BAB 28

29 4 0
                                    

             "Abanggg......"

              Kejut Alyssa. Dia berasa sangat lapar. Jam dikerling sekilas. Sudah pukul 2 pagi.

             "Hmmm"

             Di pandang Tengku Fayyadh yang begitu lena tidur tanpa baju dan mendedahkan sebahagian dadanya yang bidang. Dia hanya mengeliat dan kembali memejamkan matanya. 

             Alyssa mengeluh perlahan. Susah betul nak kejut singa jadian ni bangun tidur tahu.

            "Abang baby....." Panggil Alyssa lagi serta dilunakkan suaranya. 

            Tengku Fayyadh seperti terbuai dengan panggilan itu semakin hanyut ke alam mimpi.

            "Arghhhhhhhhhh"

            Jerit Tengku Fayyadh apabila terasa berdenyut telinganya. Alyssa menggigit telinganya geram.

            Terus bangun duduk terpacak di atas katil akibat terkejut dengan gigitan kasih sayang isterinya. Padan muka susah sangat nak bangun kan.

           "Kenapa sayang gigit telinga abang pagi-pagi buta ni? Orang lain dah tidur lah. Sayang ni nak manja pun bagitahu lah elok-elok ini tak digigitnya telinga orang. Kalau putus macam mana? Dah tak handsome suami sayang nanti." 

           Panjang dibebelnya walaupun dengan mata yang masih tertutup.

           Terasa membahang wajah Alyssa walaupun di dalam gelap. Dihempuknya pulak kepala suaminya dengan bantal. Hang ni memang ada ciri-ciri nak jadi isteri derhaka kan Alyssa. 

          "Ya Allah sayang." 

          Terbuka luas matanya apabila menerima serangan mengejut lagi daripada Alyssa.

         "Abang lah pagi-pagi buta duk mengarut apa. Padan muka kan dah kena."

         "Awak yang kacau tidur abang tau. Kenapa ni?" Terpisat-pisat matanya.

         "Sayang lapaq lah." Sambil menggosok perut. 

         Terasa bersalah pula apabila kejutkan suaminya hanya kerana dia lapar. Dia ingin ke dapur tetapi gelap dan dia agak penakut. Oleh sebab itu dia terpaksa kejutkan juga Tengku Fayyadh untuk menemaninya ke dapur. 

         Dikerling jam di atas meja sebelah katilnya.

         "Pukul 2 pagi sayang. Tak pernah pulak sayang lapar waktu-waktu macam ni."

         Di dalam samar-samar cahaya lampu dari luar kelihatan tubir mata Alyssa sudah bergenang.

          Gelabah Tengku Fayyadh melihat kolam mata isterinya hanya menunggu masa timpa ke pipi.

         "Kenapa ni sayang? Abang mintak maaf kalau kata-kata abang buat sayang terasa." Segera diseka air mata itu.

          "Come. Abang masakkan untuk sayang ok. Sayang nak makan apa bagitau abang. Jom kita ke dapur."

         Disedut kembali sisa hingus dan dilap ke badan suaminya. Haih redha lah sayang bini kan.

         Dicium kelopak mata Alyssa sebelum mereka mengatur langkah untuk ke dapur.

        "Abang masak lah apa-apa sayang makan ja sebab lapaq sangat tak boleh pikiaq dah." 

         Alyssa terasa kepalanya seperti berpusing tapi digagahi juga kerana tidak dapat melelapkan mata akibat perutnya minta untuk diisi.

        "Abang masakkan pasta untuk sayang ok ke?" Soal Tengku Fayyadh.

        "Boleh jugak."

        Alyssa hanya memandang suaminya yang sedang menyiapkan hidangan walaupun ketika manusia lain sedang diulit mimpi indah tetapi dua makhluk ini masih didapur menunggu makanan. 

       "Siap. Cuba sayang rasa."

        Alyssa seperti kanak-kanak riang yang mendapat gula-gula apabila makanan terhidang dihadapannya. Tetapi hanya 1 pinggan.

       "Gracias abang. Te amo." Sambil memberikan 'flying kiss' kepada suaminya.

       "You're welcome sweety. As long as my wife happy I'm happy too."

       "Mana abang punya?" Soalnya.

       "1 pinggan cukup. Kita share boleh?" Pintanya.

       "Sayang suap abang ok." 

       Dia mengangguk.

      "Sedap lah abang. Pandainya abang masak. Sayang tak tau pun abang boleh masak."

      Licin sepinggan pasta dikerjakan oleh suami isteri ini. Lalu dibawa ke sinki dan mencucinya.

      "Let's go to sleep baby." Ajak Tengku Fayyadh sambil berpimpin tangan mengatur langkah ke bilik mereka kembali. 

       "Jom!" Jerit Alyssa lalu melompat naik kebelakang tubuh Tengku Fayyadh. 

       "Aduhh. Slow-slow lah sayang kang cium lantai kita dua. Dah macam tong drum dah." 

        Entah kejutan ke berapa untuk malam ini buat Tengku Fayyadh.

       "Abang nak cakap sayang gemuk ka? Nah ambik ni rasakan."

       Alyssa menggeletek pinggang suaminya sehingga tidak cukup nafas dibuatnya.

       "Jatuh nanti sayang. Sudah cukup-cukup." Akhirnya Tengku Fayyadh mengalah bersama nafas yang sudah dihujung-hujung. Kang ke hospital pulak dia.

          

      

Mrs. Tengku Fayyadh Alzaidan [COMPLETE]Where stories live. Discover now