BAB 10

8.5K 653 101
                                    

-NOTEDITED-

BAB 10

Nickolai dan Serafina sedang berehat di sebuah taman berdekatan. Tempat itu lebih terbuka dan jauh daripada mata-mata orang. Semua risalah sudah habis diedar. Macam mana? Senang saja.

Nickolai hanya tekan-tekan telefonnya. Tak sampai sepuluh minit, berbaris sepuluh anak buahnya di depannya. Dia tak mahu tahu macam mana caranya. Yang dia mahu tahu, semua risalah itu licin, termasuklah yang berada di tangan wanita tua, ibu kepada pemilik kedai itu.

Dan anak-anak buahnya semestinya tidak mengecewakan. Hanya lima minit sahaja masa yang diperlukan untuk laksanakan tugas mereka.

"Sekarang dah pukul berapa?" Serafina memecahkan keheningan di antara mereka.

Nickolai pantas mengerling jam di tangannya.

"Dua petang."

Waktu-waktu sebegini memang kurang sibuk di kawasan itu. Kebanyakan kedai ditutup dari pukul satu sehingga pukul empat petang. Yang aktif selalunya kedai-kedai besar atau kedai makan. Orang luar memanggilnya sebagai siesta time atau masa untuk tidur tengah hari. Tapi kenyataannya, di Itali bukan begitu.

Siesta itu sendiri daripada perkataan Sepanyol. Di sini, mereka memanggilnya pausa pomeridiana (afternoon break). Sama saja dengan waktu rehat tengah hari di negara lain, tapi lebih panjang. Memang ada kedai-kedai yang tutup, tapi bukanlah untuk tidur semata. Selalunya mereka tutup kerana waktu-waktu begini pelanggan kurang. Mereka juga manfaatkan masa ini untuk lakukan urusan lain.

"Terima kasih, Lorenzo, sebab tolong saya. Kalau tak, saya tak tahu bila boleh habis." Serafina berterima kasih.

Lorenzo sangat pandai memujuk orang-orang di situ. Dia sendiri tak sangka sekejap sahaja risalah mereka habis. Serafina harap jualan di bakeri itu semakin meningkat selepas ini.

"You're welcome."

Nickolai melihat tangan Serafina meraba-raba di atas meja kayu itu. Dan bagaikan tahu, dia menolak perlahan cawan plastik yang terisi separuh iced lemonade ke arah Serafina. Bila terasa hujung jari menyentuh sesuatu yang sejuk, Serafina mencapainya lalu menghirup perlahan untuk hilangkan dahaga.

"Saya lupa nak tanya. Awak dari mana? Tempat kerja?" Suara halus Serafina berbunyi lagi.

"Yup. Saya kena balik sebelum pukul tiga." Nickolai masih santai. Lambat lagi. Waktu rehat pejabatnya memang dua jam.

"Awak kerja kat mana? Kalau awak tak kesah saya tanya."

"D'Ambrusio Corporation S.r.l. (Sociata a responsabilita limita (limited libiality company (LLC)) HQ." Nickolai guna peluang itu untuk jujur.

Sunyi.

Mata Nickolai tepat pada wajah gadis di sebelahnya itu, mahu melihat reaksinya. Serafina nampak sedikit terkelu. Seperti tidak menyangka.

"Awak tahu siapa saya?" tanya Serafina pula.

"Of course. Awak bakal tunang Nickolai D'Ambrusio. Awak berdua akan bertunang hujung minggu ni."

Serafina diam.

"So, how's your feeling? How do you feel about this engagement? Saya tak pernah tahu yang Nickolai bercinta dengan awak selama ni," soal Nickolai. Bila dia sebagai Lorenzo, dia boleh tahu perasaan sebenar Serafina tanpa perlu gadis itu rasa canggung atau segan dengannya.

"Saya tak bercinta dengan dia. Keluarga kami yang aturkan," balas Serafina. Jujur saja. Tiada apa-apa yang perlu disorok. Dan entah kenapa, dia rasa semua orang juga dapat mengagaknya.

SAPPHIRE (Siri Permata #1)Where stories live. Discover now