BAB 3

10.1K 920 169
                                    

- NOTEDITED-

BAB 3

"Nicko, wake up!"

"Get lost, Mario!" Nickolai mendengus. Benci betul kena kacau pagi-pagi ni.

Mario buat tak peduli. Dia terus menggoncangkan bahu Nickolai supaya Nickolai bangun.

"Signor, percayalah cakap aku. Kau mesti nak tengok benda ni!" Suara Mario kedengaran agak serius. Bukan selalu orang kanannya itu nak serius. Dan bila dia serius, Nickolai tahu pasti bukan sesuatu yang kecil.

Nickolai paksa buka matanya. Dia pandang Mario yang berdiri di sebelah katilnya bersama satu surat khabar.

"Tengok ni." Mario hulurkan surat khabar itu.

Nickolai mengerang perlahan sebelum duduk. Surat khabar disambar kasar. Sebaik sahaja melihatnya, mata Nickolai terus meluas. Terus segar bugar wajahnya.

Gambar dia dan gadis asing semalam.

Should we start dancing in the rain?

Ya, ketika itulah! Posisi ketika itulah yang terpampang jelas di dada akhbar. Bila masa gambar itu diambil? Pandai sungguh timingnya. Siapa yang tengok pasti ingat mereka seperti pasangan romantis. Sedangkan yang jadi, dia cuma mahu menyelamatkan gadis itu daripada jatuh.

Namun, bukan gambar itu yang buat Nickolai terkejut. Tapi tajuknya.

Varano Pilihan Bakal Pewaris D'Ambrusio

The hell?

Laju Nikcolai membaca keratan akhbar yang sungguh seronok mencipta hikayat itu. Pewaris D'Ambrusio yang dimaksudkan itu ialah dia. Menyatakan yang dia akhirnya sudah memilih bakal isterinya dan akan berkahwin tak lama lagi. Gadis bertuah itu bernama Serafina Varano.

Serafina Varano. Yang terbayang di layar matanya kini adalah satu susuk elegan yang sedang menari-nari di dalam hujan. Wajah yang penuh kegembiraan.

"I never know you really had a good time yesterday, signor."

Mata Nickolai mengecil ke arah Mario yang tengah senyum sinis itu. Dah tentu Mario tak akan lepaskan peluang untuk simbah minyak ke api. Bagi tahu dia kenapa dia tak bunuh-bunuh lagi lelaki itu?

Nickolai mendengus kasar.

"Siapa Serafina Varano?" Nickolai bertanya.

Gila! Dia tak pernah kenal siapa perempuan itu dan hari ini timbul berita yang mereka bakal berkahwin. Siapa yang berani sebarkan berita palsu ini? Macam mana boleh terlepas masuk surat khabar?

"Anak perempuan kepada Fabio Varano. Penaung rumah anak yatim yang kau pergi semalam," jawab Mario.

Nickolai menguak rambutnya ke belakang. Rambut bangun tidurnya makin berserabai jadinya. Berfikir. Cuba bertenang. Pagi-pagi dah stres!

Mungkin ini semua angkara musuhnya. Mahu dia terpalit dengan kontroversi. Cuba mengundang fitnah dengan hanya sekeping gambar yang agak provokasi. Gunakan peluang ini untuk serabutkan kepala dia. Dia perlu cari siapa yang nyawanya hanya tinggal sepuluh peratus itu!

"Cari siapa yang tulis berita mengarut ni!" arah Nickolai. Gigi diketap-ketap geram.

"Tak payah susah-susah, signor. Kau pasti kenal siapa wartawan untuk column tu."

Mata Nickolai terus terpaku pada nama manusia bedebah tak sayang nyawa yang bertanggungjawab untuk berita ini. Gara-gara terlajak marah, dia terlepas pandang.

Carlos De Vega.

"Merda! (Shit)" Nickolai renyukkan surat khabar di tangannya. Membayangkan surat khabar itu digantikan dengan batang leher manusia.

SAPPHIRE (Siri Permata #1)Where stories live. Discover now