"Ehh kamu tahu model terkenal apa nama dia ye alaa lupa pulak mama."
Suara Puan Zahirah memecah kesunyian tiba-tiba ketika mereka sekeluarga berkumpul di ruang tamu dihujung minggu.
"Adelia ma." Sampuk Tengku Aleesya Zenia.
"Haa betul Adelia. Tengok ni teruk ye dia accident. Katanya kereta dia hilang kawalan dekat atas highway terus langgar divider."
Puan Zahirah menunjukkan berita mengenai kemalangan seorang model terkenal kepada menantunya.
Alyssa mengerling ke arah Tengku Fayyadh disebelah sengaja ingin melihat reaksi suaminya itu.
Tengku Fayyadh hanya menayangkan wajah bodohnya malas ingin berbahas tentang berita yang tidak menarik.
Tiba-tiba dia menarik senyuman sinis sambil matanya menghala ke arah televisyen yang memaparkan berita tentang kematian Adelia.
"Awat abang sengih seram macam tu? Tak ketahuan punca abang ni." Sergah Alyssa dengan menampar lembut peha suaminya.
Tengku Fayyadh hanya melemparkan senyuman manis buat Alyssa seraya mengusap lembut perut isterinya itu yang hanya menunggu masa untuk melahirkan cahaya mata mereka.
Dia baring di atas ribaan Alyssa serta memusingkan wajahnya lalu dicium perut dan diurut pinggang mak buyung seorang itu.
Merona merah wajah Alyssa diperlakukan begitu dihadapan mertuanya.
"Apa abang ni malu lah mama papa tengok. Memang tak tau malu betul abang ni."
"Biarlah bukan buat maksiat pun halal kan." Kan dah cakap dia ni memang dah putus urat malu agaknya main bedal tak tengok kiri kanan dah suka hati dia saja.
Tengku Ziddan dan Puan Zahirah simpan senyum dan berpura-pura tidak melihat apa yang dilakukan kedua anak menantu mereka itu.
"Tadi awak cakap ada beli pokok baru kan. Jom lah kita tengok entah jadi apa dah kang tak tertanam pulak pokok tu."
Tengku Ziddan bersuara seraya bingkas bangun sengaja ingin memberikan ruang buat anak menantu bermesra. Sekali-sekala apa salahnya sebelum menantunya berpantang lama nanti.
"Haah lah abang lupa pulak saya abang tolong saya angkatkan pasu ye. Tak terangkat saya pasu tu berat sakit pinggang saya."
Puan Zahirah mengekori langkah suaminya.
"See mama papa faham lah anak menantu dia orang ni nak spend time together before welcoming our little one ni."
Dicium bertalu-talu perut yang memboyot itu.
Alyssa tertawa kegelian dengan perilaku suaminya itu. Syukur diberikan peluang untuk merasa kebahagiaan ini. Semoga kebahagiaan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Sampai sekarang dia masih tertanya-tanya siapa yang ingin mencederakannya tempoh hari. Tengku Fayyadh juga hanya diam sejak peristiwa itu berlalu. Ingin ditanya kepada suaminya itu takut pula jadi dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa sebarang jawapan.
Semoga rumah tangganya terpelihara dari manusia yang berniat jahat terhadap mereka sekeluarga.
YOU ARE READING
Mrs. Tengku Fayyadh Alzaidan [COMPLETE]
RandomNur Ayla Alyssa seorang gadis kampung yang berasal dari utara semenanjung. Mula berhijrah ke kota apabila diterima bekerja di salah sebuah syarikat terkemuka di bandar. Tengku Fayyadh Alzaidan seorang jejaka beku yang workaholic dan "playboy". P...