BAB 19

4.6K 596 196
                                    

-notedited-

BAB 19

"Aku... aku tengah bercakap dengan Monica melalui telefon. Tiba-tiba, aku dengar satu bunyi kuat. Macam letupan. Dan lepas tu, tiada lagi respon daripada Monica."

Cukup dengan laporan itu, Nickolai dan Mario terus bergegas ke Orfanotrofio Varano. Kereta dipandu cukup laju, membelah jalan raya yang berlangitkan hitam pekat itu. Jam kini menunjukkan hampir satu pagi.

Ketika menghampiri kawasan itu, hati Nickolai sudah tidak sedap tatkala melihat asap tebal berkepul-kepul di udara. Dan sebaik saja mereka tiba di rumah anak yatim itu, Nickolai tergamam. Ketakutkannya menjadi nyata! Dua buah trak bomba sudah berada di situ, sedang memadam api yang sungguh marak. Hampir keseluruhan kediaman itu sudah dijilat api.

Nickolai rasa dunia dia bagaikan berhenti berputar.

"Serafina!" Tanpa berfikir panjang, kaki Nickolai cuba berlari ke arah kawasan itu. Namun, sempat ditahan Mario.

"Bahaya, signore!"

"Let me go, Mario! Serafina's inside!" jerkah Nikolai. Mata hanya tertumpu pada api yang sedang mengganas itu. Dalam kepalanya hanya ada Serafina. Dia perlu selamatkan tunangnya itu!

"I'm sorry, signore! I can't let you go!" Mario juga membalas serius.

Mario faham perasaan Nickolai, kerana dia juga rasa yang serupa. Bangunan yang sedang dijilat api itu dipandang sayu. Namun ketika ini, dia juga tidak lupakan tugasnya yang paling utama, tanggungjawabnya pada keluarga D'Ambrusio. Melindungi Nickolai.

Tiada apa yang boleh dilakukan mereka apabila api menjulang setinggi itu.

"I need to save Serafina! Lepaskan aku, Mario! Atau aku akan bunuh kau kalau kau tak lepaskan aku. Lepaskan aku!" amuk Nickolai.

Mario tetap masih berkeras. Dia arahkan anak buah Nickolai yang lain untuk membantunya. Kini, lima lelaki dewasa diperlukan hanya untuk mengekang tenaga kuat seorang Nickolai. Tugas mereka kini cuma satu.

Pastikan Nickolai selamat!

------

Nickolai tahu tiada apa yang boleh dilakukannya selain menunggu. Api yang marak buatkan ahli bomba sendiri sulit untuk masuk menyelamat, apatah lagi dia. Tapi, tetap juga beberapa kali dia cuba untuk berlari masuk. Dia tak peduli andai nyawanya melayang, asalkan Serafina selamat. Namun, semua usaha itu ternyata gagal kerana anak-anak buahnya lebih nekad untuk memastikan dia selamat.

Nickolai rasa sungguh...

Helpless!

Lebih dua jam masa yang diperlukan untuk memadamkan api kebakaran. Nickolai hanya merenung bangunan yang hanya tinggal kerangka itu dengan pandangan kosong. Hati dia hancur. Dunia dia gelap.

Pihak bomba mengesahkan tiada siapa yang terselamat. Nickolai hanya melihat bila satu persatu mayat dikeluarkan dari tempat itu. Ada yang dewasa. Lebih ramai kanak-kanak. Kira-kira seramai dua puluh lima orang mangsa dikenal pasti. Mereka semua penghuni dan para pekerja di rumah anak yatim itu.

Termasuk keluarga Varano. Termasuk Serafina.

Satu stretcher yang mengusung satu mayat yang dilitupi kain putih keseluruhan tubuhnya dibawa keluar. Ketika sedang diturunkan ke atas tanah, berlaku pergerakan di bawah kain putih itu. Tangan kiri mayat itu terkulai ke sisi. Di balik pekat malam itu, kelihatan sesuatu yang berkilauan pada jari mayat itu.

Nickolai menapak lemah ke arah itu. Sedari tadi dia masih menidakkan realiti. Namun sebaik sahaja dia berdiri di sisi mayat itu, Nickolai terus jatuh berlutut. Apa yang berada di jari mayat itu, amatlah dikenalinya. Tangan itu hitam rentung, tapi cincin yang disarungnya ketika majlis pertunangan mereka dulu tetap sama.

SAPPHIRE (Siri Permata #1)Where stories live. Discover now