-notedited-
BAB 6
Beberapa minit dia berada di tengah-tengah kumpulan itu, Nickolai mula menyesal kerana bersetuju. Bagi tahu dia, siapa yang dah tua-tua pun masih berebutkan warna benang? Ya, mereka semua! Dia rasa dia bukan sedang memantau sepuluh orang wanita warga emas, tapi sekumpulan kanak-kanak hiperaktif.
Sambil meleraikan pertelingkahan mereka, sambil dia tarik topi supaya terus melindungi wajahnya. Dia masih berjaga-jaga supaya tiada yang cam. Ketika itu, nyaris-nyaris dia seru Mario supaya heret Monica ke situ dengan kadar paling segera.
Tak tahan dia! Macam mana orang lain sanggup jadi sukarelawan kat sini?
Sehinggalah Serafina suruh mereka bertenang dengan suara lembutnya. Seperti seorang ibu kepada anaknya. Dan anehnya, mereka semua patuh. Nampak jelas mereka sukakan Serafina. Nickolai tak nafikan, Serafina memang punya aura yang mendamaikan.
Tanpa sedar, Nickolai senyum sendiri. Sesi pembelajaran dimulakan. Aman sikit selepas itu.
Pap! Tiba-tiba tulang kipasnya dihempuk kuat. Keras tubuh Nickolai dibuatnya.
Did she just...
Kepala ditolehkan ke arah itu dengan pandangan membunuh. Urat timbul di tepi leher menahan tegang. Siapa yang tak sayang nyawa, berani sentuh dia itu?
Mata berlaga dengan seorang wanita tua yang memakai cermin mata bulat tebal. Terkebil-kebil melihatnya. Muka tak bersalah.
"Dia panggil kau." Wanita itu tunjuk ke arah Serafina. Kemudian sambung mengait.
Nickolai tarik nafas dalam-dalam. Nasib baik dah tua. Jadi Nickolai hanya abaikan saja. Ini kalau orang lain, memang tak sempat lihat malam la alamatnya.
"Lorenzo."
Oh, dia Lorenzo!
"Si?" Nickolai berjalan ke arah Serafina.
"Macam mana dengan dia orang semua? Dapat ikut tak?" Serafina ingin tahu.
Nickolai membuang pandang ke arah wanita-wanita tua yang sedang khusyuk dengan benang dan crochet hook mereka itu. Tadi kecoh perang mulut itu dan ini, sekarang semua nampaknya tenggelam dalam dunia sendiri.
"Hmm... they're doing good." Agaknya.
Nickolai sendiri lega. Maksudnya, dia dah tak payah lagi memantau mereka secara dekat. Boleh rehat. Dia tarik kerusi untuk duduk di sebelah Serafina.
"Awak cikgu yang bagus." Nikcolai memuji.
Serafina senyum nipis.
"Tak adalah. Mereka yang cepat belajar. Saya hanya ajar yang asas saja. For beginner," sangkal Serafina. Enggan dipuji.
"Awak nak belajar? Alang-alang tunggu mereka siap, awak boleh isi masa juga. Seronok tau bila pandai mengait."
Nickolai pun, erk?
Belum sempat dia beri apa-apa jawapan, terasa tangannya disentuh Serafina. Gadis itu sedang meletakkan satu batang crotchet hook ke dalam tapak tangannya. Nickolai hanya tenung crotchet hook itu. Sangat kontra dengan tapak tangannya yang besar dan kasar.
Tangannya selalu bermandi darah, memegang pelbagai senjata yang berbahaya tapi ini kali pertama dia pegang crotchet hook. Nak kena buat apa dengan benda ni?
"Lorenzo."
"Hmm?" Pandangan dari crotchet hook beralih ke wajah gadis itu pula.
"You can choose the yarn. What's your favourite color?"
YOU ARE READING
SAPPHIRE (Siri Permata #1)
RomanceSiri Permata #1 (Gemstone Series #1) An Arranged marriage. A revenge. Ini adalah kisah Nickolai D'Ambrusio x Serafina/Sapphire Varano.