BAB 12

5.2K 687 91
                                    

-NOTEDITED-

BAB 12

"Signorina ada kat taman," lapor Mario.

Nickolai automatik panjangkan leher untuk melihat ke arah itu meskipun hanya patung singa batu yang menyapa pandangannya.

"Dia marah?" soal Nickolai.

"Aku tak tahu. Tapi dia cuma nampak tenang."

Nickolai angguk kepala. Kemudian menyambut bunga yang berada di tangan Mario. Dia memang arahkan Mario untuk carikan dia sejambak bunga tadi.

"Wish me luck. Semoga bunga ni tak dilibas ke kepala aku." Sempat Nickolai bergurau. Ditepuk-tepuk bahu Mario beberapa kali sebelum mula melangkah.

Nickolai memang berhasrat untuk bersemuka dengan Serafina hari ini. Dia tahu dia harus jujur dan jelaskan perkara sebenar sebelum majlis pertunangan mereka malam nanti. Apatah lagi pertemuan terakhir mereka dulu tak berapa baik. Tapi semuanya terbantut apabila melihat Serafina bertemu dengan Viviana terlebih dahulu.

Langkahnya diorak ke arah taman bunga. Nickolai dapat melihat dua susuk gadis yang sedang berdiri di bawah satu gazebo. Sebaik sahaja dia mendekati mereka, telinga lintah Serafina yang menangkapnya dulu. Pantas leher berpusing ke arah itu, buatkan Monica turut sedar dengan kehadiran Nickolai.

Cukup dengan arahan mata Nickolai, Monica hanya angguk. Faham lelaki itu mahu ditinggalkan berdua dengan Serafina. Sempat dia mencuri pandang ke arah Serafina sebelum buka langkah.

Satu bauan yang cukup dikenali menusuk rongga hidung. Serafina terus tahu siapa yang baru muncul itu. Dadanya pantas berkompang hebat. Tapi dia cuma diam.

"Hai, Serafina!" Tenang Nickolai menyapa dulu.

"Err... hai!" Serafina rasa sedikit canggung. Dia tahu kini mereka hanya berdua.

"I'm sorry." Nickolai tak berdolak-dalih.

"What for?"

"I want to come clean with you before our engagement party. I'm sorry I lied to you before," jujur Nickolai. Jantan sejati, berani buat, berani tanggung. Terima saja kalau pun penampar sulung Serafina singgah ke muka kacak dia.

"It must be fun to deceive a blind girl, right?"

Serafina yang tenang sebegini sebenarnya lebih buatkan Nickolai rasa bersalah. Serafina sepatutnya mengamuk atau hempuk tongkatnya ke tubuh Nickolai bila tahu dirinya ditipu. Itu reaksi yang tepat.

"Saya tiada niat untuk menipu awak, Serafina. Saya hanya nak kenal awak dengan lebih dekat." Itu juga satu kejujuran dari Nickolai.

"Jadi, awak cipta Lorenzo?"

"I am Lorenzo. My name is Nickolai Lorenzo D'Ambrusio."

Kening Serafina berkerut.

"Awak ada nama tengah?" soal Serafina pelik. Dia baru tahu.

Boleh dikatakan jarang orang Itali mempunyai tiga nama. Kebanyakan mereka hanya punya nama pertama dan nama keluarga saja. Bila punya tiga nama, boleh jadi seseorang itu punya nama tengah atau punya dua nama keluarga.

"Lorenzo was my great-grandsfather's name. Itu dah jadi tradisi keluarga kami. Nama tengah dikhaskan untuk mengingati nenek moyang kami," jelas Nickolai.

Serafina angguk faham. Dia lupa keturunan D'Ambrusio bukan keturunan sembarangan di Sicily. Mengingati susur galurnya pasti satu kewajiban. Jadi, secara teknikalnya Nickolai memang tak menipu. Dia juga Lorenzo.

"Jadi, siapa yang saya jumpa dulu?" Serafina ingat kembali pertemuannya dengan 'Nickolai' di pejabat lelaki itu dulu.

"Dheo D'Ambrusio. Sepupu saya."

SAPPHIRE (Siri Permata #1)Where stories live. Discover now