Sesampainya mereka ke kampung halaman Alyssa terus mereka menuju ke hospital di mana ibunya dirawat. Kelihatan Tuan Hashim sudah menunggu diruangan kaki lima wad sedang mundar mandir bersama adik bongsunya di sebelah.
"Kakngah!"
Jerit Andika dari kejauhan sudah terpandangkan kakak kesayangannya itu. Berlari-lari anak dia mendapatkan Alyssa.
"Assalamualaikum ayah. Ibu macam mana? Ada perkembangan dak?" Soal Alyssa risau akan keadaan ibunya di dalam.
"Waalaikumusalam."
Salam dijawab.
Mereka bersalaman dan berpelukan. Tengku Fayyadh memimpin Alyssa dan membantunya melabuhkan duduk di kerusi berdekatan.
Tuan Hashim mengeluh.
"Macam tu lah keadaan ibu. Tak dak perkembangan masih dalam pemantauan doktor lagi. Tadi doktor ada explain keadaan ibu. Ada pendarahan yang serius dalam kepalanya akibat hentakan yang kuat semasa kemalangan tempoh hari itu yang menyebabkan ibu masih tidak sedarkan diri."
Terang Tuan Hashim dalam sebak.
Terlihat air mata Alyssa bergenang di tubir matanya. Dia rindukan ibunya walaupun pelbagai rintangan yang telah dia lalui lebih-lebih lagi dengan layanan ibu dan kakak terhadapnya.
Alyssa masuk ke dalam ruangan yang menempatkan ibunya. Kelihatan wayar berselirat di tubuh Puan Aishah menambahkan lagi duka di hatinya.
Terasa sebak menjalar ke seluruh tubuhnya melihat keadaan ibunya ketika ini.
"Maafkan Lyssa ibu. Maafkan Lyssa sebab tak jenguk ibu dan tak pedulikan keadaan keluarga. Lyssa rasa berdosa dengan ibu dengan ayah. Maafkan Lyssa bu." Tersesak-esak tangisan Alyssa kedengaran.
Alyssa melabuhkan duduknya disamping Puan Aishah dan menggapai tangan ibunya itu lalu mengucupnya bersama linangan air mata di pipi.
Perasaan bersalah mula menyelubungi diri setelah apa yang berlaku terhadap keluarganya kini.
Tengku Fayyadh memeluk bahu isterinya perlahan-lahan agar tidak hanyut dalam perasaan bersalahnya.
"It's not your fault sayang. Semuanya sudah takdir yang tertulis buat ibu dan kakak. Don't be sad it's not good for you and baby. Nanti baby pun sedih macam mummy dia." Pujuk Tengku Fayyadh.
Alyssa merenung wajah pucat Puan Aishah dengan kepala yang berbalut lalu diusap pipi yang cekung itu.
"Ibu kuat tau berjuang untuk sembuh. Ibu nak tengok cucu ibu kan ibu kena lah bangun cepat nanti ibu boleh main dengan cucu ibu ni. Cucu ibu pun tunggu ibu tau. Ibu bangun okey. Ibu kan kuat" Pesan Alyssa sebak.
Tuan Hashim yang melihat anaknya itu juga tidak mampu menahan sebak di hati. Dia bercekak pinggang menahan perasaan. Bergenang tubir matanya lalu cepat-cepat dia melarikan pandangan ke atas agar air matanya tidak mengalir. Dengan harapan tiada siapa yang melihat dia sedang lemah ketika ini.
Tengku Fayyadh perasan akan air mata yang jatuh di pipi Tuan Hashim lantas menghulur sapu tangannya lalu menepuk perlahan bahu bapa mertuanya itu.
"Ayah rasa ayah memang bapa yang tak guna untuk anak-anak ayah." Luah Tuang Hashim kepada menantunya itu.
"No you're not. You're such a great father for them. Ayah dah buat yang terbaik sebagai bapa buat anak-anak ayah. Yad kagum dengan ayah dapat besarkan semua anak-anak ayah dengan jayanya. Hasil didikan ayah semua baik. Terima kasih ayah dah bagi didikan yang terbaik untuk isteri Yad." Puji Tengku Fayyadh ikhlas.
Tuan Hashim tersenyum nipis mendengarkan ucapan menantunya.
"Hang jaga lah anak ayah tu baik-baik macam nyawa hang. Bagi didikan yang sepatutnya untuk dia. Ayah mintak maaf bagi pihak anak ayah kalau ada terkurang dari Alyssa dalam melayan hang sebagai suami dia."
"Ayah jangan risau Yad akan jaga Alyssa lebih dari nyawa Yad sendiri. Yad terlalu sayangkan Alyssa dan Yad tak nak kehilangan dia ayah." Janji Tengku Fayyadh.
Sedang ralit memerhatikan Alyssa menguruskan ibunya akhirnya masing-masing tenggelam di dalam lamunan.
Sedar-sedar Tuan Hashim dan Tengku Fayyadh sudah tiada di ruang bilik ibunya. Entah bila dia terlelap pun dia tidak sedar. Pinggangnya terasa sengal akibat duduk terlalu lama.
Alyssa menyiapkan diri untuk menunaikan solat asar yang sudah hampir ke penghujung kemudian dia ingin mencari suami dan ayahnya yang telah menghilang sejak tadi.
YOU ARE READING
Mrs. Tengku Fayyadh Alzaidan [COMPLETE]
De TodoNur Ayla Alyssa seorang gadis kampung yang berasal dari utara semenanjung. Mula berhijrah ke kota apabila diterima bekerja di salah sebuah syarikat terkemuka di bandar. Tengku Fayyadh Alzaidan seorang jejaka beku yang workaholic dan "playboy". P...