BAB 18

4.1K 552 202
                                    

- NOTEDITED-

BAB 18

"My god, I'm so stupid!" Serafina menempelak diri sendiri. Skrip yang sama diulang tiap kali dia ingat apa yang jadi. Kali ini, di depan skrin komputer, dengan Sapphire pula.

"Ya, aku mengaku! Agak bodoh. Siapa je yang hempas pintu lepas cakap I love you? Are you confessing or are you rejecting?" selar Sapphire selamba setelah mendengar cerita Serafina. Dia baru saja habis gelak satu round, ini rasa nak gelak lagi. Entah kenapa rasa boleh bayang reaksi Nickolai ketika itu. Pasti tercengang.

"Lepas tu, apa jadi?" Sapphire tertanya-tanya.

Serafina mencebik. Sebelah bahu diangkat dengan wajah yang suram.

"Tak jadi apa-apa. Kami dah tak jumpa. Dia kena travel untuk beberapa hari."

Muka muram, ingatkan kena reject. Rupanya sebab rindu. Sapphire hanya geleng kepala melihatnya.

"You really love him, don't you?"

"Ya. Nickolai layan aku dengan baik. Dia tak pernah buat aku rasa aku ada kekurangan. He always protects me. I feel safe with him. I can't help myself but to fall in love with him, Saph," jujur Serafina. Ini kali pertama dia rasa sebegitu pada seorang lelaki.

"But?" celah Sapphire. Air muka kembar itu dah tentu dapat dibaca dengan sekilas pandangan saja. Serafina sedang teragak-agakkan sesuatu.

"But... It's gonna be one sided. Dia tak akan jatuh cinta dengan aku. Semua yang dia buat sekarang hanya sebab tanggungjawab. Sebab aku bakal isteri dia. Cuma... hati aku yang lemah sebab senang jatuh cinta dengan semua tu," jawab Serafina. Dia masih sedar diri.

"Macam mana kau tahu dia takkan jatuh cinta dengan kau? You can't help your feelings but he can? Macam tu?" hujah Sapphire.

"Sebab kami berbeza. Aku tak ada pengalaman dengan lelaki, sebab tu aku cepat cair bila dapat special treatment sikit. Tapi, dia banyak pengalaman dengan perempuan, dah jumpa macam-macam perempuan. Jadi dia dah lali. I am no one special."

Serafina masih belum lupa siapa Nickolai.

"Hmm... pernah tak kau macam fikir balik keputusan untuk kahwin dengan Nickolai? Kau rasa kau dah cukup kenal dia ke?"

"Banyak kali dah aku fikir, Saph. Tapi aku masih pilih untuk teruskan. Aku dah cukup kenal Nickolai ke? Bohonglah kalau aku cakap dah. You will never truly know someone. Whenever you think you do, they'll prove otherwise.Sebab sifat manusia memang macam tu. Unpredictable. So, this is a gamble."

Sapphire terdiam.

"I miss him," keluh Serafina.

Baru dua hari dia tak jumpa Nickolai. Kali terakhir jumpa pada hari dia meluah perasaan. Dia pun tak tahu apa yang merasuk sampai-sampai dia nekad untuk jujur tentang perasaannya. Dah jujur, boleh pula dia hempas pintu ke muka Nickolai. Nervous punya pasal.

Waaa! Serafina tekup muka dengan kedua-dua tangan. Tiap kali ingat, tiap kali itulah dia rasa sangat bodoh.

Dan keesokan harinya dia dapat berita daripada Mario yang signorenya itu dah terbang ke London atas urusan kerja. Serafina tak tahu nak rasa lega atau kecewa. Tapi dia anggap ini sebagai peluang untuk mereka bertenang. Sebab dia tahu, ungkapan cintanya itu boleh jadi akan membawa perubahan pada hubungan mereka. Ini dah tak sama macam apa yang dirancang mereka dulu.

"Aku teringin sangat nak tengok rupa Nickolai macam mana. Sepanjang aku buta, ini kali pertama aku rasa betul-betul teringin nak tengok sesuatu. I touched his face before, but I feel like it's not enough. I really want to see his face, his eyes, his smile. Aku... aku dah mula tamak, Saph," luah Serafina lagi. Dia rasa bersalah kerana inginkan sesuatu yang tak mampu digapai. Seperti dia tidak bersyukur pula.

SAPPHIRE (Siri Permata #1)Where stories live. Discover now