Hari kedua buat Alyssa di tempat kerjanya sudah membuat onar. Dia terlewat hampir setengah jam gara-gara jam locengnya tidak berbunyi.
"Alamak aku dah lambat sangat ni. Mati lah aku macam ni hari kedua dah buat masalah."
Jeritnya apabila tersedar jam locengnya kehabisan bateri. Sepantas kilat Alyssa bersiap ala kadar dan bergegas meluru ke arah train yang akan bergerak tidak lama lagi. Nasibnya baik apabila pintu train itu masih terbuka semasa dia berlari tadi.
"Habis lah aku. Mau pakcik beku tu pecat aku hari ni jugak." Alyssa hampir menitiskan air matanya apabila mengenangkan bossnya yang hati kering itu.
Ketika Alyssa ingin melintasi jalan untuk ke office, secara tiba-tiba sebuah kereta sedan meluncur dengan laju dan hampir melanggarnya.
Dia memejamkan mata apabila merasakan dirinya melayang ke udara tetapi dia tidak dilanggar. Aneh. Saat Alyssa membuka matanya dan...
Gulp!
Jantungnya bagai ingin meloncat keluar apabila melihat gerangan yang sedang memeluk pinggangnya kemas.
" Kau ni memang tak pandai melintas jalan ke? Dari semalam semua benda kau nak langgar. Jalan tu pakai mata bukan lutut."
Tengku Fayyadh memulangkan paku buah keras.
Alyssa sedar akan kecuaiannya sendiri. Dia lekas merungkaikan pegangan Tengku Fayyadh di tubuh seraya menjarakkan dirinya.
"Saya minta maaf Tengku. Silap saya jalan tak tengok kiri kanan." Sambil menunduk terlihat kasutnya yang agak pelik.
"Ya Allah.. Apa lah nasib aku hari ni. Sampai pakai kasut sebelah lain pun tak perasan."
Alyssa menggumam sendirian apabila mengenangkan nasibnya hari ini.
Tengku Fayyadh juga mengerling ke arah kasut staffnya itu.
"Apahal minah ni pakai kasut sebelah lain? Fesyen sekarang ke atau aku yang terlalu ketinggalan dalam fesyen ni." soalnya di dalam hati.
" Kau dari mana sebenarnya ni?"
Alyssa terkulat-kulat mendengarkan soalan bossnya itu.
"Err... Sa.. Sayaa.." Tergagap-gagap Alyssa ingin menjawab.
"Kau dari mana?!" Sergah Tengku Fayyadh.
"oh boss hang singa jadian."
Disebabkan Alyssa terperanjat dengan sergahan itu dia terlatah dan tanpa sengaja telah mengetuk kepala bossnya dengan fail yang dipegang.
"Aduhh. Sakit matt. Kau ketuk kepala aku kenapa?"
Tengku Fayyadh mengaduh kesakitan.
"Allah.. Sor..sorry Tengku saya tak sengaja saya terkejut Tengku gempaq lagu tu. saya minta maaf sangat-sangat Tengku tolong jangan pecat saya. Saya baru nak mula kerja. Ampun Tengku ampunn."
Pinta Alyssa sambil menunduk memintal hujung tudung bawal yang dipakainya.
"Aku tanya je kau dari mana apa yang susah sangat kau nak jawab." Tengku fayyadh menggosok kepalanya yang berasa sedikit bengkak.
"Se..se..sebenaqnya saya ba..baru sampai office. Saya terlajak tadi."
Alyssa menjelaskan kenapa dia masih disitu dan bukannya di dalam pejabat.
"Kau ni baru hari kedua dah buat hal. Dah masuk. Lain kali jangan buat lagi. Faham?"
Mereka beriringan ketika memasuki kawasan lobi. Banyak mata-mata yang memandang mereka berbisik sesama sendiri apabila mereka dua melewati staff-staff yang lain.
Tengku fayyadh berjalan mendahului Alyssa dan memasuki ruangan bilik kerjanya. Alyssa menghela nafas lega apabila boss singanya itu berbaik hati hari ini dengannya. Sekurang kurangnya dia tidak kena pecat pada hari keduanya bekerja itu sudah memadai.
"Eh.. Lyssa akak ingatkan kamu dah resign hari ni tak masuk. Kamu ke mana ni lewat masuk office. Siap datang sekali dengan Tengku tu."
Usik Indah sambil menayangkan sengihan kerang busuknya.
"Apa kak ni. Saya terlambat bangun hari ni. Jam loceng boleh pulak habis bateri pagi ni. Kalut-kalut tadi terserempak Tengku kat bawah. Tu yang kak nampak macam kami naik sekali."
Alyssa tidak menceritakan apa hal sebenar yang telah terjadi ke atas dirinya sebentar tadi.
"Kak Indah tak boleh tau ni pasal kejadian tadi. Kalau tau masak aku kena bahan seminggu." Gumamnya sendiri.
YOU ARE READING
Mrs. Tengku Fayyadh Alzaidan [COMPLETE]
RandomNur Ayla Alyssa seorang gadis kampung yang berasal dari utara semenanjung. Mula berhijrah ke kota apabila diterima bekerja di salah sebuah syarikat terkemuka di bandar. Tengku Fayyadh Alzaidan seorang jejaka beku yang workaholic dan "playboy". P...