BAB 7

7.9K 775 257
                                    

-notedited-

BAB 7

"Serafina Varano, I'm going to kill you! How dare you!" Baru buka aplikasi Skype, Serafina dah kena sembur.

"Yeah, hello! I miss you too, baby sis," sindir Serafina dalam nada tenang. Reaksi adik kembarnya itu sudah dia jangka sebenarnya.

"Aww... I miss you and papa too." Suara Sapphire bertukar lembut. "Tapi aku masih marah, tahu?" Kembali keras.

Sapphire merupakan seorang pelajar ijazah jurusan undang-undang di University of Bologno. Dia kini berada di Tilburg, Belanda untuk program pertukaran pelajar tahun akhir. Masih berbaki beberapa bulan lagi sebelum dia tamat.

"Apa yang kau marahkan sangat ni?" Serafina buat-buat dungu.

"Sampai hati, kan? Kenapa aku orang terakhir yang tahu yang kau bakal bertunang dengan Nickolai D'Ambrusio. The freaking D'Ambrusio!" Suara Sapphire kembali tinggi. Itu pun dia tahu daripada pembacaan.

Serafina masih tenang.

"Bagi tahu aku, Sera. Did papa force you? Should I return now and give him an earful?" Sisi protective Sapphire selalu aktif bila libatkan kakak kembarnya itu. Dia serius ni!

"No. No need. Aku okey."

"Kau okey? Kau setuju? Apa yang papa cakap?" siasat Sapphire.

Apa yang dia tak tahu sepanjang ketiadaannya? Tiba-tiba saja dapat berita kakak kembarnya bakal berkahwin dengan seorang lelaki hebat. Bukanlah dia nak cakap Serafina tu tak layak dengan lelaki hebat. Tapi, ini dengan lelaki yang tak pernah dikenali seumur hidup.

Mereka hanya mengenali D'Ambrusio hanya melalui media sahaja!

"Papa cakap aku perlu kahwin dengan Nickolai D'Ambrusio."

"So, an arranged marriage. Kenapa kau, bukan aku?" Sapphire tak puas hati.

"Kau pun tahu jawapan dia, Saph."

Sapphire mendengus. Dah tentu dia tahu. Pertama, sebab Serafina lebih tua walaupun hanya tiga minit. Dan kedua, sebab kalau dia yang berada di tempat kakak kembarnya itu, mahu terbalik bumi ini. Dah tentu dia akan berhujah dan membangkang seperti layaknya seorang bakal peguam.

Tapi kakaknya itu lebih lembut orangnya. Terlalu lembut!

"Sera, if you're not happy with his decision, just say no," kata Sapphire. Nada bertukar prihatin. Dia tak mahu kakak dia menjadi mangsa. Ini dah zaman bila perkahwinan pun atas aturan keluarga? Abad kelapan belas? Zaman dinasour?

"Aku tak boleh cakap aku happy. Dan aku tak boleh cakap yang aku tak happy."

"Ini kalau jenis kau yang jadi saksi dalam court room, memang aku reject awal-awal. Dasar tak tetap pendirian!" rengus Sapphire.

Ketawa Serafina mendengarnya.

"Aku tak tipu. Masa papa cakap dia nak carikan calon suami untuk aku, aku setuju saja. Kau pun tahu aku bukannya ada pengalaman dalam bercinta. I can't see someone's true face. Maybe papa knows the best."

Sapphire terdiam.

"Then, how about him? Penerimaan Nickolai macam mana? Is he on the same boat? Is he good to you?" Bertalu-talu soalan Sapphire.

Hanya sunyi yang menjadi jawapan.

"Sebenarnya aku tak pernah jumpa dia lagi. Jadi, aku tak tahu." Teragak-agak Serafina berkata.

"What? Lagi seminggu kau orang nak bertunang tapi tak pernah berjumpa? Dia tak contact kau langsung?"

"Ada beberapa kali kami bertukar mesej. But short and professional," cerita Serafina. Selalunya hanya berbincang tentang keperluan untuk majlis pertunangan mereka nanti. Itu pun selalu berakhir dengan jawapan Nickolai, I'll let my secretary know atau my secretary will handle it. Serafina pun tak tahu dia nak kahwin dengan Nickolai atau setiausahanya sekarang ini.

SAPPHIRE (Siri Permata #1)Where stories live. Discover now