BAB 13

5.9K 596 112
                                    

-notedited-

BAB 13

Serafina genggam gaun kembang midnight blue yang menjadi persalinan rasmi untuk majlis pertunangannya itu. Tapak tangan rasa berpeluh. Dada diburu rasa gemuruh yang maha hebat.

Tadi dia tak rasa macam ni. Kenapa sekarang? Bukan dia tak pernah hadir majlis besar, tapi kali ini dia yang menjadi tumpuannya. Macam mana kalau dia jatuh tersungkur? Dia takut dia timbulkan masalah dan merosakkan majlis ini gara-gara kecacatannya. Dia tak mahu mencalar imej keluarga Nickolai.

"No... no... no... awak tak perlukan ini!" Suara Bianca kedengaran sedikit tinggi. Tongkat putih yang berada di tangan Serafina itu dirampas. Dia selaku event planner untuk majlis ini mahu memastikan semuanya kelihatan sempurna.

"Tapi saya tak boleh jalan kalau tak ada tongkat." Serafina menggelabah. Kalau tadi rasa gemuruh, sekarang rasa macam nak pengsan. Macam mana dia nak navigasi laluannya kalau tiada tongkat? Ini bukan kawasan yang dia familiar.

"Signorina, awak sangat cantik sekarang. Semuanya dah sempurna. You don't need this. You only need..."

"You only need me, cara mia."

Serafina agak terkejut mendengar suara garau yang tiba-tiba menyampuk itu. Bianca juga. Mereka berdua berpaling ke arah punca suara itu.

"Signor D'Ambrusio." Bianca terus tundukkan kepalanya ke arah Nickolai sebagai tanda hormat.

Tapi Nickolai tak menghiraukan Bianca. Dia yang sudah segak dalam persalinan sut biru gelap melangkah penuh gaya ke arah Serafina. Dipandang bakal tunangnya itu dari atas sehingga ke bawah.

Serafina kelihatan seperti puteri raja dalam persalinan gaun kembang itu. Dia pantas teringat ketika kali pertama mereka bertemu dulu. Tapi kali ini, jauh lebih berseri dan lebih cantik.

Kaki Nickolai berhenti betul-betul di hadapan Serafina. Air muka Serafina tak dapat menyoroknya. Nickolai tahu Serafina sedang gemuruh.

"Bianca is right. You look absolutely stunning now. Only for tonight, discard your cane and rely on me," bicara Nickolai sambil merenung ke dalam anak mata kosong Serafina.

Serafina masih teragak-agak.

"Yes, you are right, signore! Signorina, awak hanya perlukan signore!" Penuh keterujaan suara Bianca. Angguk kepala bersungguh-sungguh sebagai tanda sokongan penuh.

Bianca pada awalnya cuma nak cadangkan supaya Monica yang mengiringi Serafina masuk. Tapi, ini jauh lebih baik! Kedua-dua tangannya disatukan dan dibawa ke tepi pipi, sambil tayang muka penuh dreamy. Membayangkan Nickolai dan Serafina berjalan beriringan.

Sangatlah elok pasangan ini. Dia yakin pasti akan mengundang cemburu para jejaka dan wanita bujang nanti.

"Saya janji saya tak akan biarkan awak sendirian malam ni. Do you trust me, cara mia?" pujuk Nickolai pula. Dia tahu agak melampau permintaannya itu. Meminta Serafina percayakan dia selepas dia menipu gadis itu selama ini.

Tapi Serafina angguk kepalanya. Dia tiada pilihan. Hanya Nickolai yang dia kenal dalam keluarga ini. Dan berada dekat dengan Nickolai buatkan debarnya sedikit berkurangan.

Melihat persetujuan Serafina, bibir Nickolai senyum nipis.

"Tangan awak."

Serafina angkat perlahan tangan kanannya. Dia tak pasti apa yang harus dilakukan sebenarnya. Jadi Nickolai tolong Serafina. Pergelangan tangan Serafina yang berada di udara disambar lalu digenggam lembut. Serafina dapat rasa betapa besar dan kasar tapak tangan Nickolai yang menenggelamkan tangannya.

SAPPHIRE (Siri Permata #1)Where stories live. Discover now