BAB 20 | PART II |

13.6K 854 1.4K
                                    

-NOTEDITED-

TW: VIOLENCES! TORTURES!

Di sebuah bangunan terbengkalai, kelihatan seorang lelaki sedang mengerang kesakitan di atas lantai. Wajahnya lebam dan berdarah. Kedua-dua tangan dan kakinya diikat. Dia sedang diawasi oleh dua lelaki bertubuh sasa.

Nickolai mengatur langkah ke arah itu. Kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. Wajahnya tidak berekspresi, namun matanya tajam tertumpu pada lelaki yang sedang mengerekot di atas lantai itu.

Kaki berhenti betul-betul di depan lelaki itu. Lelaki itu mendongak. Meskipun baru lepas dibelasah, bibir bengkaknya masih dipaksa untuk senyum. Sinis.

"Akhirnya aku jumpa jugak kau. Kau yang terakhir," kata Nickolai. Rahangnya diketap kuat. Ikutkan hati, mahu saja dibunuhnya terus lelaki itu, tapi dia punya rancangannya sendiri. Tak mudah dia lepaskan mainannya sebelum dia puas bermain.

Carlos Mancini. Disyaki ada kaitan dengan kebakaran dahsyat enam bulan lepas. Salah seorang pekerja di Orfanotrofio Varano. Disangkakan turut terkorban dalam kebakaran itu, namun ternyata dia berjaya melarikan diri.

"Sejauh mana kau berlari, aku akan kejar kau sampai ke lubang cacing, Carlos. Kau akan bayar apa yang kau dah buat. Macam dua orang kawan kau yang lain."

"Kau nak buat apa? Bunuh aku macam kau dah bunuh dua orang tu?" ejek Carlos.

"Kau buat mati tu macam perkara ringan. Sebab tu kau teragak-agak bunuh dua puluh lima orang yang tak bersalah. Mungkin sebab kau belum rasa azab sebelum mati."

"Aku tak takut mati."

Nickolai angguk-angguk kepala.

"Of course. Bila kau kena tengkap, kau mesti dah boleh agak nasib kau. Aku pasti akan bunuh kau. Well, kau memang betul. There's no way you'll be alive after tonight."

Nickolai duduk mencangkung. Rahang lelaki itu dicekup kasar supaya mendongak ke arahnya.

"But... I do not just enjoy the killing. I enjoy the thrill of sending the scums like you to hell too. I enjoy playing with my preys. And when I kill them, often because they ask for it." Nickolai menolak kasar wajah lelaki itu.

"What should I do to you? What should I play with tonight?"

Nickolai memandang anak buahnya. Dia yang faham terus menghidupkan satu obor api. Diserahkan kepada Nickolai.

"Kau... kau nak buat apa?" Mata sedikit bergetar.

Tak takut mati konon! Nickolai senyum sinis.

"Lelaki pertama, dia hina tunang aku sebab buta. Jadi aku korek kedua-dua belah mata dia dengan pisau. Paling tidak, dia kena rasa macam mana jadi buta sebelum dia mampus. Lepas tu, aku bagi peluang untuk dia larikan diri. Dengan syarat, jangan lari ke arah aku. Tapi, dia tetap lari ke arah aku, walaupun aku dah bagi amaran."

"Every time he ran to me, I smashed his head to wall. See... it's not easy to live without eyesight. Then why did he take it so lightly? He should keep his mouth shut. Later... he asked me for a mercy, so I decided to show him my mercy. I directly sent him to hell. I shot him here." Nickolai ketuk-ketuk ruang di antara kening Carlos.

Carlos telan liur.

"Lelaki kedua, dia cerita macam mana dia dan rakan-rakan subahat dia bunuh mereka semua. Dia selaku tukang masak letakkan ubat tidur dalam hidangan makan malam mereka. Dan bila mereka tidur, mereka dibunuh dengan menghidu gas beracun karbon monoksida. Semua sistem pengudaraan ditutup. Mereka meninggal dalam masa dua jam."

SAPPHIRE (Siri Permata #1)Where stories live. Discover now