Setibanya Alyssa di stesen bas bandar metropolitan itu, dia dijemput oleh Inara rakan baiknya sejak di bangku sekolah lagi. Inara telah bekerja dan menetap di bandar sejurus habis pengajiannya.
"Ni ja ka barang hang bawak lyssa?"
Soal Inara seraya membantu Alyssa untuk mengangkat beg pakaiannya yang dibawa.
"Ha laa buat apa bawak banyak-banyak baju. Aku ni baru nak mai interview ja dulu. Bukan masuk kerja terus." Balas Alyssa.
"Kita pi makan dulu nak? Aku lapaq ni tunggu hang dari tadi aku tak makan lagi. Hang pun mesti tak makan lagi kan?"
Inara mengajak Alyssa untuk makan tengah hari di restoran berdekatan.
Alyssa mengangguk.
" Aku pun lapaq jugak ni. Jom lah kita pi makan dulu. Hang belanja aku kan?" Seloroh Alyssa kepada temannya itu sambil menayangkan giginya yang tersusun cantik.
"Hang jangan risau lah aku belanja hang. Aku tau hang memang suka kikis duit aku."
Selamba Inara mengenakan Alyssa. Terletus tawa Alyssa apabila mendengarkan tuduhan Inara itu.
"Dak aih aku melawak ja. Hang pun tau aku suka ngusik hang."
Jelas Alyssa sambil menyiku si rakan.
"Aku pun melawak ja lah. Tapi yang belanja tu aku tak melawak nah. Sungguh-sungguh memang aku nak belanja hang tau."
Mereka ketawa keriangan sambil berpelukan sepertinya ingin melepaskan rindu masing-masing yang terbuku sejak sekian lama tidak bertemu.
Sesampainya ke restoran pilihan mereka, kelihatan agak ramai manusia yang sedang menikmati di restoran itu memandangkan sekarang waktu rehat bagi pekerja pejabat.
Alyssa dan Inara masih memerhati menu yang ada di hadapan mereka.
"Ishh. Nara hang pilih lah makanan apa yang hang rasa sedap. Aku tak biasa makan makanan macam ni. Maklum lah duk kampung makan lauk kampung ja."
Bebel si Alyssa kepada rakan baiknya itu.
Setelah mereka selesai menikmati makanan yang dipesan, mereka pun ingin beransur pulang ke rumah sewa Inara yang terletak di pinggir kota memandangkan masing-masing pun sudah kepenatan.
Mereka tiba di rumah sewa hampir senja. Inara melangkah masuk ke dalam rumahnya diikuti Alyssa dari belakang.
"Hang buat macam rumah hang sendiri lah Lyssa. Bukan ada orang lain pun. Tu bilik hang kat tengah tu tau. Sorry lah ni ja aku mampu tolong hang kat sini dengan bilik yang seberapa ni."
Inara melabuhkan duduknya di sofa ruang tamu.
"Ish ni pun dah cukup banyak hang tolong aku tau. Terima kasih daun keladi Nara. Lain kali boleh tolong lagi."
Inara mencampakkan bantal kecil yang tersedia di sofa kepada Alyssa. Alyssa mengekek ketawa seronok mengenakan si teman.
Selesai membersihkan diri dan menunaikan solat, Alyssa mengemaskan barang-barangnya masuk ke dalam almari yang tersedia di biliknya itu.
"Ahh letihnya badan. Lenguh duk atas bas tadi pun tak hilang lagi." Alyssa merungut sendirian.
"Aku nak kena prepare untuk interview esok ni. Nak pakai baju apa ya esok?"
Alyssa bermonolog sendiri.
"Hmm fail resume dengan sijil-sijil dah lengkap. Kena buat homework sikit study pasai syarikat ni kot esok kena tanya macam mana boleh tau pasai syarikat ni ka haa mampoih nak jawab."
Jam dikerling sekilas menunjukkan pukul 10 malam.
"Baik aku tidoq awai esok takut tak jaga pulak haa naya pak karim." Alyssa mengunci jam telefonnya pukul 6 pagi agar tidak terlambat untuk dia mempersiapkan dirinya sebelum temuduga esok hari.
YOU ARE READING
Mrs. Tengku Fayyadh Alzaidan [COMPLETE]
CasualeNur Ayla Alyssa seorang gadis kampung yang berasal dari utara semenanjung. Mula berhijrah ke kota apabila diterima bekerja di salah sebuah syarikat terkemuka di bandar. Tengku Fayyadh Alzaidan seorang jejaka beku yang workaholic dan "playboy". P...