-notedited-
BAB 9
Nickolai longgar-longgarkan tali leher maroon yang menjerut lehernya sebelum ditanggalkan lalu dicampak ke tepi. Kemudian kedua-dua lengan baju kemejanya dilipat sehingga ke siku. Dia baru saja habis makan tengah hari bersama salah seorang pelabur di luar.
Kereta mewahnya perlahan menyusuri jalan itu. Di situ ramai yang berjalan kaki dan menaiki basikal, jadi kereta harus diperlahankan untuk mengelak berlaku apa-apa kemalangan. Memandangkan Nickolai pun bukannya nak cepat, jadi dia ambil peluang itu untuk layan saja pemandangan sekeliling yang dipenuhi oleh struktur bangunan yang klasik.
Ikonik Itali.
Telefon berdering mengganggu konsentrasi Nickolai. Nada dering yang sudah bertukar normal, bukan lagi suara minta kaki Mario. Nickolai mencapai telefonnya itu. Melihat nama si pemanggil, satu senyuman kecil singgah di bibir merahnya. Tanpa membuang masa, skrin telefon digesek.
"Larez. ¡Hola! (hello) " sapa Nickolai terlebih dahulu.
"Hola to you too, D'Ambrusio!" balas si pemanggil.
Eidan Larez De La Cruz.
Salah seorang rakan terdekatnya dari Madrid, Sepanyol. Bermula dari hubungan diplomatik di antara D'Ambrusio dan Larez, tapi persahabatan yang tercipta memang tulen. Gara-gara jarak yang memisah, hanya sekali sekala mereka berhubung melalui telefon. Seperti sekarang.
"Hidup lagi kau rupanya, Eidan." Mendatar suara Nickolai. Pandangan dilemparkan kembali ke luar tingkap. Kelihatan ramai kanak-kanak sedang beratur membeli aiskrim.
"¡Disculpe! (Excuse me!) Itu patut keluar daripada mulut aku, tahu? Anyway, I'm glad you're still breathing." Eidan di hujung talian berkata.
Hujung bibir Nickolai terjongket sikit. Tapi dia tak balas apa-apa. Eidan salah seorang yang tahu siapa dia yang sebenar. Tapi layanan lelaki itu kepadanya tetap sama saja. Tak berubah. Tetap menjengkelkan dia tanpa rasa takut diancam atau diugut bunuh seperti orang lain.
"Ada apa kau telefon aku?" soal Nickolai.
"Aku dapat e-mel jemputan ke majlis pertunangan kau."
"Oh, really? Must be a mistake. You don't have to attend, Eidan. I won't mind."
Nickolai bawa ibu jari dan jari telunjuk ke dahinya. Diurut-urut perlahan. Kalau Eidan dapat, maksudnya ramai lagi yang dapat kad jemputannya. Sudah dipesan kepada Cheryl supaya jemputan dihantar pada yang perlu saja. Tak perlu jauh-jauh. Tak perlu ramai. Bukanlah dia tak mahu mengajak Eidan, tapi ini cuma majlis pertunangan.
"Worry not, mi hermano (my brother). You don't trouble me. Lucky you because I'm in Italy now."
"Kat mana?"
"Milan. Larez, S.A (Sociedad Anonima (Corporation)) has a collaboration with Versace. I'm juggling a lot of balls right now. Tapi aku akan pastikan aku tiba di Catania sebelum majlis kau."
"Kau masih belum jumpa datuk kau?" soal Nickolai pula. Tahu kesibukan Eidan itu ada kena-mengena dengan hal itu.
Kedengaran keluhan halus dilepaskan Eidan. Nickolai sudah maklum sahabatnya itu sedang mencari datuknya yang hilang secara tiba-tiba. Dah dua bulan. Datuk Eidan yang merupakan orang terpengaruh di Madrid ghaib begitu saja.
Tinggalkan keluarga. Tinggalkan syarikat. Tanpa sebarang jejak. Tanpa sebab.
Semua jadi huru-hara. Dan sekarang ini, keluarga Larez sedang gigih melakukan damage control untuk menyelamatkan legasi Larez. Lebih tepat lagi, hanya Eidan. Sebab ahli keluarga lain memang tak boleh diharap. Hanya tahu berfoya-foya habiskan harta.
YOU ARE READING
SAPPHIRE (Siri Permata #1)
RomanceSiri Permata #1 (Gemstone Series #1) An Arranged marriage. A revenge. Ini adalah kisah Nickolai D'Ambrusio x Serafina/Sapphire Varano.