-notedited-
BAB 15
Telinga menangkap derap tapak kaki yang mendekati. Bibir Serafina pantas melebar sengih.
"Mario!"
"Wow, I'm impressed you can recognize me, signorina!" Mario berkata kagum. Turut senyum melihat gadis itu.
Serafina terus tayang gigi. Hampir dua minggu dia berada di sini, dia dah mula sesuaikan diri dengan keadaan di sini. Mario salah seorang yang selalu dia jumpa. Lelaki itu orang kanan tunangnya. Rasanya dalam minggu ini, jumpa Mario lebih kerap daripada jumpa Nickolai.
"Saya kenal bau minyak wangi awak." Mudah jawapan Serafina. Begitulah cara dia tahu siapa yang mendekatinya. Kadang-kadang, dia juga boleh bezakan rentak tapak kaki orang. Dia pun tak tahu nak huraikan macam mana.
"Awak buat apa?" Mario bertanya. Setiap hari tugasnya menjadi mata-mata kepada Nickolai. Memerhati dan melaporkan segala tindak-tanduk Serafina di rumah ini.
"Saya baru lepas ambil angin di taman. Monica cakap cuaca pagi ni sungguh cantik."
"Mana Monica?" soal Mario. Mata melilau-lilau mencari susuk gadis berambut ginger red itu.
"Dia pergi tandas," balas Serafina.
Mario angguk-angguk faham.
Sejak Serafina tinggal di sini, Monica turut mengikutnya. Dia lega apabila Nickolai memberi izin. Hal itu buatkan Serafina lebih selesa. Sekurang-kurangnya ada juga yang dia kenal kat sini.
"Mana Nickolai?" Serafina pula bertanya. Dah beberapa hari rasanya dia tak jumpa Nickolai. Tapi dia faham lelaki itu seorang yang sibuk.
"Awak nak jumpa signore?" Mario senyum penuh makna. Lebih tepat lagi, jahat.
"Kalau dia tak sibuk." Teragak-agak suara Serafina.
"Oh, jangan risau, signorina. Hari ini hujung minggu. Mana ada dia sibuk. Let me take you to him."
"Tapi, Monica..."
"I'll let her know later. Jangan risau. Jom," potong Mario.
------
Nickolai menumbuk padu beg pasir hitam panjang yang tergantung di siling itu beberapa kali. Kiri, kanan. Kemudian, kaki pula naik untuk berikan tendangan. Turning kick, side kick. Tubuh sasanya yang hanya berseluar pendek berpeluh-peluh gara-gara aktiviti yang agak intense itu. Sudah hampir dua jam, tapi Nickolai masih tiada tanda-tanda mahu berhenti. Malah, adrenalinnya makin deras mengalir membuatkan dia makin teruja.
Kedengaran bunyi pintu kaca automatik di ruangan gim itu terbuka. Nickolai pantas berpaling ke arah itu. Susuk gadis yang sedang berdiri itu tak terjangkau dek fikiran Nickolai, buatkan fokusnya terus terganggu. Nyaris-nyaris beg pasir itu melayang ke hidungnya. Nasib baik sempat ditangkap.
Pergerakan Nickolai pantas terhenti. Dia naikkan sebelah tangannya yang bersarung tangan tinju hitam itu. Semua aktiviti anak buah yang turut berlatih dengannya itu automatik berhenti.
"Err... Nickolai?" Teragak-agak Serafina bertanya. Tongkat di tangannya pantas digenggam erat.
Dia rasa seperti rusa masuk kampung. Bunyi bising yang ditangkap telinganya tadi tiba-tiba hilang sepenuhnya. Aura di tempat itu rasa sesuatu, buatkan dia rasa seperti diintimidasi. Hidung pula menangkap bau yang dia sendiri tak tahu nak huraikan bagaimana. Dia lupa tanya Mario ini tempat apa. Mario cuma cakap Nickolai ada di sini.
Nickolai menggigit strap hujung sarung tangan tinju kanannya dengan gigi sebelum ditanggalkan. Kemudian dia mencampak kedua-dua sarung tangan tinju itu ke lantai. Langkah diorak ke arah Serafina.
YOU ARE READING
SAPPHIRE (Siri Permata #1)
Lãng mạnSiri Permata #1 (Gemstone Series #1) An Arranged marriage. A revenge. Ini adalah kisah Nickolai D'Ambrusio x Serafina/Sapphire Varano.