BAB 11

5.6K 735 107
                                    

-notedited-

BAB 11

"Tempat ni sangat besar, Serafina. Jauh lebih besar dari rumah kita. Bilik ni pun. Lebih besar dari dua master bedroom yang digabungkan."

Mata Monica meliar ke sekeliling kawasan itu.

"Sangat cantik. Soft pink decoration. Ada balkoni besar. Memandangkan rumah ni berada di tempat tinggi, boleh nampak laut dari sini. Awak mesti suka," sambung Monica lagi.

Serafina cuma mendengar. Bibir menguntum senyuman manis. Seolah-olah dapat bayangkan melalui deskripsi Monica. Apatah lagi dengan suara penuh keterujaan Monica, Serafina sendiri ikut teruja.

Serafina sekarang berada di Residenza di D'Ambrusio (D'Ambrusio's Residence) untuk majlis pertunangannya dan Nickolai yang bakal berlangsung pada malam ini. Ya, kedua-dua pihak bersetuju agar pertunangan mereka diadakan di kediaman rasmi keluarga D'Ambrusio saja.

"Do you recognize anyone?" soal Serafina.

"Saya belum nampak Signor Nickolai." Meskipun Serafina tak sebut nama, Monica tetap tahu siapa yang dimaksudkan gadis itu.

"In fact, I don't see any D'Ambrusio yet. Kat luar ramai pekerja. Semua tengah lakukan persiapan untuk majlis malam nanti. Nampak macam besar-besaran juga." Monica melapor lagi berdasarkan pemerhatiannya.

Besar bagi mereka. Tapi Serafina tahu ini cuma tahap majlis biasa saja bagi keluarga D'Ambrusio.

Kedengaran pintu bilik diketuk dari luar. Monica berjalan untuk membukanya. Kelihatan seorang wanita lewat tiga puluhan yang sedang manis tersenyum. Melalui pakaiannya, Monica dapat agak wanita itu salah seorang pekerja di rumah agam ini.

"Siapa tu, Monica?" Serafina bertanya. Dia turut berjalan bersama tongkatnya ke arah pintu bilik.

"Buongiorno, Signorina Varano (Good morning, Miss Varano). Nama saya, Emma. Ketua pembantu di Residenza di D'Ambrusio. Signor Nickolai tugaskan saya untuk membantu signorina sepanjang signorina berada di sini." Emma memperkenalkan diri sebelum sempat Monica menjawab pertanyaan Serafina.

"Hai, Emma! Nice to meet you." Serafina hulurkan tangan untuk berjabat bersama senyuman ramah. Emma menyambutnya.

"Do you like your room?"

"Yes, I really do."

Emma angguk puas hati.

"Kalau macam tu, saya tak nak ganggu signorina berehat. Saya keluar dulu. Kalau perlukan apa-apa, hanya perlu tekan interkom, nombor 0. Saya akan segera datang."

Serafina pula yang angguk kepala.

"Oh, ya! Signor Nickolai pesan supaya signorina anggap rumah ni macam rumah sendiri saja. Feel free to do anything. So, enjoy your stay here, Signorina Varano. You too, Signorina Rossi." Emma menundukkan sedikit tubuhnya ke arah Serafina sebagai tanda mahu mengundurkan diri. Bila dia berpaling kepada Monica, senyuman ramah dihulurkan.

——

Dari jauh, Nickolai hanya memerhati dengan pandangan helangnya. Kedua-dua tangan yang didepang menggenggam kemas besi berukir mahal yang menjadi penghadang sekeliling tingkat tiga itu. Wajahnya serius.

"Signore!"

Nickolai angkat sebelah tangannya, menghalang Mario dari terus berkata-kata. Hanya tangan yang bergerak. Matanya masih tak berkalih.

Mario turut memandang ke arah yang dipandang Nickolai itu. Mahu tahu apa yang sungguh menarik minat lelaki itu, sampai-sampai air muka pun macam nak bunuh orang.

SAPPHIRE (Siri Permata #1)Where stories live. Discover now