng.

"Ayah tak pernah izinkan. Dia takut tak selamat untuk saya."

Nickolai diam.

"I see. Then let's try all today," putus Nickolai. Mahu tunaikan permintaan Serafina.

"Really?"

"Si, cara mia. We have the whole day. Let's have some fun." Dapat juga mereka lepaskan stres.

"Jadi, kita nak main apa dulu?" Serafina ulang pertanyaannya.

Nickolai pandang sekeliling taman tema besar yang dipenuhi ramai orang itu. Memandangkan ini keputusan mengejut, Nickolai juga perlu berfikir dulu. Kalau ini dirancang lebih awal, mungkin dia dah arahkan untuk kosongkan satu taman tema ini untuk seharian. Jadi, tak payahlah mereka bersesak-sesak dengan orang lain.

SAPPHIRE (Siri Permata #1)Where stories live. Discover now