BAB 5

7.6K 820 87
                                    

-notedited-

BAB 5

Sebulan. Satu hari sudah berlalu, tinggal lagi dua puluh sembilan hari sebelum majlis pertunangannya.

Nickolai pusing-pusingkan kerusi empuknya ke kiri dan ke kanan sambil kepala jauh menerawang fikirkan hidupnya yang kian huru hara sekarang ini.

Bunyi ketukan pintu menyedarkan Nickolai daripada lamunannya. Dia bagi izin untuk masuk. Sangkanya Cheryl, setiausahanya datang untuk mengingatkan tentang jadualnya. Tapi yang muncul ternyata Mario.

Dan bila melihat Mario, Nickolai tahu lelaki itu membawa sesuatu yang diinginkannya. Pasti tugasan yang diberikan sebelum ini. Dia memberi isyarat kepada Mario untuk membentangkannya tanpa perlu dia buka mulut.

"Ini serba sedikit tentang latar belakang Serafina Varano," kata Mario sebelum hulur satu sampul surat coklat kepada Nickolai.

Nickolai menyambutnya. Tanpa melengahkan masa, dia seluk tangan ke dalam sampul itu lalu keluarkan isinya. Matanya dilarikan laju pada setiap patah perkataan pada kertas putih itu. Segala maklumat yang disuruhnya Mario cari tentang Serafina.

Mata terpaku pada sebaris nama itu.

Sapphire Varano.

"Serafina ada adik kembar?" Agak terkejut.

Mario angguk.

"Identical twins."

Jadi Nickolai boleh bayangkan rupanya macam mana. Hanya Sapphire ahli keluarga Serafina selain ayahnya. Tiada adik-beradik lain. Ibunya pula dah meninggal dunia dua tahun lepas.

"Is she blind too?" Nickolai tertanya-tanya entah kenapa.

"Rasanya tak kut. Dia sekarang belajar di luar negara. Kalau kau nak tahu lebih, aku boleh siasat."

Nickolai layangkan dua jarinya tanda tak berminat. Tunangnya sekarang ialah Serafina, bukan adik kembarnya itu. Buat apa dia nak sesakkan kepala dengan benda tak penting?

"Serafina pun sebenarnya dilahirkan normal. Dia mula buta ketika berumur sepuluh tahun. Industrial accident," cerita Mario.

Hati Nickolai rasa sesuatu mendengarnya. Hilang penglihatan ketika pernah merasa keindahan melihat dunia itu pasti jauh lebih sakit daripada hilang penglihatan sejak lahir. Begitu saja, dunia penuh warna warni gelap gelita.

Macam mana agaknya penerimaan Serafina ketika itu? Sedangkan dia cuma seorang kanak-kanak.

Ah, bukan masalah aku! Dah kenapa kau sibuk nak fikir? Nickolai tempelak diri sendiri.

Dia sambung baca maklumat Serafina sampai habis. Tiada apa-apa yang luar biasa. Serafina cuma gadis kebanyakan, macam orang lain juga. Buatkan Nickolai makin tertanya-tanya. Apa-apa perjanjian di antara ayahnya dan Fabio pasti sesuatu yang besar. Mana mungkin ayahnya berinteraksi dengan seseorang dari keluarga kelas pertengahan andai bukan untuk kepentingan sendiri. Dia kenal ayahnya.

"She got a bachelor in sociology and social work from Univesity of Catania." Sedikit kagum suara Nickolai. Sebab Serafina tetap berjaya walaupun dalam keadaan yang penuh kekurangan.

"Betul. Sebab tu kau akan selalu nampak dia terlibat dengan kerja sosial. Dia suka jadi volunteer bila ada misi kemanusian atau program amal. Kalau tak, selalu dia bantu ayah dia uruskan rumah anak yatim mereka."

Nickolai angguk-angguk kepala. Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang isteri kepada orang ternama demi menjaga imej. Suka menolong orang. Berjiwa besar. Masyarakat memang memandang tinggi pada golongan seperti itu. Sebab itu yang perangai setan pun taknak kalah menjelma dengan topeng malaikat.

SAPPHIRE (Siri Permata #1)Where stories live. Discover now