Dengan lafaz Basmallah Alyssa memasuki ruang temuduga itu dengan perasaan bercampur baur. Dapat dilihat seorang lelaki yang melabuhkan duduknya di kerusi besar dan empuk sambil membelakanginya. Seperti rama-rama di dalam perutnya sedang menari kegelisahan apabila mata mereka bertembung.
Tengku Fayyadh memusingkan kerusinya dan tergamam apabila melihat gadis yang dihadapannya itu ialah gadis yang dilanggarnya sebentar tadi.
Jantungnya bagaikan di pam dup dap dup dap.
"Aduh dah kenapa jantung aku laju sangat ni."
Masing-masing membatukan diri.
"Ehem."
Tengku Fayyadh berdehem apabila dirasakan agak lama mereka berkeadaan seperti itu. Alyssa juga bagaikan tersedar dari mimpi. Cepat-cepat dia mengalihkan penglihatannya ke arah lain.
"Sila duduk. Kau nak berdiri di situ sampai office ni roboh ke?"
Perli Tengku Fayyadh kepada Alyssa. Berdesing telinganya apabila diperli sebegitu oleh lelaki dihadapannya itu.
"Terima kasih."
Ucap Alyssa dan Perlahan-lahan duduk di kerusi berhadapan Tengku Fayyadh.
"Jadi awak lah orang yang saya akan interview hari ini ya?" sambil tersenyum sinis kepada Alyssa.
"Okay please introduce youself."
Bermula lah sesi perkenalan diri dalam temuduga tersebut antara Alyssa dan Tengku Fayyadh.
Tengku Fayyadh membelek resume dan sijil-sijil kepunyaan Alyssa.
"Not bad. "
Dia melemparkan fail itu ke arah Alyssa
"Aku nak kau jadi pembantu peribadi aku." Ujar Tengku Fayyadh.
"Huh?"
Alyssa terkebil-kebil.
" Err..tapi jawatan yang saya apply bukan pembantu peribadi tuan."
"Siapa tuan?" Soal Tengku Fayyadh.
"Ehh..sorry Tengku." Alyssa menunduk.
Butang interkom ditekan.
"Indah awak masuk kejap."
"Baik Tengku." Balas Indah dan segera ke ruangan bilik Tengku Fayyadh.
"Awak prepare tempat budak kenit ni as my PA. But you're still my PA."
Tengku Fayyadh memberi arahan kepad Indah.
" Baik Tengku."
"And you." Sambil menunjukkan kepada Alyssa.
"Kau akan mula kerja hari ini."
Indah tersenyum melihat Alyssa yang terkulat-kulat di sebelahnya.
"Dia panggil aku apa tadi? Kenit?? Wah ni kenit bukan sebarang kenit ya..tunggu hang. Mentang-mentang hang boss sesedap rasa panggil aku kenit ya."
Alyssa mengetap bibir apabila di ejek sebegitu oleh bossnya.
"Jom akak bawak awak ke tempat awak."
Lalu mereka beriringan keluar dari ruangan bilik Tengku fayyadh.
"Tengku tu kurang kasih sayang ka Kak Indah? Muka ketat semacam. Ishh rasa macam nak ganyang muka tu."
Sambil melakukan gaya seperti sedang membelasah Tengku Fayyadh. Indah ketawa mengekek apabila melihat gaya Alyssa bagaikan sedang bertarung di WWE.
Tanpa mereka sedari Tengku Fayyadh sedang memerhatikan mereka di satu sudut. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya melihat mereka berdua sedang ketawa riang masing-masing.
"Shhhh.. Jangan cakap macam tu nanti Tengku dengar habis kita" Bisik Indah.
Dia meletakkan jari telunjuknya ke bibir mengingatkan Alyssa tentang boss mereka yang beku itu. Walaupun hakikatnya Tengku Fayyadh sudah mendengar apa yang dibicarakan mereka sebentar tadi.
Alyssa menekup mulutnya. Sedar akan kelancangan mulutnya yang mengata boss barunya itu.
"Sat gi tak pasai baru kerja separuh hari dah kena pecat." Dia menggumam dalam hati.
"Apa-apa yang tak faham jangan segan-segan nak tanya akak ye. Akak ada je kat sebelah ni ha."
Pesan Indah kepada Alyssa.
"Baik akak. Terima kasih sangat dah tolong Lyssa banyak kat sini. Nanti gaji Lyssa belanja akak cekelat hacks sebijik." Seloroh Alyssa.
Wahh hang Lyssa baru kerja sehari ya dah pikiaq gaji. Ish ish.. Indah ketawa mengekek mendengarkan tawaran si Alyssa yang bukan-bukan saja.
"Kamu nak belanja akak gula-gula ke Lyssa. Kamu ingat akak ni 5 tahun agaknya nak gula-gula. Alahaiiii." Indah melepaskan tawanya kesekian kali.
YOU ARE READING
Mrs. Tengku Fayyadh Alzaidan [COMPLETE]
RandomNur Ayla Alyssa seorang gadis kampung yang berasal dari utara semenanjung. Mula berhijrah ke kota apabila diterima bekerja di salah sebuah syarikat terkemuka di bandar. Tengku Fayyadh Alzaidan seorang jejaka beku yang workaholic dan "playboy". P...