BAB 4

30 3 0
                                    

          Sedang Tengku Fayyadh meneliti beberapa fail resume yang telah diterima oleh syarikatnya dari beberapa calon yang berkelayakan dengan jawatan yang ditawarkan, butang interkom biliknya berbunyi.

         "Ye Indah, ada apa?" Soal Tengku Fayyadh kepada pembantu peribadinya. 

        "Tengku, Cik Adelia ada di depan. Dia nak jumpa Tengku." Beritahu Indah 

         "Okey suruh dia masuk." Butang interkom dimatikan. 

         Beberapa saat kemudian pintu biliknya terkuak dari luar dan kelihatan Adelia sedang berjalan dengan lenggang lenggoknya. Dengan berbaju blouse dan skirt yang agak senteng. Berbulu mata Indah tengok pemandangan yang kurang menyenangkan itu.

         Adelia melabuhkan duduknya di sofa yang terletak di dalam bilik Tengku Fayyadh dengan kakinya yang bersilang.

         "You buat apa dekat office I ni?" soal Tengku Fayyadh kepada kekasih hatinya. 

          " I dari butik sebelah bangunan office you ni so alang-alang I dah lalu I singgah lah sini nak jmpa buah hati I takkan tak boleh. You busy ke?"

          Adelia menghampiri Tengku Fayyadh yang sedang fokus dengan kerjanya. 

          "I busy hari ni Del. I need to interview a new staff for my company today. Maybe next time we spend time together. I transfer you duit nanti then you pergi lah shopping dengan Sherry or whatever you want to do ok?" 

           Ujar Tengku Fayyadh seraya kembali fokus menghadap fail ditangannya.

            Senyuman menggoda diberikan kepada Tengku Fayyadh apabila dia ditawarkan duit oleh Tengku Fayyadh tadi. Semudah itu untuk memujuk si kekasih hatinya dengan hanya menawarkan sejumlah wang dah selesai.

           Bagi Tengku Fayyadh wanita yang mendampinginya hanya mata duitan. Semua wanita sama sahaja hanya cintakan duitnya bukan dirinya. 

Mrs. Tengku Fayyadh Alzaidan [COMPLETE]Where stories live. Discover now