-notedited-
BAB 4
Nickolai menjeling jam tangan Piaget di pergelangan tangan kirinya. Kini menunjukkan pukul lapan sepuluh minit malam. Malam ini, dia ada makan malam penting. Dan ya, dia sudah lewat. Tapi Nickolai masih melengah-lengahkan masa walaupun keretanya sudah terparkir di hadapan restoran mewah itu.
"Signor, kau nak kena bunuh dengan ayah kau ke?" tegur Mario sambil melihat Nickolai melalui cermin pandang belakang. Ketuanya itu chill saja.
"Baru sepuluh minit. Mungkin baru hors d'oeuvres. You know how I love savouring the main course most." Nickolai membalas bersama senyum senget.
Mario hanya geleng kepala. Apa dalam kepala Nickolai, dia tak dapat menebaknya. Yang dia pasti, Nickolai sengaja menjolok sarang tebuan. Bapak tebuan! Dia tahu betapa pentingnya makan malam ini. Ini adalah perjumpaan kali pertama secara rasmi Nickolai bersama keluarga Varano.
Nickolai keluarkan minyak wangi yang memang dikhaskan untuk wanita yang baru dibelinya tadi. Disemburnya sedikit ke tangan sebelum digosok-gosokkan pada bajunya. Sikit saja, sekadar untuk buatkan seperti ada bau wanita melekat pada tubuhnya. Bukannya dia nak orang ingat dia pakai minyak wangi perempuan pula.
"Kau buat apa ni, signor?" Mario memerhati dengan penuh hairan.
"Ini namanya, R.I.P," jawab Nickolai selamba.
"Rest in peace?" Mario blur. Bos dia memang bercita-cita nak jumpa malaikat maut ke?
"Revolt instigation plan." Senyum sinis.
Nickolai longgarkan pula tali leher lalu dicampaknya ke kerusi sebelah. Tiga butang baju kemejanya paling atas dibuka mendedahkan sedikit dada bidangnya. Kedua-dua tangan dilalukan pada rambutnya beberapa kali. Sesekali diramas-ramas sebelum dia melihat cermin. Setelah melihat rambut coklatnya menghala ke pelbagai arah, Nickolai angguk puas hati.
Teringat sesuatu.
"Hari tu Cheryl ada tertinggal lipstik dalam kereta, kan? Mana dia?" tanya Nickolai.
Mario mengambil satu lipstik yang tersimpan di dalam kereta itu, lalu dihulurkan kepada Nickolai. Masih tak tahu apa motif Nickolai bertanya.
Nickolai tidak menyambutnya. Hanya tenung lipstik itu, kemudian Mario. Senyum misteri.
"Pakai!"
Hampir tercabut anak mata Mario mendengar arahan itu.
"The fish? Nak jadi gila cukup kau seorang, signor!"
"Aku cakap, pakai! Sebelum aku pakaikan kau," ugut Nickolai pula.
Dah datang dah kepala gila dia! Mario terpaksa ikut saja arahan ketuanya itu. Dibukanya penutup hitam lipstik itu. Kelihatan isinya. Merah menyala. Dengan muka penuh pasrah, dia lalukan lipstik itu pada ulas bibirnya. Tak pernah-pernah seumur hidupnya pakai lipstik!
Nickolai senyum puas hati. Kemudian dia menganjakkan tubuhnya sedikit ke tempat bahagian pemandu, dekat dengan Mario.
"Good. Let's kiss!"
-----
"Sorry, I'm late!" Nickolai tarik satu kerusi di sebelah ayahnya. Satu senyuman lebar ditayang. Muka tak bersalah.
"Nickolai, my son. Glad you could make it." Sergio berkata tenang, walaupun sudu dan garpu yang digenggam mengatakan sebaliknya. Sikit lagi nak sembilan puluh darjah.
Sergio yang dari tadi menahan marah gara-gara kelewatan Nickolai makin berapi rasanya saat melihat penampilan anak terunanya itu. Dengan bauan minyak wangi perempuan meruap-ruap lagi. Semua yang melihatnya pasti akan fikirkan perkara yang serupa.
YOU ARE READING
SAPPHIRE (Siri Permata #1)
RomanceSiri Permata #1 (Gemstone Series #1) An Arranged marriage. A revenge. Ini adalah kisah Nickolai D'Ambrusio x Serafina/Sapphire Varano.